Selalu Sakit Kepala, Ada Barah Otak Ke? Ini 6 Tanda Serius, Kena Cepat Jumpa Doktor

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hampir semua individu di seluruh dunia pernah merasai simptom sakit kepala. Persoalannya, adakah ia merupakan tanda barah otak?

Jika anda pernah runsing memikirkan kebarangkalian tersebut, anda tidak keseorangan.

Fakta yang perlu anda tahu adalah bukan semua pening kepala disebabkan oleh barah otak.

Namun, mereka yang mempunyai barah otak boleh mendapat simptom sakit kepala.

Jadi bagaimana cara untuk membezakan sakit kepala biasa dan sakit kepala yang disebabkan oleh barah otak?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Apa karakter simptom sakit kepala yang disebabkan oleh barah otak?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di antara 50 hingga 75% individu dewasa (18-65 tahun) pernah melaporkan sekurang-kurangnya sekali simptom sakit kepala pada tahun 2015.

Dalam kalangan pesakit tersebut, 4% merupakan penderita sakit kepala kronik.

Namun, jika kita bandingkan dengan mereka yang didiagnosis dengan masalah barah otak, jumlahnya jauh lebih kecil.

Pada tahun 2016, hanya 330,000 individu di seluruh dunia didiagnosis dengan kanser otak dan saraf tunjang.

Ini bermakna, tanpa simptom yang merujuk kepada masalah kanser seperti berikut, risiko anda didiagnosis dengan masalah tersebut sangatlah rendah.

  1. Hilang selera makan
  2. Lemah satu badan
  3. Kelesuan
  4. Hilang berat badan tanpa sebab
  5. Rasa tidak seimbang
  6. Susah berjalan tanpa sebab
  7. Masalah pada penglihatan, pendengaran atau percakapan
  8. Sawan
  9. Sukar tumpu perhatian
  10. Perubahan pada mood atau personaliti

simptom sakit kepala

Menurut Persatuan Barah Otak Amerika (ABTA), 50% daripada jumlah mereka yang didiagnosis dengan barah otak mengalami simptom sakit kepala.

Namun, karakter sakit kepala itu berbeza dengan apa yang dialami oleh individu ketika migrain atau pening kepala biasa.

  1. Sakit kepala teruk pada sebelah pagi
  2. Sukar untuk tidur pada waktu malam kerana sakit kepala
  3. Simptom berlangsung untuk beberapa hari atau minggu
  4. Perubahan posisi badan atau batuk menyebabkan sakit kepala semakin teruk
  5. Muntah semasa alami simptom sakit kepala
  6. Semakin lama, intensiti sakit kepala semakin teruk

Anda mungkin berminat:

Apa sebenarnya punca kepada berlakunya kanser otak?

Punca berlakunya kanser otak sukar untuk dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, saban tahun, kita semakin mendalami ilmu berkaitan dengan bagaimana proses ini berlaku dari sudut fisiologi.

Secara asasnya, proses pembentukan kanser berpunca daripada ketidakseimbangan peranan gen dalam mengawal atur kadar pertumbuhan dan kematian sel.

Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya kanser otak (konteks artikel) dan simptom pening kepala.

Antara gen penting yang menyelia proses pembentukan sel baharu dan kematian sel di dalam badan adalah:

  • Oncogenes merupakan gen yang membantu sel untuk membesar, membahagi (replikasi) dan memastikan keterusan jangka hayat sel.
  • Tumour suppressor genes pula mengawal aktiviti oncogenes. Ia memastikan kadar replikasi sel berada dalam keadaan terkawal, membaiki kerosakan DNA dan mengatur kematian sel bagi menyeimbangi kadar pembentukan sel baharu.

simptom sakit kepala

Apabila fungsi tumour suppressor genes terganggu (dimatikan), keterusan pada aktiviti oncogenes boleh menyebabkan ketidakseimbangan persekitaran fisiologi dalam badan.

Ia mengakibatkan kadar replikasi sel berada di luar kawalan dan hasilnya, terbentuklah ketumbuhan pada organ seperti otak.

Maklumat genetik bagi perubahan aktiviti gen yang menyebabkan kanser otak boleh diwarisi.

Walau bagaimanapun, faktor persekitaran yang boleh merosakkan struktur DNA seperti asap rokok dan radiasi juga tidak boleh diabaikan.

Apabila berlakunya kanser otak, ketumbuhan tersebut boleh meningkatkan tekanan di dalam kepala.

Perkara ini boleh mendorong berlakunya simptom seperti pening kepala, kelesuan dan paling teruk, koma.

Tanpa rawatan, ketumbuhan otak boleh menyebabkan kerosakan fungsi otak dan kematian.

Perlu ke saya berjumpa dengan doktor jika alami simptom pening kepala?

Bukan semua simptom pening kepala itu perlukan rujukan doktor.

Ada yang akan hilang dengan sendirinya.

Namun, jika simptom tersebut mengganggu produktiviti dan keupayaan anda untuk menjalani aktiviti harian, segera rujuk ke pusat kesihatan terdekat.

Antara simptom lain yang perlu diberi perhatian adalah:

  1. Gangguan deria (penglihatan, pendengaran atau percakapan)
  2. Perubahan tingkah laku atau personaliti
  3. Serangan sawan
  4. Lemah sebelah atau seluruh badan
  5. Serangan sakit kepala teruk yang hadir secara tiba-tiba

barah otak

Diagnosis bagi masalah kesihatan berkaitan dengan simptom sakit kepala bergantung kepada sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal (sekiranya perlu).

Bagi sesetengah kes, doktor mungkin akan membuat pemeriksaan imbasan CT atau MRI.

Pun begitu, anda tidak perlu risau. Tidak semestinya anda mempunyai barah otak hanya kerana doktor membuat pemeriksaan radiologi.

Namun, sekiranya anda disahkan dengan kanser otak, rawatan awal dapat membantu meningkatkan kebarangkalian untuk anda sembuh.

Konklusi

Simptom pening kepala boleh berpunca daripada pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Walaupun kita sering dimomokkan dengan kanser otak, hanya sebahagian kecil daripada jumlah mereka yang mengalami sakit kepala yang didiagnosis.

Jika anda risau atau rasa simptom tersebut mengganggu urusan harian anda, dapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan daripada doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

Bagi para pembaca yang memakai cermin mata, pernah tak anda berasa pening yang diakibatkan oleh kesan memakai cermin mata yang baharu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

Anda rasa adakah seks penting dalam sebuah perhubungan? Baca artikel ini untuk tahu perkara berkaitan hubungan asmara dan kesihatan manusia.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah penglihatan

Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
pening kepala

Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 4 minit bacaan
kafein itu apa

Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit kepala berdenyut

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan