Kegagalan Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Kegagalan Jantung?

Kegagalan jantung ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan jantung yang tidak dapat menampung bebanannya dan tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan efisyen.

Dalam pesakit dengan kegagalan jantung, darah bergerak dalam badan dan melalui jantung pada kadar yang lebih rendah. Disebabkan kuantiti darah yang tidak mencukupi, ruang jantung mungkin akan bertindak balas dengan merenggang untuk menampung lebih banyak darah atau dengan menjadi keras dan menebal.

Walaupun ini membantu darah bergerak, tetapi otot jantung akhirnya akan melemah dan tidak dapat bekerja dengan efisyen. Akibatnya, buah pinggang mungkin akan bertindak balas dengan menyebabkan badan menahan cecair dan garam. Cecair yang terkumpul pada bahagian badan menyebabkan kongesti.

Kegagalan jantung berbeza daripada serangan jantung dan jantung berhenti.

Apakah kebarangkalian Kegagalan Jantung?

Keadaan kesihatan ini kerap berlaku tetapi sangat serius. Ia boleh berlaku tanpa mengira usia. Kegagalan jantung tidak ada penyembuhnya tetapi dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kegagalan Jantung?

Simptom kegagalan jantung kebiasaannya ialah:

  • Sesak nafas sewaktu aktiviti atau rehat;
  • Penat yang ekstrim;
  • Bengkak pada kaki,buku lali, perut atau bahagian bawah belakang.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika terdapat simptom berikut:

  • Bengkak bertambah pada tapak kaki, kaki, abdomen atau buku lali.
  • Tidak dapat melakukan aktiviti harian
  • Batuk di tengah malam
  • Merasa keliru atau gelisah;
  • Penyahhidratan;
  • Sakit dada
  • Degupan jantung laju (lebih daripada 120/min sewaktu rehat)

Jika anda mengalami tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.  Jika kegagalan jantung dikesan seawal mungkin, rawatan akan lebih mudah dan berkesan.

Punca

Apakah Punca Kegagalan Jantung?

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan kegagalan jantung. Kebanyakan kes kegagalan jantung adalah disebabkan penyakit lain. Beberapa punca kegagalan jantung ialah:

  • Diabetes;
  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Kemurungan
  • Masalah tidur
  • Alkohol atau dadah
  • Rawatan kanser tertentu.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kegagalan Jantung?

Terdapat banyak faktor risiko kegagalan jantung, seperti:

  • Penyakit jantung koronari:
  • Tekanan darah tinggi;
  • Diabetes;
  • Merokok;
  • Makan makanan yang kaya dengan lemak, kolesterol dan sodium
  • Obesiti.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kegagalan Jantung didiagnosis?

Untuk diagnosis kegagalan jantung doktor akan bertanyakan soalan tentang simptom dan sejarah perubatan. Doktor anda ingin mengetahui:

  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes, masalah buah pinggang, angina (sakit dada), tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit arteri koronari, atau masalah jantung yang lain.
  • Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit jantung atau kematian mengejut.
  • Jika anda merokok atau menggunakan rokok cerut
  • Jika anda minum alkohol dan berapa banyak anda minum
  • Jika anda dirawat dengan kemoterapi dan/atau radiasi
  • Ubat-ubatan tertentu.

Doktor akan melaksanakan pemeriksaan fizikal menyeluruh seperti ujian darah, X-ray dada, elektrokardiogram, ujian stres, dan sebagainya.

Bagaimana pesakit Kegagalan Jantung dirawat?

Hingga kini, tidak ada rawatan kekal untuk kegagalan jantung. Terdapat rawatan yang hanya mengawal simptom dan membantu pesakit menjalani kehidupan yang aktif. Untuk membantu anda mengawal tekanan darah dan membantu jantung mengepam, doktor mungkin akan menyarankan ubat berikut:

  • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors;
  • Penyekat reseptor Angiotensin II;
  • Penyekat Beta;
  • Diuretik;
  • Antagonis Aldosterone;
  • Inotropes.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kegagalan Jantung?

Doktor juga mungkin akan memberikan nasihat tentang perubahan gaya hidup yang perlu anda lakukan seperti:

  • Aktifkan diri
  • Berhenti atau kurangkan merokok;
  • Menangani stres
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengamalkan diet yang sihat
  • Mengurangkan pengambilan kolesterol
  • Mengawal diabetes.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

    Cara mengatasi serangan jantung penting jika anda tidak mahu episod yang kedua. Artikel ini menyenaraikan 5 langkah penting untuk anda, #3 harus dicuba ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

    Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis semasa mengandung. Ia dikatakan akan hilang sebaik wanita bersalin. Namun kesannya mungkin berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

    Tahukah anda nadi yang perlahan ataupun laju merupakan tanda sakit jantung? Jom periksa kadar denyutan nadi anda untuk pastikan jantung anda sihat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/07/2020 . 3 minit bacaan

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada? Ini 7 Cara Mengesan Sakit Jantung

    Sakit jantung boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itulah penting untuk kita kenali tanda serangan jantung bagi mendapatkan rawatan awal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    darah pekat

    Penghidap Darah Pekat Kena Tahu Ini! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    faktor penyakit jantung

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan