backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pundi Kencing SAKIT Masa Kencing? Itu Tanda Jangkitan UTI! Ini Cara Atasinya...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 14/06/2023

Pundi Kencing SAKIT Masa Kencing? Itu Tanda Jangkitan UTI! Ini Cara Atasinya...

Mengalami jangkitan pundi kencing (UTI) mungkin merupakan punca pundi kencing sakit. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Jangkitan pundi kencing?

Jangkitan pundi kencing (radang pundi kencing) ialah jangkitan saluran kencing akut disebabkan oleh bakteria di dalam pundi kencing.

Dalam sesetengah kes, keadaan ini boleh terjadi semula dalam tempoh masa yang panjang.

Radang pundi kencing ini mungkin juga adalah tindakbalas kepada beberapa jenis ubat, terapi radiasi atau bahan yang boleh menyebabkan radang atau komplikasi daripada penyakit lain.

Baca juga:

Punca pundi kencing sakit: Kebarangkalian jangkitan berlaku

UTI sangat biasa terjadi. Penyakit ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Lebih daripada 50% wanita terkena jangkitan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia menjejaskan individu pada setiap peringkat usia.

Dalam kalangan lelaki, risiko untuk mendapat jangkitan ini meningkat dengan bertambahnya usia. Ia dapat diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Punca pundi kencing sakit: Fahami simptomnya

Symptom yang paling biasa berlaku ialah:

  •   Air kencing berbau,  keruh atau berdarah;
  •   Membuang air kecil dengan lebih kerap daripada biasa, dalam kuantiti yang sedikit;
  •   Sakit atau berasa pedih ketika membuang air kecil;
  •   Kerap berasa ingin kencing yang dipanggil sebagai terdesak untuk kencing (urgency);
  •   Kejang atau berasa tekanan di bahagian bawah abdomen atau bawah bahagian belakang;
  •   Sakit belakang dikedua-dua belah badan atau ditengah bahagian belakang;
  •  Terkencing tanpa sengaja di siang hari dalam kalangan kanak-kanak.
  • Simptom yang paling serius ialah jangkitan pada buah pinggang.

    Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan symptom penyakit ini, sila berunding dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami tanda berikut:

  • Sakit belakang atau di bahagian sisi;
  • Demam atau menggigil;
  • Loya dan muntah;
  • Pundi kencing sakit dan kerap kencing;
  • Kencing berdarah;
  • Terkencing tanpa sengaja disiang hari dalam kalangan kanak-kanak.
  • punca pundi kencing sakit

    Punca

    Apakah punca pundi kencing sakit?

    Terdapat banyak punca kepada UTI:

    Jangkitan bakteria:

    Jangkitan bakteria adalah punca paling lazim yang menyebabkan jangkitan pundi kencing.

    Ia berlaku apabila bakteria melekat pada dinding pundi kencing dan membiak, berlawanan dengan keadaan normal dimana bakteria ini disingkirkan ketika membuang air kecil.

    Jenis bakteria paling lazim penyebab kepada jangkitan ini ialah  Escherichia coli (E. coli) yang secara semulajadinya wujud di dalam usus besar.

    Apabila seseorang individu mempunyai bekateria ini di dalam badan dan tidak disingkirkan semasa membuang air kecil, jangkitan akan mula berlaku.

    Terdapat juga bakteria jenis lain yang menjadi punca kepada jangkitan pundi kencing seperti Chlamydia Mycoplasma. Bakteria jenis ini merebak melalui hubungan seksual bersama orang yang mendapat jangkitan Chlamydia Mycoplasma.

    Jangkitan pundi kencing tidak berjangkit:

    Terdapat beberapa perkara lain penyebab jangkitan pundi kencing termasuk:

    • Radang pundi kencing interstitial.
    • Ubat penyebab radang: sesetengah ubat, terutamanya ubat kemoterapi seperti cyclophosphamide dan ifosfamide boleh menyebabkan radang pada pundi kencing anda.
    • Radang akibat radiasi terutama rawatan radiasi dikawasan pelvis.
    • Penggunaan catheter.
    • Radang pundi kencing akibat barang kimia seperti mandian berbuih, spray pembersih wanita atau gel pembunuh sperma (spermicide)
    • Radang pundi kencing bersama dengan keadaan lain. Radang ini juga dikenali sebagai

      komplikasi kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis, batu karang dalam buah pinggang, prostat membesar atau kecederaan pada urat saraf.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada punca pundi kencing sakit?

    Terdapat banyak factor-faktor risiko untuk jangkitan pundi kencing ini. Contohnya:

    • Jantina: banyak berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
    • Umur: risiko untuk mendapat jangkitan ini seiring dengan peningkatan usia.
    • Tidak bergerak
    • Membuat hubungan seks berisiko (bertukar/banyak pasangan, seks anal)
    • Penggunaan perancang kehamilan.
    • Sudah putus haid
    • Batu karang dalam buah pinggang
    • Prostat membesar
    • Menhidap kencing manis, jangkitan HIV dan mendapat rawatan untuk kanser
    • Menggunakan catheter untuk jangka masa yang panjang
    • Dalam kalangan lelaki, sebarang masalah kesihatan, radang pundi kencing jarang berlaku.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Punca pundi kencing sakit: Cara diagnosis dilakukan

    Jangkitan pundi kencing boleh didiagnos dengan:

    punca pundi kencing sakit

    • Analisis air kencing;
    • Cystoscopy;
    • Imbasan imej (X-ray, CT scan)

    Punca pundi kencing sakit: Kaedah rawatan

    Kaedah rawatan adalah bergantung kepada puncanya.

    Merawat jangkitan pundi kencing yang disebabkan oleh bakteria:

    Antibiotik adalah ubat pertama yang digunakan untuk merawat jangkitan pundi kencing disebabkan oleh bakteria. Berundinglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    • Jangkitan kali pertama: pesakit disarankan untuk mengambil antibiotik untuk tiga hari dalam seminggu walaupun simptom-simptomnya semakin baik dalam masa sehari.
    • Jangkitan berulang: antibiotic boleh dipreskrip untuk tempoh masa yang panjang.
    • Jangkitan daripada hospital: rawatan yang paling mencabar kerana berlaku pertentangan terhadap antibiotik.
    • Untuk wanita yang sudah putus haid, krim estrogen untuk vagina boleh digunakan.

    Merawat punca pundi kencing sakit disebabkan oleh punca lain bergantung kepada gejala penyakit tersebut:

    Untuk jangkitan interstitial, tujuan rawatan adalah untuk melegakan tanda dan simptom seperti:

    •  Ubatan yang diambil secara oral atau dimasukkan secara terus ke dalam pundi kencing.
    •  Regangan pundi dengan air dan gas (bladder distention) atau pembedahan;
    •  Rangsangan saraf.
    •  Radang pundi kencing akibat bahan kimia : elak daripada menggunakan barangan tersebut  untuk melegakan simptom dan menhalanag episod radang pundi kencing.
    •  Radang pundi akibat radiasi dan akibat ubat-ubatan: gunakan ubat-ubatan untuk melegakan simptom atau banyak minum air untuk menyingkirkan bahan-bahan yang

      boleh menyebabkan radang pundi kencing.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan pundi kencing?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk mengatasi punca pundi kencing sakit. Ianya termasuklah:

    punca pundi kencing sakit

    • Hydrasi: banyak minum air. Berundinglah dengan doktor untuk mengetahui kuantiti air yang bersesuain dengan keadaan kesihatan.
    • Kencing bila perlu.
    • Lap dari bahagan depan ke belakang selepas membuang air kecil untuk wanita.
    • Elak daripada menggunakan pancutan, spray pembersih wanita atau serbuk pada bahagian sulit.
    • Mandi dengan pancutan berbanding mandi dengan rendaman (tab mandi)
    • Memakai pakaian dalam diperbuat daripada kapas dan pakaian yang longgar dan menukar pakaian dalaman setiap hari.
    • Memakai pad berbanding tampon ketika menstruasi.
    • Elak daripada menggunakan diafragma atau ubat pembunuh sperma (spermaticide) dan tukar bentuk bahan perancang kehamilan.
    • Gunakan kondom yang dilincirkan dengan ubat yang tidak membunuh sperma (non-spermaticide).
    • Membuang ar kecil sebelum dan selepas hubungan seksual.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan