Fibroadenoma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Fibroadenoma?

Fibroadenoma adalah ketumbuhan benigna yang berlaku dalam payudara. Tidak semua ketumbuhan yang berlaku dalam payudara adalah fibroadenoma. Fibroadenoma selalu disalah anggap dengan ketumbuhan kanser payudara. Perbezaan antara kedua-duanya ialah fibroadenoma tidak membesar atau merebak ke organ lain sepertimana kanser payudara, ia akan hanya didapati dalam tisu payudara.

Anda boleh merasa ketumbuhan melalui pemeriksaan payudara. Jika anda merasa ketulan keras yang bergetah, pejal dengan bentuk yang sekata dalam payudara, anda patut mendapatkan diagnosis untuk fibroadenoma.

Apakah kebarangkalian Fibroadenoma?

Fibroadenoma biasa berlaku dalam wanita muda, kebiasaannya sewaktu usia remaja, dan wanita di bawah usia 30 tahun tetapi ia juga boleh berlaku tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Fibroadenoma?

Apabila anda menekan kulit anda, anda akan merasa fibroadenoma seperti guli dalam payudara. Tanda dan simptom fibroadenoma yang biasa berlaku ialah ketulan dalam payudara yang pejal dan kebiasaannya bulat dengan sempadan yang boleh dirasai. Fibroadenoma kebiasaannya tidak menyakitkan dan boleh bergerak-gerak apabila disentuh.

Fibroadenoma terdapat dalam saiz yang berbeza, ia juga boleh membesar atau mengecil dengan sendirinya. Namun kebiasaannya fibroadenoma bersaiz kecil, hanya 1 atau 2 sentimeter.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut segera menghubungi doktor jika anda mengesan ketulan baru dalam payudara atau terdapat perubahan pada payudara, atau jika ketulan yang pernah disedari sebelum ini kelihatan membesar atau berubah.

Punca

Apakah Punca Fibroadenoma?

Walaupun punca sebenar fibroadenoma belum diketahui, saintis mengesyaki hormon memainkan peranan dalam membentuk fibroadenoma. Fibroadenoma mungkin mempunyai kaitan dengan hormon reproduksi kerana fibroadenoma lebih cenderung berlaku pada usia subur wanita. Fibroadenoma juga boleh membesar sewaktu kehamilan atau daripada penggunaan terapi hormon. Selepas menopaus, fibroadenoma didapati mengecil dengan berkurangnya kadar hormon.

Punca lain pula boleh jadi disebabkan pengambilan ubat pencegah kehamilan sebelum usia 20 tahun, yang boleh menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan fibroadenoma.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Fibroadenoma?

Terdapat banyak faktor risiko fibroadenoma, seperti:

  • Terapi estrogen atau terapi hormon lain
  • Kehamilan
  • Menyusu
  • Penggunaan pil pencegah kehamilan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Fibroadenoma didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dengan cara memeriksa payudara anda secara manual. Bergantung kepada situasi, anda mungkin memerlukan pemeriksaan ultrabunyi atau ujian pengimejan mammogram. Dalam pemeriksaan ultrabunyi payudara, anda akan diminta untuk berbaring atas katil sementara sebuah alat tangan, dipanggil transduser akan digerakkan pada kulit payudara untuk menghasilkan imej dalam skrin. Dalam ujian mammogram, anda akan menjalani X-ray payudara melalui penekanan payudara antara dua permukaan rata.

Untuk menentukan ketumbuhan tersebut kanser atau tidak, doktor akan menyarankan aspirasi jarum halus (fine needle aspiration) atau biopsi. Ini dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam payudara dan mengambil sebahagian kecil ketumbuhan untuk dihantar ke makmal. Melalui pemeriksaan mikroskopik, doktor akan mengetahui jenis fibroadenoma dan jika ia kanser atau tidak.

Bagaimana pesakit Fibroadenoma dirawat?

Jika doktor telah memastikan bahawa ketulan dalam payudara anda ialah fibroadenoma, anda mungkin tidak memerlukan pembedahan. Disebabkan fibroadenoma berkait dengan kadar hormon, ia mungkin mengecut apabila hormon reproduktif anda berkurang. Bagaimanapun, jika anda merasakan fibroadenoma tersebut tidak mengecut dengan sendiri atau bentuk payudara anda berubah disebabkannya, anda boleh memilih untuk melakukan pembedahan.

Sebelum menjalani pembedahan, anda perlu mengawasi fibroadenoma dengan temu janji susulan dengan doktor untuk pemeriksaan ultrabunyi payudara. Ini membantu mengenal pasti sebarang perubahan pada rupa atau saiz ketulan. Jika fibroadenoma didapati benar-benar mengganggu anda, anda boleh memilih untuk menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Jika terdapat hasil pemeriksaan yang tidak normal, pembedahan juga diperlukan. Pakar bedah akan mengambil tisu payudara dan menghantarnya ke makmal untuk pemeriksaan kanser. Jika pemeriksaan makmal menunjukkan sel bukan kanser, doktor akan membuang ketumbuhan tersebut. Antara kaedah membuang fibroadenoma ialah dengan cryoablation. Dalam prosedur ini, doktor akan memasukkan alat kecil melalui kulit anda ke fibroadenoma dan mengalirkan gas yang akan membekukan tisu tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Fibroadenoma?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani fibroadenoma:

  • Anda perlu menjalani pemeriksaan berkala dengan doktor dan pemeriksaan mammogram berkala jika anda mempunyai fibroadenoma.
  • Anda patut memeriksa payudara anda dengan kerap untuk mencari sebarang tanda pertumbuhan yang tidak normal.
  • Tingkatkan sistem imuniti anda dengan kerap bersenam dan diet yang seimbang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser Payudara, Kanser 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

    Kanser payudara merupakan antara penyakit yang paling digeruni oleh para wanita dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan tanda-tanda kanser payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Kanser Payudara 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Wahai kaum Hawa, pernah anda mempunyai persoalan mengenai puting payudara anda? Pernah tak anda Google jika anda mempunyai payudara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Untuk menghindari penyakit, kita harus menjaga pemakanan & bersenam. Tapi 1 perkara tidak diketahui, menjadi ibu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    Jenis kanser payudara

    Tahap & 2 Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
    barah payudara

    Apa Itu Kanser Payudara : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    penyusuan bayi

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan