Definisi
Apa itu Penyakit Darah?
Darah anda terdiri daripada dua bahan utama: cecair dan pejal.
Cecair itu biasanya dipanggil sebagai plasma, yang terdiri daripada air, garam dan protein.
Bahagian pejal pula mengandungi sel darah merah, sel darah putih dan platlet.
Penyakit hematologi juga dikenali sebagai penyakit hematologi ialah penyakit yang mengganggu kuantiti dan juga fungsi bahagian pejal darah.
Beberapa penyakit darah mengurangkan jumlah sel darah:
- Anemia: kurang jumlah sel darah merah;
- Leukopenia: kurang jumlah sel darah putih;
- Thrombocytopenia: kurang jumlah platlet.
Beberapa penyakit darah yang meningkatkan jumlah sel darah:
- Erythrocytosis: banyak sel darah merah;
- Leukocytosis: banyak sel darah putih;
- Thrombocythemia: banyak platlet
Penyakit hematologi lain memberi kesan kepada protein dalam sel darah atau plasma dan menyebabkan pengurangan dalam sistem pembekuan darah atau sistem imuniti.
Apa risiko Penyakit Darah?
Penyakit darah boleh dikatakan agak biasa berlaku.
Individu pada semua peringkat usia dan jantina boleh mendapat penyakit ini.
Tetapi mereka boleh mengatasi dengan mengurangkan faktor risikonya.
Sila berbincang dengan doktoranda untuk maklumat lanjut.
Simptom
Apa simptom Penyakit Darah?
Simptom adalah disebabkan oleh penyakit hematologi termasuklah:
- Letih, lemah dan sesak nafas;
- Demam
- Sakit kepala,
- Muka menjadi kemerah-merahan;
- Darah menjadi semakin pekat;
- Terlebih bahan bekuan darah dalam keadaan kurang sesuai;
- Pening;
- Pucat;
- Bintik-bintik merah (petachiae);
- Lemah otot-otot;
- Jangkitan kronik;
- Degupan jantung laju;
- Luka yang lambat sembuh atau tidak sembuh;
- Pendarahan yang tidak terkawal selepas tercedera;
- Kulit yang mudah mendapat lebam-lebam
Secara umum, penyakit darah ini menyebabkan berlaku kes pendarahan yang sangat serius:
- Hidung berdarah;
- Prosedur gigi;
- Pendarahan menstruasi;
- Melahirkan anak;
- Keluar gigi bayi.
Terdapat beberapa tanda dan simptom yang tidak dinyatakan dia atas.
Sila berunding dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda.
Tindak balas setiap individu berbeza-beza.
Penyelesaian terbaik ialah berbincang dengan doktor anda.
Punca
Apa Punca Penyakit Darah?
Terdapat beberapa punca utama penyakit ini, antaranya ialah:
Keturunan
Penyakit darah boleh merebak dalam keluarga anda.
Ini bermakna jika ibubapa atau saudara mara yang mempunyai masalah itu, anda berkemungkinan untuk mendapat penyakit itu juga.
Hasil daripada penyakit
Sebagai contoh, polycythemia vera – ialah keadaan keturunan, boleh menyebabkan badan anda untuk menghasilkan terlalu banyak sel darah merah kecuali jika anda penghidap penyakit autoimmune seperti lupus, sistem imuniti anda mungkin dihapuskan oleh platlet, yang kemudiannya membantutkan episod pendarahan apabila anda mendapat luka atau kecederaan.
Jangkitan:
Beberapa jenis jangkitan boleh mengurangkan jumlah sel darah putih dalam badan anda.
Selain itu, jenangkitan lain boleh meningkatkan penghasilan sel darah putih.
Kekurangan nutrisi
Masalah berkaitan penyerapan zat besi boleh menyebabkan penyakit hematologi, kerana badan anda tidak mampu untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Faktor Risiko
Apa faktor risiko Penyakit Darah?
Terdapat beberapa sebab yang meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit ini, seperti:
- Diet tidak berpatutan (diet miskin atau diet tinggi kandungan lemak);
- Obesiti;
- Merokok;
- Jangkitan yang serius;
- Penyakit usus, penyakit kronik;
- Menstruasi atau hamil;
- Orang tua;
- Terlibat dengan aktiviti atlet bertenaga;
- Kurang melakukan aktiviti fizikal.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Penyakit Darah didiagnosis?
Untuk mengesan masalah darah anda, doktor mengesyorkan anda untuk membuat ujian berikut:
- Jumlah keseluruhan darah (CBC) ialah ujian yang paling lazim dilakukan untuk penyakit darah. CBC menilai semua komponen sel darah (sel darah merah, darah putih dan platlet). Mesin automatik boleh melakukan ujian ini dalam masa kurang daripada 1 minit untuk kuantiti darah yang sedikit. CBC ditambah dalam beberapa keadaan oleh peperiksaan sel darah dibawah mikroskop..
- Jumlah reticulocyte mengira jumlah sel darah merah yang baru dihasilkan dalam jumlah darah yang spesifik. Reticulocyte biasanya memenuhi 1% daripada jumlah sel darah merah. Jika badan memerlukan lebih sel darah merah, seperti anemia, tulang sumsum akan memberi tindakbalas dengan menghasilkan lebih reticulocyte. Jadi, jumlah reticulocyte ialah ukuran kapasiti tulang sumsum untuk menghasilkan sel darah merah yang baru.
- Ujian istimewa sel darah; doktor mengira pembahagian beberapa jenis sel darah putih dan kebolehan sel tersebut untuk melawan jangkitan. Kebanyakan ujian ini dibuat pada sampel darah, tetapi kadang kala memerlukan pada sampel daripada tulang sumsum.
- Ujian pembekuan merangkumi banyak jenis ujian. Ada ujian yang mengira jumlah platlet dalam darah anda. Platlet berfungsi untuk mengawal pendarahan. Kadang kala doktor perlu untuk menguji kemampuan platlet berfungsi. Ujian lain boleh mengukur fungsi keseluruhan protein yang diperlukan untuk darah membeku dengan normal.
- Mengukur protein dan bahan-bahan lain: Ujian ini dibuat pada sampel air kencing.. Air
- Kencing mengandungi protein dalam kuantiti yang sangat sedikit. Dengan mengira protein tersebut, doktor dapat mengesan kuantiti dan struktur yag luar biasa.
Bagaimana pesakit Penyakit Darah dirawat?
Kebiasaannya, doktor anda mengesyorkan kombinasi rawatan untuk membantu merawat penyakit ini.
Jika keadaan anda tidak terlalu serius, anda mungkin diberi ubat-ubatan.
Sekiranya ubat-ubatan ini tidak memberi hasil, anda perlu membuat tranplan tulang sumsum, dimana ia mungkin memperbaiki atau menggantikan tulang sumsum yang rosak.
Tambahan itu, pemindahan darah adalah pilihan yang lain untuk membantu menggantikan sel darah yang hilang atau rosak.
Semasa pemindahan darah berlaku, anda menerima darah yang sihat daripada penderma.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Darah?
Anda boleh mengatasi penyakit hematologi dengan pelbagai cara.
Jika anda mengalami simptomnya, anda perlu berjumpa doktor untuk membuat diagnosis dan memberi rawatan awal, dimana ia boleh mendapat keputusan yang terbaik.
Diet dan senaman yang mencukupi dapat membantu anda mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit darah.
Sekiranya penyakit darah ini berlaku kepada ibubapa, anda perlu membuat rundingan bersama doktor untuk berbincang tentang risikonya kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmi]