backup og meta

Ini 6 Kesan Hepatitis C Terhadap Tubuh Jika Anda DIJANGKITI, Periksa Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2023

    Ini 6 Kesan Hepatitis C Terhadap Tubuh Jika Anda DIJANGKITI, Periksa Sekarang!

    Penyakit hepatitis C adalah keradangan dalam hati. Tetapi apakah simptom hepatitis C yang boleh dikenal pasti ya?

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit Hepatitis C

    Hepatitic C adalah jangkitan yang menyebabkan keradangan di hati.

    Hati bertanggungjawab untuk pelbagai tugas penting dalam badan iaitu memproses darah, menapis toksin dan memastikan tidak mendatangkan kemudaratan melalui fungsinya.

    Ia juga ditugaskan untuk menghasilkan hempedu yang membantu dalam pencernaan makanan, dan menyimpan glukosa dan vitamin.

    Apabila hati mengalami keradangan, menyebabkannya sangat sukar untuk melaksanakan semua tugas pentingnya. Jangkitan Hepatitis C mempunyai kesan pada seluruh badan apabila tidak dirawat untuk jangka masa yang lama. 

    Baca juga:

    Simptom Hepatitis C

    Berikut antara tanda-tanda diri mengalami penyakit hepatitis C:

    #1. Jaundis

    Sekiranya anda mengalami penyakit Hepatitis C, anda mungkin mendapati kulit dan mata putih anda kelihatan kekuningan. Ini berlaku apabila hati anda tidak berfungsi dengan baik untuk memecahkan bahan kimia yang dipanggil bilirubin. Sekiranya terlalu banyak dalam darah, kulit boleh berubah menjadi kuning.

    Jaundis boleh muncul sebaik sahaja anda dijangkiti penyakit hepatitis C. Ia juga boleh muncul selepas bertahun-tahun jangkitan dan parut hati yang teruk dipanggil sirosis.

    #2. Kegatalan, salah satu Simptom Hepatitis C

    Toksin yang ada darah anda dan menyebabkan penyakit kuning juga boleh menyebabkan anda kegatalan. Anda mungkin merasakannya hanya di tangan dan kaki atau seluruh badan anda.

    Sesetengah orang mengatakan ia ada rasa gatal pada organ. Selain itu, rawatan untuk Hepatitis C juga boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

    Ia perlu perbincangan bersama doktor mengenai preskripsi ubat-ubatan. Manakala bagi perokok, berhenti boleh meredakan sesetengan kegatalan.

    #3. Bintik-bintik darah (Purpura)

    simptom hepatitis c

    Pecahan merah atau ungu ini boleh sekecil seperti kepala pin atau sebesar setengah inci. Ia boleh menyakitkan atau gatal. Bagi orang yang mempunyai penyakit Hepatitis C, ruam biasanya merupakan simptom cryoglobulinemia.

    Ia adalah masalah pembuluh darah yang terjadi apabila protein dalam darah melekat apabila dalam cuaca sejuk. Ini akan menghalang aliran darah.

    Simptom Hepatitis C #4. Fenomena Raynaud

    Sekiranya jari-jari anda menjadi putih atau biru dalam keadaan sejuk, itulah tanda-tanda anda mempunyai keadaan ini. Jari kaki, hidung atau telinga anda juga boleh terjejas.

    Ia berlaku apabila saluran darah menjadi kekejangan dalam keadaan sejuk, dan aliran darah menjadi perlahan. Anda mungkin berasa sakit, kebas dan kesemutan.

    #5. Lichen planus

    Penyakit ini muncul sebagai lebam yang biasanya bermula pada pergelangan tangan, tetapi boleh juga muncul di mana sahaja. Ia boleh menyebabkan luka-luka atau luka dalam mulut anda.

    Tiada faktor jelas yang menyebabkannya, tetapi kebanyakan mengalami planus lichen mempunyai Hepatitis C.

    #6. Porphyria cutanea tarda (PCT)

    simptom hepatitis c

    Keadaan ini menyebabkan lepuh yang menyakitkan dan kulit rapuh yang menjadi lebih teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ia berlaku apabila protein dipanggil wujud porphyrins di hati, kemudian bergerak ke dalam aliran darah dan seterusnya ke kulit anda.

    Jika terdapat pertanyaan mengenai penyakit hepatitis C ini, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan