backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Ambil Ringan Jika Sakit Sendi, Cuba 5 Petua Hilangkan Bisa Urat Saraf

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2023

    Jangan Ambil Ringan Jika Sakit Sendi, Cuba 5 Petua Hilangkan Bisa Urat Saraf

    Sakit sendi atau arthritis adalah keadaan biasa yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja, malah kesakitan yang dialami boleh menjejaskan aktiviti harian individu. Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah terdapat petua hilangkan sakit urat saraf yang boleh dicuba?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Tulang dan Otot, anda boleh klik di sini.

    Arthritis Menjejaskan Kehidupan Individu

    Salah satu punca paling biasa untuk sakit sendi yang dialami ramai individu adalah kerana penyakit arthritis. Penyakit ini menggambarkan kesakitan, bengkak dan rasa kebas pada sendi. Ia bukan melibatkan satu keadaan sahaja, sebaliknya ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis 1.

    Penyakit arthritis boleh menjejaskan mana-mana individu daripada semua peringkat usia. Ini termasuklah kanak-kanak dan remaja. Terdapat juga beberapa keadaan arthritis yang lebih cenderung berlaku kepada individu lebih berusia.

    Secara umumnya, penting untuk anda menentukan punca sakit sendi yang dialami itu. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk setiap jenis kesakitan sendi 1.

    Bahkan, punca sakit sendi yang berlaku mungkin kerana diwarisi daripada sejarah kesihatan keluarga anda.

    Kesakitan sendi boleh menyukarkan aktiviti harian kesan daripada rasa sakit yang dialami. Gejala arthritis boleh berbeza dari minggu ke minggu, malahan mungkin berbeza setiap hari. Antara beberapa jenis arthritis yang paling biasa terjadi bersifat jangka panjang seperti osteoartritis dan rheumatoid arthritis 1.

    Bagaimana Sakit Sendi Boleh Menjejaskan Hidup Anda?

    petua hilangkan sakit urat saraf

    Apabila diserang sakit sendi, kesakitan yang dirasai pastinya boleh menyukarkan anda untuk meneruskan aktiviti seharian sama ada di rumah, di tempat kerja atau pada waktu lapang.

    Anda juga mungkin akan cuba menghindari pekerjaan yang cenderung meningkatkan kesakitan atau menolak peluang untuk melakukan perkara yang disukai.

    Rasa sakit yang dialami bukan sekadar melibatkan sensasi fizikal, tetapi dalam masa sama memberi impak pada emosi anda.

    Bayangkan jika anda mengalami kesakitan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tidak mustahil ia dapat mempengaruhi mood dan keyakinan diri! Jadi mungkinkah terdapat petua hilangkan sakit urat saraf yang boleh diamalkan?

    Pentingnya mengetahui petua hilangkan sakit urat saraf

    Pasti ramai yang beranggapan kesakitan sendi yang dialami biasanya akan hilang dengan sendiri dan tiada apa perlu dibimbangkan. Jadi tidak wujud kepentingan untuk mengetahui petua hilangkan sakit urat.

    Adakah anda yakin dengan jawapan tersebut?

    Sebenarnya, masalah arthritis yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk terhadap kualiti hidup, menyebabkan kerosakan pada otot dan struktur tulang 2. Bagi gejala yang teruk, ia juga boleh mempengaruhi fungsi organ dan memendekkan jangka hayat individu!

    Sekarang anda sudah tahu bagaimana sakit sendi boleh mempengaruhi kualiti hidup anda, jom lihat kini apakah petua hilangkan sakit urat saraf yang boleh diamalkan.

    petua hilangkan sakit urat saraf

    5 Petua Hilangkan Sakit Urat Saraf 

    Terdapat beberapa petua bagi menghilangkan kesakitan dialami yang boleh dicuba, antaranya:

    1. Mengawal berat badan

    Berat badan boleh memberi kesan besar kepada gejala artritis. Berat berlebihan memberi lebih banyak tekanan pada sendi, terutamanya lutut, pinggul dan kaki anda 3.

    Berdasarkan garis panduan American College of Rheumatology and Arthritis Foundation (ACR / AF) adalah amat disaran untuk anda menurunkan berat badan jika anda menghidap Osteoporosis dan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

    1. Pengambilan ubat tahan sakit

    Terdapat ubat-ubatan yang dapat merawat gejala arthritis, seperti ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) 4. Selain itu, ubat tahan sakit ini juga berkesan untuk kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.

    Pengambilan ubat ini boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika sebelum mengambit ubat ini.

    1. Melakukan senaman secara berkala

    Sekiranya anda mengalami artritis, melakukan aktiviti fizikal dipercayai dapat membantu 5 untuk:

    Sebaiknya senaman disarankan adalah yang berintensiti rendah seperti:

    • Melakukan aktiviti berjalan kaki
    • Berbasikal
    • Tai chi dan yoga
    • Aktiviti melibatkan sukan air
    • Berenang
    1. Terapi panas dan sejuk

    Antara petua hilangkan sakit urat saraf yang paling senang adalah dengan melakukan rawatan panas dan sejuk bagi membantu melegakan kesakitan serta keradangan arthritis 6.

    • Rawatan terapi panas boleh merangkumi mandi atau berendam air panas di pagi hari untuk membantu mengurangkan kekejangan. Selain itu, penggunaan selimut elektrik atau pad pemanasan lembap juga boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan pada waktu malam
    • Manakala rawatan terapi sejuk dapat meredakan sakit sendi, bengkak dan keradangan. Balut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang menyakitkan untuk memberikan kelegaan cepat. Harus diingatkan, jangan sekali-kali menggunakan ais terus ke kulit, okay?
    1. Melindungi sendi

    Kecederaan yang berlaku pada sendi boleh menyebabkan atau memburukkan lagi artritis. Untuk bersenam, pilih aktiviti yang mudah di sendi seperti berjalan kaki, berbasikal, dan berenang.

    Melakukan aktiviti berimpak rendah mempunyai kadar risiko kecederaan rendah dan tidak akan menyebabkan tekanan pada sendi 3. Kecederaan sendi berpunca daripada sukan atau pekerjaan yang dilakukan boleh meningkatkan kemungkinan untuk anda diserang osteoartritis.

    Maka untuk mengurangkan kemungkinan terkena atau memburukkan lagi osteoartritis, mengambil langkah pencegahan dan mengelakkan kecederaan pada sendi seperti memakai alat pelindung dan menghindari pergerakan berulang pada sendi terjejas amat disarankan.

    Cara yang dikongsikan di atas mungkin berkesan sebagai petua hilangkan sakit urat saraf dan kesakitan sendi. Pun begitu, anda dinasihatkan untuk melakukan rundingan doktor bagi mengetahui cara yang berkesan dan terbaik bagi mengatasi masalah sakit sendi yang dialami.

    Kini anda telah tahu petua hilangkan sakit urat saraf. Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan