Apakah Komplikasi Beguk?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 18/07/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Komplikasi adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh semua orang apabila menghidap sesuatu penyakit. Namun, dalam sesetengah keadaan, kita tidak dapat lari daripadanya. Penyakit beguk juga tidak terkecuali daripada berlaku komplikasi.

Mari lihat apakah komplikasi beguk yang mungkin berlaku.

1. Radang testis (orchitis)

Ini adalah komplikasi paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki berumur selepas akil baligh (12-15 tahun). Radang yang berlaku pada testis menyebabkan organ tersebut bengkak dan sakit. Apa yang lebih merisaukan adalah terdapat risiko saiz testis mengecut dan kemandulan.

Biasanya, ia berlaku 4-6 hari selepas kelenjar parotid bengkak.

Ubat tahan sakit seperti panadol dan ibuprofen boleh diambil untuk mengurangkan rasa sakit. Tuam testis dengan air sejuk juga boleh membantu mengawal simptom.

2. Radang ovari (oophoritis)

Wanita yang sudah mengalami haid berisiko mendapat komplikasi ini. Radang ovari menyebabkan beberapa simptom termasuk:

  • Sakit abdomen bahagian bawah.
  • Suhu badan tinggi.
  • Tidak sedap badan.

Simptom-simptom ini kebiasaannya akan hilang selepas virus dihapuskan oleh badan.

3. Radang selaput otak (meningitis)

Meningitis berlaku apabila virus beguk merebak ke selaput otak sehingga menyebabkan keradangan. Disebabkan ia adalah virus, simptomnya tidak teruk seperti disebabkan oleh bakteria, yang boleh membawa maut.

Pesakit akan mengalami demam, sensitif terhadap cahaya, leher kejang dan sakit kepala. Risiko untuk berlaku keadaan yang serius seperti hilang kewarasan dan sawan juga adalah rendah.

4. Radang pankreas (pankreatitis)

Pankreas adalah salah satu organ di dalam abdomen yang berfungsi merembeskan beberapa hormon penting. Antaranya adalah insulin dan glukagon. Apabila berlaku keradangan, bahagian tengah abdomen akan rasa sakit.

Simptom lain pula adalah:

  • Cirit-birit.
  • Hilang selera makan.
  • Suhu badan panas.
  • Tidak sedap badan.
  • Jaundis (kulit dan mata menjadi kuning).

5. Radang otak (ensefalitis)

Jika meningitis adalah radang selaput otak, ensefalitis pula adalah radang yang berlaku pada tisu otak itu sendiri. Ini adalah keadaan yang serius dan memerlukan rawatan kecemasan. Pesakit perlu ditempat di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Walau bagaimanapun, komplikasi ini sangat jarang berlaku dalam kes beguk.

6. Keguguran

Wanita mengandung ada kemungkinan untuk mengalami keguguran jika dijangkiti virus beguk. Namun, bukti saintifik yang ada masih tidak terlalu banyak. Sungguhpun begitu, wanita mengandung yang tidak pernah dijangkiti atau menerima vaksin beguk dinasihatkan untuk tidak mendekati pesakit beguk.

Jika terkena semasa mengandung, tiada ubat khusus yang boleh diberikan. Hanya rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom sahaja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takutnya Nak Buat Seks Semasa Hamil! Adakah Ia Selamat Untuk Janin?

    Selamat ke hubungan seks sewaktu untuk ibu dan bayi dalam kandungan? Artikel ini akan merungkaikan jawapan kepada persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Untuk pengetahuan anda, terdapat penyakit yang tidak lagi wujud dan diisytihar telah dibasmi secara total di muka bumi ini. Apakah penyakit itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/10/2019 . 2 minit bacaan

    Jangan Degil Untuk Ambil Vaksinasi, 10 Jenis Penyakit Ini Boleh Dielakkan Melalui Vaksin

    Spanish Flu telah mengorbankan sekitar 20 hingga 50 juta manusia pada tahun 1918, sebelum vaksin untuk influenza ditemukan. Ikuti lebih lanjut disini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 13/10/2019 . 3 minit bacaan

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    punca jangkitan

    Bukan COVID-19 Saja Yang Perlu Dirisaukan Jika Ingin Melancong, Awas Dengan Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan-virus-west-nile

    Jangkitan Virus West Nile

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    ubat cacing

    Bila Kali Terakhir Anda Makan Ubat Cacing? Rupanya Orang Dewasa Pun Kena Ambil Ubat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan