Waspada Selalu Anda Mungkin Berisiko Mengalami Tuberkulosis Jika Berada Dalam 3 Situasi Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semua orang boleh dijangkiti bakteria Mycobacterium tuberculosis dan menghidap penyakit tuberkulosis atau tibi. Namun, terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko jangkitan.

3 bentuk risiko tuberkulosis 

1. Sistem imun lemah

Tanpa sistem imun yang kuat, tubuh anda tidak akan mampu melawan jangkitan bakteria. Banyak keadaan yang boleh melemahkan sistem imun anda. Sebab utama yang menyumbang kepada keadaan ini ialah HIV atau AIDS.

HIV dan AIDS semakin menular pada hari ini disebabkan oleh faktor seperti perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah, kelemahan kawalan penggunaan jarum dan alatan tajam di hospital serta amalan seks bebas terutamanya dalam kalangan hubungan sejenis.

Keadaan ini telah menyebabkan bilangan kes tibi meningkat meskipun di negara-negara maju. Pesakit HIV adalah 20 hingga 30 kali ganda lebih berisiko mendapat tibi berbanding orang biasa.


Selain itu, keadaan lain yang boleh membawa kepada sistem imun lemah ialah:

  • Diabetes.
  • Kanser.
  • Rawatan kemoterapi atau steroid.
  • Ubat yang digunakan dalam pemindahan organ.
  • Malnutrisi.

2. Kemiskinan dan penyalahgunaan dadah

sakit

Kemiskinan bukan sahaja merupakan masalah ekonomi tetapi juga punca kepada masalah sosial dan kesihatan. Ia membawa kepada kehidupan yang tidak berkualiti.

Orang miskin yang hidup di kawasan setinggan dan padat lebih cenderung dijangkiti tibi kerana persekitaran yang kotor. Cecair daripada mulut dan hidung pesakit juga lebih mudah tersebar di kawasan seperti ini.

Kemiskinan turut mengundang kepada masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah yang akan menambah lagi risiko jangkitan tibi. Tambahan pula, akses kepada penjagaan kesihatan yang baik juga adalah rendah dalam kalangan orang miskin.

3. Tempat tinggal atau kerja

Mereka yang tinggal atau bekerja di sesetengah tempat adalah lebih berisiko. Antaranya ialah pekerja kesihatan termasuk doktor, jururawat, pembantu perubatan atau penyapu sampah di hospital.

Ini adalah kerana mereka sangat rapat dengan pesakit. Langkah pencegahan seperti membasuh tangan dan memakai topeng muka boleh mengurangkan risiko.

Selain itu, mereka yang tinggal di kawasan padat seperti kem pelarian juga lebih berisiko disebabkan pemakanan yang kurang sihat dan persekitaran yang kotor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tuberkulosis Bukan Kanser Paru-Paru. Ini Perbezaan Di Antara Kedua-Duanya

Tuberkulosis dan kanser paru-paru adalah dua penyakit yang berbeza. Penting buat anda untuk mengetahuinya memandangkan ia mempunyai protokol yang berbeza.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Paru-Paru 27/10/2020 . 3 minit bacaan

Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

Umum sudah tahu bahawa paru paru manusia adalah antara organ yang paling penting. Persoalannya, bolehkah hidup hanya dengan satu paru-paru? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Tibi Boleh Berjangkit Jika Bersentuh, Berjabat Tangan Dan Berpeluk, Fakta Atau Auta?

Penyakit tuberkulosis atau tibi adalah penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ketahui bagaimana cara ia merebak dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Batuk Kering, Kesihatan Pernafasan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

Jangkitan kuman paru-paru boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun, apakah perbezaan penyakit tibi dan radang paru-paru? Mana satukah yang lagi bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Batuk Kering, Kesihatan Pernafasan 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Cara merawat radang paru paru

Kena Tahu, Penyakit Radang Paru-paru Mungkin Akan Sebabkan 6 Komplikasi Serius Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit paru paru

Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tb

Anak Kecil Lebih Mudah Dapat Sakit TB? Ini Beza Serangan TB Untuk Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
paru paru berair

Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan