home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kehidupan Sihat selepas Rawatan Kanser

Kehidupan Sihat selepas Rawatan Kanser

Gaya hidup sihat bukan hanya penting semasa rawatan tetapi juga penting apabila rawatan kanser anda telah selesai. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa mengekalkan gaya hidup yang sihat dapat mencegah sebarang kanser daripada berulang dan menghalang masalah kesihatan lain sebanyak 70%. Memandangkan gaya hidup sihat adalah sangat penting, berikut kami sediakan beberapa petua untuk membantu anda hidup lebih lama dan berasa lebih baik.

Cadangan pemakanan selepas rawatan kanser

Semasa rawatan, beberapa kesan sampingan boleh membuatkan anda kurang makan dan turun berat badan. Akan tetapi, ada juga kesan sampingan yang membuatkan anda makan banyak. Oleh itu, sebaik sahaja rawatan selesai, anda perlu kekalkan amalan diet yang sihat. Ikuti cadangan pemakanan di bawah:

  • Merangka pelan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dengan pakar diet anda
  • Memasukkan pelbagai makanan sihat dalam makanan anda. Makan banyak buah-buahan sitrus, sayur-sayuran hijau-gelap dan kuning-pekat dan makanan serat tinggi seperti roti bijirin penuh / tulen dan bijirin
  • Hadkan memakan lemak dan daging merah tidak lebih daripada tiga hingga empat hidangan seminggu
  • Elakkan makanan yang diawet garam, diasap/ disalai dan dijeruk
  • Pilih susu rendah lemak dan produk tenusu
  • Jika anda minum alkohol, jangan lebih daripada 1 gelas kecil sehari

Jika berat badan anda berlebihan, beri perhatian kepada jumlah kalori makanan yang anda makan dan hadkannya.

Petua-petua aktiviti fizikal

Gaya hidup aktif boleh meningkatkan kesejahteraan fizikal dan emosi anda, membina kekuatan dan daya tahan, meningkatkan penghargaan diri dan menggalakkan berat badan yang sihat. Terdapat tiga tahap aktiviti – ringan, sederhana dan kuat / bertenaga yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja – di rumah, di taman atau di gim.

  • Aktiviti ringan membuatkan anda bergerak (berjalan perlahan-lahan, melakukan kerja rumah, dan lain-lain)
  • Aktiviti sederhana membuatkan anda bernafas dengan cepat (berkenu, berkebun, menari, berjalan kaki, dan sebagainya)
  • Aktiviti kuat membuatkan jantung anda berdegup lebih cepat, bernafas berat dan berpeluh (joging, melompat tali, berenang, dan lain-lain)

Adalah disyorkan supaya anda sentiasa aktif. Anda disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti sederhana atau 75 minit aktiviti kuat bagi membantu mengurangkan risiko kanser. Memasukkan latihan kekuatan seperti mengangkat berat atau jenis latihan membina otot yang lain akan membantu anda meningkatkan ketahanan dan kekuatan anda. Pecahkan sesi senaman anda menjadi pendek pada kira-kira 10 minit dan mula meningkatkan tempo masa dan intensiti senaman anda apabila anda menunjukkan kemajuan.

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda terus aktif:

  • Tambahkan senaman kepada rutin harian anda seperti berjalan ke tempat kerja atau ke pasar raya, menggunakan tangga daripada menggunakan lif
  • Cari rakan senaman yang boleh memberi sokongan kepada anda
  • Gabungkan senaman dengan aktiviti santai lain seperti menonton televisyen atau mendengar muzik

Petua-petua berguna lain yang patut anda pertimbangkan:

  • Kekal berhubung dengan ahli penjagaan kesihatan atau doktor anda untuk pemeriksaan biasa
  • Belajar untuk mengatasi perasaan sukar dengan bermeditasi atau menyertai kumpulan sokongan
  • Berhenti merokok atau menjauhkan diri daripada asap rokok
  • Lindungi kulit anda daripada matahari
  • Bersantai

Membuat perubahan gaya hidup positif selepas rawatan dapat membantu mencegah kanser daripada berulang atau mendapat kanser kedua. Bercakap dengan ahli dan pasukan penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan cadangan supaya dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin pada 07/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x