Semua orang kenal apa itu buah pinggang. Walau bagaimanapun, bukan semua tahu apakah fungsi buah pinggang dalam kehidupan harian. Jika organ ini tidak dapat berfungsi dengan baik, anda berisiko mengalami penyakit buah pinggang.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Semua orang kenal apa itu buah pinggang. Walau bagaimanapun, bukan semua tahu apakah fungsi buah pinggang dalam kehidupan harian. Jika organ ini tidak dapat berfungsi dengan baik, anda berisiko mengalami penyakit buah pinggang.
Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk seperti kacang. Ia terletak di bahagian belakang abdomen di bawah tulang kedua-dua bahagian tulang rusuk.
Buah pinggang di sebelah kanan terletak lebih rendah berbanding pasangannya di sebelah kiri kerana terdapat organ hati yang menolaknya ke bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.
Organ ini adalah sebahagian daripada sistem urinari yang berfungsi menapis bahan-bahan tertentu daripada darah untuk dibuang melalui air kencing. Buah pinggang adalah organ pertama yang menerima darah.
Di dalamnya terdapat unit penting yang bertanggungjawab menjalankan proses penapisan. Unit ini disebut sebagai nephron. Setiap buah pinggang mengandungi 1,000,000 nephron!
Semasa darah melalui nephron, sebahagian daripada bahan tertentu akan dibuang melalui air kencing, manakala sebahagian yang lain akan dikembalikan semula ke dalam darah. Jika berlaku kerosakan atau kecederaan pada nephron, proses penapisan akan terjejas.
Bahan-bahan yang ingin dibuang (dalam air kencing) daripada badan seterusnya akan melalui saluran ureter untuk disimpan di dalam pundi kencing. Rasa ingin kencing akan datang apabila air kencing di dalam pundi mencecah sekitar 240 ml. Air kencing seterusnya dibuang keluar melalui saluran urethra.
Selain membuang bahan toksik, antara fungsi buah pinggang yang lain ialah mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kandungan air di dalam badan.
Ia juga turut menyumbang dalam mengekalkan kesihatan tulang. Vitamin D yang menjadi salah satu daripada nutrisi penting bagi tulang dihasilkan sebahagiannya melalui buah pinggang.
Baca juga:
Organ ini mempunyai potensi untuk beradaptasi terhadap keadaan dengan baik. Oleh sebab itu, simptom yang menunjukkan kerosakan padanya mungkin berlaku agak lewat ketika kerosakan telah menjadi sangat parah.
Cara terbaik untuk mengesan penyakit buah pinggang adalah melalui ujian saringan, terutamanya dalam kalangan mereka yang berisiko (tekanan darah tinggi, kencing manis, sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga).
Antara simptom kerosakan buah pinggang adalah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen