Penyakit Autoimun: Adakah Berbahaya Dan Menyebabkan Kematian?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit autoimun adalah satu keadaan yang mana sistem imun sepatutnya melindungi sel-se tubuh daripada serangan penyakit, tetapi ia menyerang sel-sel tubuh yang sihat. Walaupun masih jarang diketahui, namun ia sebenarnya kerap muncul dalam kehidupan seharian. Jadi, sejauh manakah bahayanya kesan penyakit autoimun terhadap kesihatan tubuh?

Sejauh manakah bahaya kesan penyakit autoimun?

Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun. Namun, hanya beberapa penyakit sahaja yang mungkin sering kedengaran oleh anda seperti lupus, radang usus, psiorasis, artritis reumatoid, diabetes jenis 1, sklerosis berbilang, gravis dan celiac.

Setiap jenis penyakit autoimun sudah pasti menimbulkan simptom yang berbeza. Ini kerana sel-sel tubuh yang diserang oleh sistem imun pada penyakit berkenaan adalah tidak sama. Dengan kata lain, kesan penyakit autoimun bertindak balas dalam tubuh dengan cara yang berbeza-beza bergantung kepada jenisnya.

Sebagai contoh, bagi sklerosis berbilang, bahagian tubuh yang diserang adalah sistem saraf pusat. Tetapi, celiac adalah bahagian tubuh yang mempunyai masalah saluran pencernaan.

Menurut Mary J. Shomon, seorang penulis buku yang berjudul Living Well With Autoimmune Disease: What Your Doctor Doesn’t Tell You That You Need to Know, bahawa walaupun ia sering kelihatan agak parah dan dikelaskan sebagai kronik, kesan penyakit autoimun sebenarnya tidak membawa maut .

Walau bagaimanapun, seperti jenis penyakit lain, kesan penyakit autoimun pada tubuh boleh membuatkan pesakit berasa tidak dapat melakukan aktiviti harian. Jika didapati terdapat kes kematian yang disebabkan oleh penyakit autoimun, seperti dalam kajian yang diterbitkan dalam  American Public Health Association, ia bergantung kepada keadaan kesihatan dan keparahan penyakit yang dialami oleh seseorang.

Jadi, adakah penyakit autoimun boleh disembuhkan?

Sehingga kini belum ada rawatan yang betul-betul menjamin semua jenis penyakit autoimun boleh disembuhkan sepenuhnya. Tetapi, dengan diagnosis awal serta rutin rawatan, ia sebenarnya langkah tepat untuk membantu anda menguruskan simptom.

Walaupun anda mematuhi cadangan rawatan penyakit daripada doktor, bagi mana-mana jenis pesakit penyakit autoimun, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan pelbagai faktor pencetus yang boleh membuat perkembangan penyakit lebih teruk.

Selain itu, pesakit juga perlu memberi perhatian kepada pengambilan makanan dan minuman kerana terdapat makanan yang terus dicerna boleh menganggu sistem imun tubuh seperti terlalu banyak gula, gandum, susu, jagung, kacang soya, dan kerang.

Disebabkan itu, adalah penting bagi pesakit untuk mematuhi peraturan diet harian yang disarankan oleh doktor, sambil mengekalkan tubuh yang sihat dan dalam persekitaran yang meminimumkan risiko jangkitan.

Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit autoimun juga mesti mematuhi dan menjalani semua rawatan mengikut jenis penyakit bagi menjaga keadaan kesihatan dan mengurangkan kemungkinan pengulangan simptom.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

    Pernah tak anda terfikir, kenapa lelaki lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan wanita? Jawapannya ada kaitan dengan hormon...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/11/2020 . 3 minit bacaan

    Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

    Tahukah anda, ada kemungkinan penghidap kencing manis jenis 2 sebenarnya menghidap LADA, bukannya bertukar jadi diabetes jenis 1. Apakah LADA sebenarnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

    Ekzema adalah masalah kulit yang merangkumi kegatalan, bengkak serta ruam merah. Kini, penggunaan probiotik semakin meluas dalam merawat kondisi ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

    Sistem imun berfungsi melindungi tubuh daripada jangkitan. Tapi, mempunyai penyakit autoimun seperti psoriasis, boleh ganggu sistem kekebalan badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    badan letih

    Pesakit Autoimun Sering Alami Sakit Sendi & Letih? Ikuti 5 Cara Ini Untuk Atasi Keletihan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
    bayi pramatang 6 bulan

    Mama, Ini Risiko Bayi Lahir Minggu Ke-36, Paling Bahaya Boleh Akibatkan MAUT

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
    sel darah putih

    Jika Anda Ada Masalah Sel Darah Putih Rendah, Atasinya Dengan 8 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan