Penyakit Injap Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Penyakit Injap Jantung?

Penyakit injap jantung ialah keadaan di mana injap jantung tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Terdapat 4 injap dalam jantung yang berfungsi mengawal saluran darah ke arah yang betul. Dalam setiap degupan jantung, injap terbuka dan tertutup. Apabila pembukaan atau penutupan injap jantung tidak berfungsi, ia boleh mengganggu aliran darah. Penyakit injap jantung juga melibatkan sebarang keadaan yang melibatkan jantung seperti stenosis karotid. Penyakit injap jantung boleh membawa kepada pelbagai masalah jantung yang lain, seperti tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung.

Apakah kebarangkalian Penyakit Injap Jantung?

Keadaan ini lebih kerap berlaku pada usia tua, tetapi penyakit ini boleh menjejaskan sesiapa pun tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Injap Jantung?

Penyakit injap jantung boleh menyebabkan pelbagai simptom. Tanda dan simptom penyakit injap jantung adalah:

  • Sesak nafas
  • Jantung berdegup laju,
  • Keletihan;
  • Ketidakselesaan atau kesakitan di dada;
  • Pening atau lemah:
  • Pengsan;
  • Sakit kepala;
  • Batuk;
  • Pengekalan air, yang boleh mengakibatkan bengkak di bahagian bawah kaki dan abdomen;
  • Edema pulmonari;
  • Bengkak kaki, buku lali atau perut;
  • Peningkatan berat badan yang cepat

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom jangkitan seperti sakit tekak, sakit badan dan demam, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Penyakit Injap Jantung?

Dalam sesetengah kes, penyakit injap jantung disebabkan kecacatan waktu lahir. Bagaimanapun, keadaan ini lebih kerap berlaku kerana masalah kesihatan. Masalah kesihatan yang boleh membawa kepada penyakit injap jantung ialah:

  • Endokarditis Infektif; iaitu kearadangan tisu jantung;
  • Demam Reumatik; iaitu penyakit keradangan disebabkan jangkitan bakteria streptokokkus
  • Aneurisma Aorta, bengkak atau benjolan yang tidak normal pada aorta
  • Aterosklerosis, iaitu arteri menjadi keras
  • Degenerasi Myxomatous, iaitu tisu penyambung dalam injap mitral menjadi lemah;
  • Lupus, iaitu penyakit autoimun kronik’
  • Penyakit arteri koronori
  • Kardiomiopati dan syphillis
  • Penyakit tisu penyambung (connective tissue)
  • Ketumbuhan, ubat tertentu dan radiasi

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Injap Jantung?

Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit injap jantung, seperti:

  • Orang tua;
  • Kurang menjalani aktiviti fizikal;
  • Mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti endokarditis, tekanan darah tinggi atau demam reumatik.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Injap Jantung didiagnosis?

Untuk mendiagnosis penyakit injap jantung anda, doktor akan memeriksa bunyi jantung anda melalui stetoskop semasa peperiksaan fizikal. Doktor akan mencari kelainan denyutan jantung yang mungkin menunjukkan masalah dengan injap jantung anda.

Ujian lain selepas ujian fizikal adalah ujian pengimejan dan ujian aliran darah. Kemudian, doktor anda mungkin akan memantau injap jantung anda dan memilih rawatan yang sesuai.

  • X-ray dada: Ujian ini akan menunjukkan doktor bentuk, saiz dan kedudukan jantung kerana kadang kala penyakit injap jantung menyebabkan jantung membersar.
  • Ekokardiografi dan ekokardiografi transesophageal: Ujian ini menggunakan gelombang bunyi (ultrabunyi) untuk menghasilkan imej terperinci jantung dan arteri yang mengelilinginya.
  • Kateterisasi jantung: Ujian ini membolehkan doktor melihat jika terdapat sebarang ketidakstabilan dalam aliran darah yang mungkin disebabkan oleh injap anda.

Bagaimana pesakit Penyakit Injap Jantung dirawat?

Berdasarkan keadaan injap jantung dan simptom, doktor akan mencadangkan beberapa rawatan untuk anda. Anda mungkin dikehendaki untuk mendapatkan pengawasan perubatan yang konsisten, berhenti merokok jika anda merokok, dan mengamalkan diet yang sihat.

Doktor anda juga akan menetapkan beberapa ubat untuk merawat keadaan anda seperti penyekat beta (beta blockers) dan penyekat saluran kalsium (calcium channel blocker) yang membantu mengawal kadar degupan jantung dan aliran darah; diuretik pula untuk mengurangkan pengekalan cecair; dan vasodilators yang membuka atau melebarkan saluran darah.

Pembedahan diperlukan sekiranya anda berada dalam keadaan yang teruk. Injap anda akan dibaiki sama ada menggunakan tisu anda sendiri, atau menggunakan injap haiwan dalam penggunaan pengganti injap biologi, atau injap yang disumbangkan daripada orang lain, atau injap mekanikal, atau injap buatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Injap Jantung?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani penyakit injap jantung:

  • Ketahui jenis dan tahap penyakit injap jantung anda;
  • Maklumkan semua doktor dan doktor gigi bahawa anda mempunyai penyakit injap;
  • Hubungi doktor jika anda mempunyai simptom jangkitan;
  • Jaga kesihatan gigi dan gusi anda;
  • Ambil antibiotik sebelum menjalani prosedur yang boleh menyebabkan pendarahan;
  • Ambil ubat mengikut arahan doktor;
  • Jumpa doktor anda dengan kerap.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

    Aduh, sakitnya dada! Adakah anda sedang diserang heartburn atau sakit jantung? Ikuti ulasan dalam artikel yang kami sediakan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

    Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit jantung

    Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis semasa mengandung

    Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    denyutan nadi

    Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan