Adenoid cystic carcinoma mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan. Kadangkala, ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain sebelum berlaku sebarang simptom.
Punca sebenar penyakit ini masih belum dapat dikenal pasti tetapi dipercayai berkait dengan bahan tertentu seperti pencemaran dan asbestos.
Ia bermula dari ketulan di dalam mulut
Petanda pertama mungkin ketulan di dalam mulut, sama ada di bawah lidah atau bahagian dalam pipi. Ketulan ini berkembang dengan perlahan dan kebiasaannya tidak menyebabkan rasa sakit. Ia mungkin akan menggangu semasa menelan dan membuatkan suara menjadi serak.
Kanser ini boleh merebak ke urat saraf. Jadi rasa sakit dan kebas boleh berlaku pada muka.
Jika anda mengalami keadaan seperti ini, sila dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor.
Diagnosis dibuat dengan mengambil sampel tisu dari ketulan terbabit (biopsi) untuk melihat kewujudan sel kanser. Selain itu, doktor mungkin ingin mengetahui saiz dan kedudukan kanser tersebut serta petanda jika ia sudah merebak ke mana-mana bahagian. Ujian seperti MRI, pengimbas CT, dan pengimbas PET mungkin dijalankan.