Penyakit Pick: Hampir Sama Tapi Bukan Penyakit Alzheimer

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu penyakit Pick?

Penyakit Pick adalah sejenis demensia yang hampir sama dengan penyakit Alzheimer, namun ianya lebih jarang berlaku. Penyakit ini mempengaruhi bahagian otak yang mengawal emosi, tingkah laku, keperibadian dan bahasa. Penyakit Pick juga dikenali sebagai frontotemporal dementia (FTD) atau frontotemporal lobar degeneration (FTLD).

Otak menggunakan sistem pengangkutan untuk mengedarkan nutrien yang diperlukan. Sistem pengangkutan ini dibuat daripada protein yang mengarahkan nutrien ke bahagian tertentu. Protein mengekalkan laluan ini dikenali sebagai tau proteins.

Jika anda mempunyai penyakit Pick, perkembangan protein akan terganggu. Anda juga mungkin mempunyai lebih banyak protein tau di otak berbanding orang lain. Gumpalan protein yang dikenali Pick Bodies akan merosakkan laluan sistem pengangkutan di otak anda, supaya nutrien di otak tidak ke tempat yang sepatutnya. Ini boleh menyebabkan kerosakan otak yang tidak boleh dipulihkan.

Kelaziman penyakit Pick

Penyakit pick adalah keadaan yang jarang berlaku, biasanya didiagnosis pada usia 40 hingga 75, tetapi juga dapat terjadi pada orang berusia 20-an. Penyakit ini lebih biasa pada lelaki berbanding wanita. Mereka yang berketurunan Scandinavia lebih kurang berisiko mendapat penyakit ini berbanding kaum lain. Rujuk doktor anda untuk maklumat lengkap.

Simptom penyakit Pick

Ciri-ciri dan simptom penyakit Pick adalah:

  • Tiba-tiba bersikap agresif
  • Tidak tertarik melakukan kegiatan sehari-hari
  • Mudah marah
  • Perubahan mood yang bertukar-tukar secara cepat
  • Sukar berasa simpati
  • Tidak pedulikan orang lain
  • Sukar melakukan hal yang tidak dirancang
  • Membuat keputusan tanpa berfikir panjang
  • Berulang-ulang melakukan suatu aktiviti
  • Melakukan atau menyatakan perkara yang tidak sepatutnya

Sesetengah pesakit Pick akan berasa lapar pada bila-bila masa, dan sesetengah daripada mereka inginkan makanan manis supaya mereka mengambil gula dan makanan manis secara berlebihan.

Pada permulaan penyakit, biasanya akan muncul gangguan bahasa. Kemunculan Pick bodies di bahagian otak yang mengatur percakapan menyebabkan masalah seperti:

  • Kesukaran mengingati nama benda-benda biasa
  • Kesukaran menggambar objek
  • Kesukaran memahami perkataan yang ditulis
  • Kesukaran bercakap

Kadang-kadang, pesakit penyakit Pick juga menunjukkan simptom:

  • Hilang memori
  • Kesukaran bergerak
  • Kekejangan otot
  • Sukar membuang air kecil
  • Koordinasi gerak terganggu

Punca penyakit Pick

Penyakit Pick dan jenis-jenis frontotemporal dementia lain disebabkan oleh protein tau yang tidak normal atau jumlah protein tau yang berlebihan. Protein ini terdapat pada semua sel saraf manusia. Jika terdapat gumpalan protein tau di saraf otak bahagian hadapan dan temporal, sel-sel berkenaan boleh mati, perkembangan jaringan otak merosot dan akhirnya menyebabkan anda mengalami demensia.

Para pengkaji belum mengetahui punca terbentuknya keabnormalan protein ini. Namun telah ditemui bahawa gen abnormal berkait dengan penyakit Pick dan frontotemporal dementia lainnya. Biasanya penyakit ini juga terjadi pada mereka yang memiliki anggota keluarga dengan penyakit tersebut.

Diagnosis

Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai penyakit Pick atau tidak, doktor akan memeriksa keadaan perubatan anda dan melakukan beberapa ujian bagi memeriksa memori, tingkah laku, kemampuan bahasa dan fungsi mental lain. Biasanya melibatkan ujian bertulis yang mana anda perlu menjawab pertanyaan dengan menulis atau menggambarkannya.

Doktor juga mungkin akan melakukan ujian darah untuk memeriksa DNA anda dan mengenal pasti sama ada anda memiliki gen yang menyebabkan penyakit Pick.

Untuk melihat apa yang berlaku di otak anda, doktor juga mungkin akan melakukan beberapa ujian berikut:

  • MRI: Menggunakan gelombang magnetik dan radio untuk memaparkan gambaran otak
  • Imbasan SPECT atau PET: Bahan radioaktif dan kamera khas yang menghasilkan imej 3D untuk menunjukkan bahagian otak anda yang aktif
  • Anda juga perlu menjalani lumbar puncture, di mana doktor menggunakan jarum panjang untuk mengambil cecair dari tulang belakang anda untuk diperiksa. Dalam kes yang jarang berlaku, doktor mungkin mengambil sebahagian kecil daripada tisu otak untuk ujian. Ini dipanggil biopsi.

Rawatan

Penyakit Pick tidak dapat disembuhkan, dan tiada ubat-ubatan yang dapat memperlambat prosesnya. Penyakit ini lama kelamaan akan menjadi semakin parah, namun boleh berlaku secara perlahan-lahan dan cepat.

Doktor mungkin akan mengesyorkan ubat-ubatan dan terapi namun ia hanya untuk mengatasi dan meringankan simptom, bukannya merawat penyakit. Terapi tingkah laku boleh membantu mengatasi gangguan tingkah laku dan mencegah tingkah laku berbahaya, sedangkan ubat-ubatan antidepresan boleh mengurangkan agresif dan rasa marah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nyanyuk Sampai Makan Pun Lupa? Penjaga Pesakit Alzheimer Perlu Buat 5 Perkara Ini!

    Apa itu penyakit Alzheimer? Ia adalah punca utama nyanyuk (demensia). Kesannya, sampai makan pun boleh lupa. Ini yang penjaga pesakit perlu buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Anda seorang pemain bola sepak dan biasa menanduk bola? Mungkin anda perlu mengurangkannya atau lebih baik menghentikannya bermula sekarang. Mengapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gejala diabetes

    Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    Penyakit Alzheimer

    Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan