Tidur Berdengkur Dianggap 1 Gangguan Tidur. Ada 9 Langkah Pencegahan Boleh Anda Cuba, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Tidur berdengkur merupakan satu fenomena biasa dan lebih kerap berlaku pada individu lelaki berbanding wanita. Adakah ia boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan?

Tidur berdengkur

Berdengkur adalah bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara melalui tisu pada bahagian leher, yang menyebabkan tisu bergetar ketika bernafas. 

Dengkur, boleh dianggap satu perkara normal, namun, ada masanya ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi semakin teruk seiring dengan pertambahan usia. Malahan, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan anda.

Simptom

Bagaimana untuk mengetahui anda berdengkur atau tidak? Mudah sahaja, jika ia terlalu kuat sehingga mengejutkan pasangan anda, pastinya anda akan mendengar rungutan pada keesokkan paginya.

Berdengkur jua sering dikaitkan dengan gangguan tidur yang dirujuk sebagai apnea tidur obstruktif (OSA).

tidur berdengkur

Pun begitu, tidak semua masalah dengkur berkaitan dengan OSA, tetapi, jika ia diiringi dengan sebarang simptom di bawah, ia mungkin petanda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut untuk OSA:

  • Pernafasan terhenti seketika sewaktu tidur
  • Rasa mengantuk secara berlebihan pada waktu siang
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Sakit kepala pada waktu pagi
  • Sakit tekak apabila bangun
  • Tidur yang tidak mencukupi
  • Tersedak atau terasa tercekik pada waktu malam
  • Tekanan darah tinggi
  • Rasa sakit dada pada waktu malam
  • Dengkuran yang terlalu kuat sehingga mengganggu pasangan
  • Pada kanak-kanak, akan menyebabkan kurang fokus, masalah tingkah laku atau prestasi lemah di sekolah

Punca masalah kesihatan

Bunyi dengkur adalah berbeza, bergantung kepada bagaimana udara terhad di hidung, mulut, atau tekak.

  • Mengalami selsema dan alahan akan membuatkan keadaan berdengkur ini semakin teruk yang disebabkan kesesakan hidung dan bengkak tekak.
  • Masalah berat badan berlebihan juga boleh mengakibatkan dengkur kerana pertambahan lemak yang berlebihan pada leher yang menghalang saluran udara apabila anda berbaring.
  • Ada masanya bentuk anatomi mulut juga boleh menjadi punca dengkur kerana terdapat tisu dan saiz tonsil yang mengehadkan aliran udara.
  • Pengambilan alkohol yang terlalu banyak sebelum tidur juga boleh menyebabkan berdengkur.
  • Masalah hidung, kekurangan tidur serta posisi tidur juga boleh menjadi penyebab berlakunya dengkuran.
  • Ubatan yang diambil juga boleh menjadi antara punca dengkur.

Langkah pencegahan tidur berdengkur

masalah kesihatan

Untuk merawat masalah berdengkur, perubahan gaya hidup merupakan langkah pertama yang akan dicadangkan, seperti:

  1. Mengurangkan berat badan
  2. Elakkan pengambilan alkohol hampir dengan waktu tidur
  3. Rawati masalah hidung tersumbat
  4. Dapatkan tidur yang mencukupi
  5. Tukar posisi tidur; hindari tidur terlentang, sebaliknya tidur secara mengiring.
  6. Tidur waktu yang sama setiap makan
  7. Gunakan bantal tambahan
  8. Berhenti merokok
  9. Rawat masalah alahan kronik

Jika anda kerap berdengkur, mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jika Sering Mengalami Gatal Hidung, Jangan Selalu Hembus Hidung! Ini Cara Betul Atasi Kegatalan

Hidung anda gatal akibat reaksi alergi? Tidak tahu apa yang anda patut lakukan? Ikut tip yang kami beri untuk legakan kegatalan anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

AWAS! Jangan Buat Main Jika Suara Serak, Boleh Sebabkan Bisu!

Adakah anda perasan suara anda berubah sepanjang hidup? Sekejap lunak, tiba-tiba suara serak pula! Aduh, apakah puncanya? Semuanya dalam artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

Semakin anda membesar dan menua, berapa banyak waktu tidur yang anda perolehi? Adakah anda puas dengan waktu tidur anda? Cukupkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
gangguan ketika tidur

AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
perut buncit

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
ibu bekerja

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan