Batu Karang: Berapakah Tempoh untuk Melepasinya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Melepasi batu karang boleh menjadi sangat menyakitkan. Batu karang adalah keras seperti kristal yang biasanya boleh menyebabkan kekejangan di bahagian belakang, sisi dan pangkal paha serta air kencing berdarah. Sesetengah batu karang akan keluar sendiri dan sesetengahnya memerlukan rawatan perubatan.

Faktor Pengaruh

i. Saiz

Saiz batu adalah faktor utama sama ada ia boleh keluar secara semulajadi atau sebaliknya. Bagi batu yang berukuran lebih kecil daripada 4 milimeter (mm), 80 oeratus daripadanya boleh keluar sendiri dan mengambil purata masa 31 hari.

Batu yang 4-6 mm pula lebih cenderung memerlukan rawatan lain. Bagaimanapun, sekitar 60 peratus boleh melepasi secara semulajadi dalam tempoh purata 45 hari.

Manakala batu lebih besar daripada 6 mm biasanya memerlukan rawatan perubatan untuk dikeluarkan. Hanya sekitar 20 peratus boleh melepasi secara semulajadi. Tanpa rawatan perubatan, ia boleh mengambil masa setahun untuk keluar secara semulajadi.

ii. Lokasi

Walaupun saiz memainkan peranan penting sama ada batu boleh melepasi dengan sendiri atau sebaliknya, lokasi batu dalam ureter juga menyebabkan perbezaan.

Batu yang berada di penghujung ureter, lebih dekat ke tempat ia melekat pada pundi kencing dan bukannya melekat pada hujung buah pinggang lebih cenderung untuk keluar sendiri. Penyelidikan menunjukkan bahawa 79 peratus daripada batu ini mengalir sendiri. Bagi batu di penghujung ureter yang lebih dekat ke pundi kencing, kira-kira 48 peratus batu-batu ini berlalu tanpa rawatan perubatan.

Masa yang sesuai

Menunggu batu karang untuk keluar dengan sendirinya tidak sesuai bagi semua orang. Menurut Persatuan Urologi Amerika, penyingkiran batu mungkin diperlukan jika batu tidak keluar sendiri dalam masa 2 bulan atau jika berlaku komplikasi tertentu ketika menunggu ia keluar. Komplikasi ini merangkumi fungsi ginjal yang menurun, penyumbatan ureter yang menyebabkan jangkitan buah pinggang atau loya, muntah atau sakit tidak terkawal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan