backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Luka Sedikit Tapi Darah Susah Berhenti? Kenali Apa Itu Penyakit Hemofilia!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 16/02/2023

Luka Sedikit Tapi Darah Susah Berhenti? Kenali Apa Itu Penyakit Hemofilia!

Apa itu sakit Hemofilia?

Sakit Hemofilia adalah gangguan yang jarang berlaku di mana darah tidak beku dengan normal. Terdapat dua jenis hemofilia iaitu:

  • Hemofilia A (hemofilia klasik atau kekurangan faktor VII )
  • Hemofilia B (Penyakit Krimas atau kekurangan faktor IX )
  • Faktor VII dan faktor IX adalah protein penting dalam darah untuk proses pembekuan darah. Oleh itu, apabila faktor-faktor ini berkurang atau terlalu rendah akan menyebabkan hemofilia.

    Jika mempunyai penyakit hemofilia, anda mungkin akan mengalami proses pendarahan yang lebih lama selepas cedera dan sukar membeku dengan normal. Luka kecil selalunya tidak menjadi masalah.

    Masalah besar di sini, apabila berlaku pendarahan di dalam badan terutamanya pada lutut, buku lali dan siku. Sekali gus, ia boleh merosakkan organ, tisu dan membawa maut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Hemofilia, sila dapatkannya di sini.

    Apakah kebarangkalian Hemofilia?

    penyakit hemofilia

    Hemofilia adalah penyakit genetik yang jarang berlaku dan sering terjadi pada lelaki.

    Anda boleh merendahkan peluang menghidapi hemofilia dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

    Simptom Hemofilia

    Tanda dan simptom sakit hemofilia adalah berbeza, bergantung pada paras faktor pembekuan darah anda.

    Antara simptom pendarahan secara tiba-tiba seperti: 

    • Pendarahan tanpa sebab dan sangat banyak akibat luka atau kecederaan, sama ada selepas pembedahan atau rawatan gigi.
    • Pendarahan tanpa sebab
    • Banyak lebam yang besar 
    • Pendarahan luar biasa selepas mengambil vaksin
    • Sakit, bengkak atau rasa ketat pada sendi
    • Darah dalam air kencing atau najis 

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor segera. 

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mengandung atau ingin hamil serta mempunyai sejarah keluarga hemofilia, sila jumpa doktor.

    Anda mungkin akan dirujuk kepada pakar dalam bidang genetik perubatan atau gangguan pendarahan, untuk bantu mengetahui jika anda adalah pembawa gen hemofilia.

    Jika anda adalah pembawa, doktor boleh tentukan jika bayi anda mempunyai hemofilia dari dalam kandungan lagi.

    Punca

    Apakah punca sakit Hemofilia?

    hemofilia

    Penyakit ini terjadi apabila faktor VII atau XI tidak mencukupi. Oleh itu, apabila pembedahan atau luka berlaku, pesakit sangat sukar untuk menghentikan pendarahan kerana badan mereka tidak dapat mengeluarkan protein yang cukup untuk pembekuan darah.

    Dalam kebanyakkan kes, penyakit ini diwarisi secara genetik kepada anak, dari sebelah ibu. Ini dinamakan gangguan gen berkaitan jantina.

    Wanita selalunya tiada simptom kerana mereka mempunyai dua kromosom X, hanya satu gen sahaja yang terlibat, manakala gen yang satu lagi normal.

    Lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, jika gen itu terlibat, maka terjadilah hemofilia.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko kepada sakit Hemofilia?

    Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ada gangguan genetik pembekuan darah, maka anda juga berisiko untuk penyakit ini.

    Namun, tidak mempunyai faktor risiko juga tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. 

    Faktor-faktor ini hanyalah sebagai rujukan. Anda harus berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit didiagnosis dan dirawat?

    Kebiasaannya sakit hemofilia didiagnosis selepas seseorang itu mengalami episod pendarahan yang tidak normal.

    Penyakit ini boleh didiagnosis melalui ujian darah untuk mengesan kekurangan faktor VII atau faktor IX.

    Sementara itu, rawatan pula melibatkan gantian faktor darah atau penggunaan ubat. Bagi mengelakkan komplikasi, pendarahan dalam otot atau sendi haruslah dihentikan serta merta.

    Jika keadaan semakin teruk, doktor akan menggunakan faktor pembekuan. Ubat seperti desmopresin atau aminokaproik asid mungkin digunakan dalam kes kecil.

    Selain itu, darah yang diterima perlu diuji dengan teliti bagi mengelak penyakit berjangkit seperti HIV.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi hemofilia:

    • Ikut arahan doktor tentang perkara yang perlu dilakukan jika pesakit berdarah atau cedera.
    • Jumpa doktor gigi dua bulan sekali.
    • Bersenam tetapi elakkan sukan sentuhan seperti ragbi.
    • Elakkan suntikan intraotot
    • Jadikan rumah anda bebas kemalangan. Pakai tali pinggang keledar dan memandu dengan berhati-hati.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik yang boleh dilakukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 16/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan