Bronkitis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu bronkitis?

Bronkitis merupakan keradangan yang berlaku pada lapisan bronkus, berpunca daripada jangkitan. Bronchi merupakan saluran yang membolehkan udara masuk dan keluar dari paru-paru anda. Bagi individu yang mempunyai keradangan ini akan mengalami batuk dengan lendir yang tebal dan boleh berubah warna. 

Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  • Bronkitis akut – Merupakan jangkitan jangka masa pendek yang menyebabkan saluran pernafasan dalam paru-paru membengkak dan dipenuhi dengan lendir
  • Bronkitis kronik – Merupakan keadaan kerengsaan berterusan pada tiub bronkial. Selalunya berlaku disebabkan tabiat merokok dan boleh berlanjutan dari berbulan-bulan sehingga bertahun-tahun. Keadaan bronkitis kronik adalah lebih teruk berbanding akut

Apakah kebarangkalian bronkitis?

Masalah keradangan ini merupakan satu keadaan yang sangat biasa untuk berlaku. Ia boleh dialami oleh individu dari sebarang peringkat usia. Tetapi ia boleh dikurangkan dengan mengawal faktor penyebabnya. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor bagi memperolehi maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan ini. 

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom bronkitis?

Simptom yang biasa berlaku kepada individu dengan keadaan ini adalah seperti:

  • Batuk yang berterusan
  • Keluar lendir, dan mungkin bercampur darah
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Demam
  • Sakit dada

Jika anda mempunyai bronkitis akut, anda mungkin akan mengalami batuk untuk beberapa minggu selepas masalah keradangan dapat dirawat. Tetapi sekiranya anda mengalami bronkitis kronik, anda mungkin akan berdepan dengan masalah batuk untuk beberapa tempoh sebelum ia menjadi lebih teruk. Sepanjang tempoh masa tersebut, anda mungkin akan mempunyai simptom dan gejala seperti bronkitis akut.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah kesihatan ini, sila dapatkan rawatan dan pemeriksaan daripada doktor anda. 

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Simptom yang dialami berlanjutan lebih daripada tiga minggu
  • Demam dengan suhu yang tinggi
  • Mengeluarkan lendir yang berubah warna
  • Keluar darah apabila batuk
  • Sesak nafas

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan bronkitis?

Bronkitis akut biasanya berlaku disebabkan jangkitan virus. Virus-virus ini adalah sama jenisnya dengan virus penyebab selesema dan flu

Penyebab jenis kronik yang paling utama adalah merokok. Walau bagaimanapun, pencemaran udara, habuk dan gas toksik yang berada di sekeliling atau di tempat kerja juga boleh memburukkan lagi keadaan ini. 

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko bronkitis?

Terdapat banyak faktor yang cenderung meningkatkan lagi risiko mendapat masalah ini, seperti:

  • Anda merupakan perokok tegar, kerana tabiat ini boleh meningkatkan risiko mengalaminya
  • Rintangan rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah penyakit akut lain seperti selesema atau daripada keadaan kronik yang menjejaskan sistem imun anda
  • Usia. Individu lebih berusia, bayi dan kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk mengalami jangkitan ini
  • Anda bekerja dalam persekitaran yang memberikan kerengsaan kepada paru-paru seperti dalam industri tekstil atau pendedahan kepada asap kimia
  • Refluks gastrik.  Masalah pedih ulu hati secara berulang kali boleh menyebabkan kerengsaan pada tekak. Keadaan ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalaminya

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana bronkitis didiagnosis?

Selepas mengetahui mengenai simptom yang dialami, doktor anda akan menggunakan stetoskop untuk memeriksa paru-paru anda semasa bernafas. Ujian lanjut juga akan disarankan, seperti:

  • X-ray pada bahagian dada dapat membantu menunjukkan mengapa anda mengalami simptom yang dinyatakan
  • Ujian sputum. Sputum merupakan lendir yang keluar daripada paru-paru ketika batuk. Ujian ini akan dapat menentukan sama anda anda dijangkiti virus atau tidak
  • Ujian fungsi paru-paru turut akan dilakukan untuk mengukur jumlah udara di dalam paru-paru yang boleh anda tahan dan berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan udara daripada paru-paru. Selain itu, ujian ini juga boleh menyemak tanda-tanda asma atau emfisema

Bagaimana bronkitis dirawat?

Jika anda mempunyai masalah bronkitis akut, doktor akan memberikan preskripsi beberapa jenis ubat yang akan dapat membantu mengurangkan gejala anda. Antara ubat biasa diberikan adalah termasuk:

  • Antibiotik. Ubat ini tidak berfungsi dengan baik pada bronkitis, tetapi doktor memberikannya untuk mencegah risiko jangkitan bakteria jika tahap rintangan anda adalah rendah
  • Ubat batuk. Batuk secara berlebihan boleh mencederakan tekak dan bronkus anda. Jika batuk yang dialami menyukarkan anda untuk tidur, maka anda perlu mengambil ubat batuk
  • Ubat lain. Jika anda mempunyai alahan, asma atau penyakit paru obstruktif kronik (COPD), doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil inhaler atau ubatan lain yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan membuka laluan udara sempit di dalam paru-paru

Jika anda mempunyai bronkitis akut, adalah penting untuk anda menjalani proses pemulihan. Terapi ini akan menyediakan program latihan pernafasan yang mengajar anda untuk bernafas dengan lebih mudah dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam. 

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani bronkitis?

Gaya hidup dan rawatan rumah berikut mungkin akan dapat membantu anda mengurangkan risiko mengalami bronkitis, iaitu:

  • Berhenti merokok
  • Pakai topeng muka jika anda terdedah kepada persekitaran yang tercemar, khususnya apabila anda keluar atau membersihkan rumah
  • Gunakan pelembap udara (humidifier). Udara yang hangat, lembap dapat membantu melegakan batuk dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, pastikan anda mendapatkan rundingan dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik masalah kesihatan yang anda hadapi. Ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    cramp bark

    KegunaanApakah kegunaan cramp bark? Cramp bark adalah sejenis tumbuhan. Kulit dan akar kulit cramp bark digunakan untuk membuat ubat. Cramp bark digunakan untuk: Mengurangkan kekejangan, termasuk kekejangan otot ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 2 minit bacaan

    Berodual

    Kenali apa itu Berodual. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 27/05/2018 . 4 minit bacaan

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)? Cendawan Ulat, Kulat Beluncas Cina atau Kulat Ulat Beluncas adalah sejenis kulat yang hidup di atas ulat-ulat tertentu di kawasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Pokok Elder Amerika

    KegunaanApakah kegunaan Pokok Elder Amerika? Pokok elder Amerika adalah sejenis tumbuhan. Bunga dan buahnya yang sudah masak digunakan dalam pembuatan ubatan. Ia biasa digunakan dalam merawat keadaan berikut: Asma Bronkitis Selesema Batuk Sakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman paru paru

    Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah keputihan

    Nak Tahu Keputihan Normal Atau Tak, Semak 7 Kriteria Ini Dulu, Jangan Terus Panik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/10/2019 . 3 minit bacaan

    COPD: Perbezaan Bronkitis Kronik Dan Emfisema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/11/2018 . 2 minit bacaan
    Lingonberi

    Lingonberi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 28/05/2018 . 3 minit bacaan