Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jangkitan kuman paru-paru merupakan salah satu kes yang banyak menular di negara kita, tidak kira sama ada penyakit tibi ataupun radang paru paru.

Kedua-dua keadaan ini mempunyai simptom yang serupa, tetapi sangat berbeza. Salah satunya boleh menjangkiti orang lain dan berpotensi untuk membawa maut.

Pastikan anda membaca artikel ini untuk mengetahui yang mana lagi bahaya ya!

Apakah itu penyakit tibi dan radang paru-paru?

penyakit tibi

Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit serius yang mempengaruhi paru-paru anda.

Bakteria penyebab tibi boleh disebarkan dari seorang individu ke individu lain melalui rembesan yang dilepaskan ke udara seperti batuk dan bersin.

Pneumonia atau radang paru-paru ialah jangkitan kuman yang mengakibatkan keradangan kantung udara di paru-paru. Kantung udara boleh dipenuhi dengan cairan atau nanah.

Perbezaaan antara penyakit tibi dan radang paru paru

#1 Jenis jangkitan kuman

Bakteria Mycobacterium tuberculosis bertanggungjawab untuk penyakit tibi manakala pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus dan kuman boleh mengakibatkan pneumonia.

Namun, kebanyakan kes radang paru-paru disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae.

Berita baiknya ialah terdapat vaksin untuk kedua-dua penyakit tersebut, tetapi vaksin untuk penyakit tibi sangat mustajab untuk kanak-kanak dan sering digunakan hanya di negara-negara membangun.

#2 Cara mendapat jangkitan

Bakteria tuberkulosis menyebar melalui titisan kelembapan yang dilepaskan oleh orang yang dijangkiti ketika batuk, bersin, bercakap atau ketawa.

Penyakit ini banyak merebak dalam kalangan isi rumah yang tinggi atau tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja seperti tapak pembinaan.

Sekiranya anda menjalani rawatan tibi, anda tidak akan menjangkiti orang lain selepas 2 minggu.

Berbeza dengan tibi, radang paru-paru biasanya berlaku apabila sistem imun anda lemah dan bakteria dalam sistem pernafasan anda mula membiak.

Risiko yang meningkatkan kemungkinan untuk mendapat penyakit ini ialah merokok atau berada di hospital.

Kadangkala, radang paru-paru berlaku apabila terdapat jenis bakteria yang kuat dalam sistem dan tubuh tidak dapat melawannya.

#3 Tanda dan gejala penyakit tibi dan pneumonia

Sebenarnya, diagnosis tibi atau radang paru-paru sukar untuk dicapai tanpa beberapa pemeriksaan diagnostik seperti X-ray dan ujian kahak.

Tanda dan gejala kedua-dua hampir sama – batuk, lemah badan dan demam.

Akan tetapi berikut adalah beberapa gejala utama yang perlu diperhatikan dalam setiap keadaan :

a) Penyakit tibi

b) Radang paru-paru

  • Sakit dada, terutama sekali semasa bernafas atau batuk
  • Kekeliruan atau perubahan mental dalam kalangan warga tua
  • Batuk berkahak
  • Kelesuan badan
  • Demam panas menggigil dan berpeluh
  • Sesak nafas
  • Rasa loya, muntah atau cirit-birit

Penyakit tibi menunjukkan gejala secara perlahan dari masa ke masa, sementara keradangan paru-paru muncul dengan cepat.

Namun, pesakit tua atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit diabetes atau HIV mungkin tidak menunjukkan gejala keradangan paru-paru, jadi sukar untuk membezakan kedua-duanya.

#4 Faktor risiko

a) Penyakit tibi

Sesiapa sahaja boleh penghidap penyakit ini tetapi terdapat sesetengah faktor risiko yang merangkumi :

  • Sistem imun yang lemah: Umur sama ada terlalu muda atau tua, HIV/AIDS, diabetes, kegagalan buah pinggang, kanser, rawatan kemoterapi
  • Melancong atau tinggal di kawasan tertentu: Asia, Afrika, Eropah Timur
  • Kawasan yang kekurangan rawatan perubatan
  • Penggunaan dadah terlarang, minuman beralkohol dan merokok
  • Pekerja dalam bidang kesihatan

b) Radang paru-paru

Pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja. Namun, 2 kumpulan umur yang berisiko tinggi adalah :

  • Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah
  • Warga tua berumur 65 tahun ke atas

Faktor risiko lain termasuklah :

#5 Organ terlibat

Tibi tidak hanya menjangkiti paru-paru, bahkan boleh menyerang buah pinggang, tulang belakang, usus atau otak. Bakteria boleh merebak ke seluruh badan dalam aliran darah.

Gejalanya berbeza mengikut bahagian tubuh yang dijangkiti.

Keradangan paru-paru terhad kepada sistem pernafasan anda sahaja.

Diagnosis dan rawatan

radang paru paru

Tibi didiagnosis jika pesakit bertindak balas terhadap ujian tuberkulin kulit, sampel kahak dan darah.

Untuk radang paru-paru, doktor menggunakan ujian darah dan X-ray dada.

Kedua-dua penyakit boleh dirawat dengan antibiotik. Namun, tempoh dan regimen antibiotik berbeza sama sekali.

Radang paru-paru boleh dirawat dengan antibiotik selama 8 hari manakala regimen tibi lebih kompleks dan memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

Tahukah anda bahawa hujan asid akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan persekitaran kita? Klik artikel untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 21/01/2020 . 3 minit bacaan

Jangkitan Pneumonia

Pneumonia merupakan jangkitan atau radang paru-paru. Jom ketahui apakah punca, siapa yang berisiko dan kaedah rawatan bagi masalah ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/12/2019 . 3 minit bacaan

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/12/2019 . 4 minit bacaan

Nota Pengarang: Inilah Masanya Hentikan TB!

Awal Februari lalu, ketika masyarakat Tionghua di negara ini sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina, saya telah mendapat satu panggilan telefon daripada adik yang berada di Melaka memberitahu ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Artikel lain untuk anda

radang paru paru

Apa Itu Kanser Paru-Paru: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
jangkitan kuman paru paru

Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tuberkulosis

Tibi Boleh Berjangkit Jika Bersentuh, Berjabat Tangan Dan Berpeluk, Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
radang paru paru

TERGEMPAR! Muncul Virus Baru Di Kazakhstan, Lebih Dahsyat Dari COVID-19, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan