Penyakit Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Penyakit Darah?

Darah anda terdiri daripada dua bahan utama: cecair dan pejal. Cecair itu biasanya dipanggil sebagai plasma, yang terdiri daripada air, garam dan protein. Bahagian pejal pula mengandungi sel darah merah, sel darah putih dan platlet.

Penyakit darah juga dikenali sebagai penyakit hematologi ialah penyakit yang mengganggu kuantiti dan juga fungsi bahagian pejal darah.

Beberapa penyakit darah mengurangkan jumlah sel darah:

  • Anemia: kurang jumlah sel darah merah;
  • Leukopenia: kurang jumlah sel darah putih;
  • Thrombocytopenia: kurang jumlah platlet.

Beberapa penyakit darah yang meningkatkan jumlah sel darah:

  • Erythrocytosis: banyak sel darah merah;
  • Leukocytosis: banyak sel darah putih;
  • Thrombocythemia: banyak platlet

Penyakit darah lain memberi kesan kepada protein dalam sel darah atau plasma dan menyebabkan pengurangan dalam sistem pembekuan darah atau sistem imuniti.

Apakah kebarangkalian Penyakit Darah?

Penyakit darah boleh dikatakan agak biasa berlaku. Individu pada semua peringkat usia dan jantina  boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka boleh mengatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktoranda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Darah?

Simptom adalah disebabkan oleh penyakit darah termasuklah:

  • Letih, lemah dan sesak nafas;
  • Demam
  • Sakit kepala,
  • Muka menjadi kemerah-merahan;
  • Darah menjadi semakin pekat;
  • Terlebih bahan bekuan darah dalam keadaan kurang sesuai;
  • Pening;
  • Pucat;
  • Bintik-bintik merah (petachiae);
  • Lemah otot-otot;
  • Jangkitan kronik;
  • Degupan jantung laju;
  • Luka yang lambat sembuh atau tidak sembuh;
  • Pendarahan yang tidak terkawal selepas tercedera;
  • Kulit yang mudah mendapat lebam-lebam

Secara umum, penyakit darah ini menyebabkan berlaku kes pendarahan yang sangat serius:

  • Hidung berdarah;
  • Prosedur gigi;
  • Pendarahan menstruasi;
  • Melahirkan anak;
  • Keluar gigi bayi.

Terdapat beberapa tanda dan simptom yang tidak dinyatakan dia atas. Sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Tindak balas setiap individu berbeza-beza. Penyelesaian terbaik ialah berbincang dengan doktor anda.

Punca

Apakah Punca Penyakit Darah?

Terdapat beberapa punca utama penyakit ini, antaranya ialah:

Keturunan

Penyakit darah boleh merebak dalam keluarga anda. Ini bermakna jika ibubapa atau saudara mara yang mempunyai masalah itu, anda berkemungkinan untuk mendapat penyakit itu juga.

Hasil daripada penyakit

Sebagai contoh, polycythemia vera – ialah keadaan keturunan, boleh menyebabkan badan anda untuk menghasilkan terlalu banyak sel darah merah kecuali jika anda penhidap penyakit autoimmune seperti lupus, sistem imuniti anda mungkin dihapuskan oleh platlet, yang kemudiannya membantutkan episod pendarahan apabila anda mendapat luka atau kecederaan.

Jangkitan:

Beberapa jenis jangkitan boleh mengurangkan jumlah sel darah putih dalam badan anda. Selain itu, jenangkitan lain boleh meningkatkan penghasilan sel darah putih.

Kekurangan nutrisi

Masalah berkaitan penyerapan zat besi boleh menyebabkan penyakit darah, kerana badan anda tidak mampu untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Darah?

Terdapat beberapa sebab yang meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit ini, seperti:

  • Diet tidak berpatutan (diet miskin atau diet tinggi kandungan lemak);
  • Obesiti;
  • Merokok;
  • Jangkitan yang serius;
  • Penyakit usus, penyakit kronik;
  • Menstruasi atau hamil;
  • Orang tua;
  • Terlibat dengan aktiviti atlet bertenaga;
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Darah didiagnosis?

Untuk mengesan masalah darah anda, doktor mengesyorkan anda untuk membuat ujian berikut:

  • Jumlah keseluruhan darah (CBC) ialah ujian yang paling lazim dilakukan untuk penyakit darah. CBC menilai semua komponen sel darah (sel darah merah, darah putih dan platlet). Mesin automatik boleh melakukan ujian ini dalam masa kurang daripada 1 minit untuk kuantiti darah yang sedikit. CBC ditambah dalam beberapa keadaan oleh peperiksaan sel darah dibawah mikroskop..
  • Jumlah reticulocyte mengira jumlah sel darah merah yang baru dihasilkan dalam jumlah darah yang spesifik. Reticulocyte biasanya memenuhi 1% daripada jumlah sel darah merah. Jika badan memerlukan lebih sel darah merah, seperti anemia, tulang sumsum akan memberi tindakbalas dengan menghasilkan lebih reticulocyte. Jadi, jumlah reticulocyte ialah ukuran kapasiti tulang sumsum untuk menghasilkan sel darah merah yang baru.
  • Ujian istimewa sel darah; doktor mengira pembahagian beberapa jenis sel darah putih dan kebolehan sel tersebut untuk melawan jangkitan. Kebanyakan ujian ini dibuat pada sampel darah, tetapi kadang kala memerlukan pada sampel daripada tulang sumsum.
  • Ujian pembekuan merangkumi banyak jenis ujian. Ada ujian yang mengira jumlah platlet dalam darah anda. Platlet berfungsi untuk mengawal pendarahan. Kadang kala doktor perlu untuk menguji kemampuan platlet berfungsi. Ujian lain boleh mengukur fungsi keseluruhan protein yang diperlukan untuk darah membeku dengan normal.
  • Mengukur protein dan bahan-bahan lain: Ujian ini dibuat pada sampel air kencing.. Air
  • Kencing mengandungi protein dalam kuantiti yang sangat sedikit. Dengan mengira protein tersebut, doktor dapat mengesan kuantiti dan struktur yag luar biasa.

Bagaimana pesakit Penyakit Darah dirawat?

Kebiasaannya, doktor anda mengesyorkan kombinasi rawatan untuk membantu merawat penyakit ini. Jika keadaan anda tidak terlalu serius, anda mungkin diberi ubat-ubatan.

Sekiranya ubat-ubatan ini tidak memberi hasil, anda perlu membuat tranplan tulang sumsum, dimana ia mungkin memperbaiki atau menggantikan tulang sumsum yang rosak. Tambahan itu, pemindahan darah adalah pilihan yang lain untuk membantu menggantikan sel darah yang hilang atau rosak. Semasa pemindahan darah berlaku, anda menerima darah yang sihat daripada penderma.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Darah?

Anda boleh mengatasi penyakit darah dengan pelbagai cara. Jika anda mengalami simptomnya, anda perlu berjumpa doktor untuk membuat diagnosis dan memberi rawatan awal, dimana ia boleh mendapat keputusan yang terbaik.

Diet dan senaman yang mencukupi dapat membantu anda mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit darah. Sekiranya penyakit darah ini berlaku kepada ibubapa, anda perlu membuat rundingan bersama doktor untuk berbincang tentang risikonya kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apakah Komponen Darah dan Fungsinya?

    Tahukah anda mengapa hospital, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yayasan, dan doktor sering menggalakkan masyarakat menderma darah? Tidak lain kerana ia adalah sangat penting bagi menyelamatkan banyak nyawa pesakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 10/12/2018 . 2 minit bacaan

    Tak Sangka Rupanya Ada 7 Jenis Anemia Yang Boleh Berlaku Akibat Kekurangan Sel Darah Merah!

    Anemia adalah satu keadaan yang mana bilangan sel darah merah yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi tubuh. Keperluan fisiologi yang khusus adalah berbeza dengan umur, jantina, ketinggian kediaman ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 10/12/2018 . 3 minit bacaan

    5 Cara Meningkatkan Hemoglobin Secara Semula Jadi

    Hemoglobin adalah sejenis protein yang kaya dengan iron dalam sel darah merah dan bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh tubuh. Adalah perlu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam darah anda untuk badan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/06/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    derma darah

    9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Anemia: Risiko Tinggi Pada Vegetarian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 12/12/2018 . 2 minit bacaan
    buah pinggang

    Anemia: Komplikasi Penyakit Buah Pinggang Kronik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 11/12/2018 . 2 minit bacaan

    Penyakit Buah Pinggang: Keperluan Vitamin dan Mineral

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 11/12/2018 . 2 minit bacaan