backup og meta

Apa Yang Para Perokok Tegar MESTI Tahu Sebelum Ambil Insurans Perubatan?

Apa Yang Para Perokok Tegar MESTI Tahu Sebelum Ambil Insurans Perubatan?

Sama seperti individu lain, seorang perokok tegar juga mungkin mahu untuk mencarum insurans perubatan yang boleh membantu jika berlaku sebarang masalah berkaitan kesihatan.

Ini kerana sudah pasti golongan ini juga sangat sedar akan kepentingan insurans namun belum boleh berhenti merokok ekoran sudah ketagih dengan kandungan nikotin di dalamnya.

Persoalannya, adakah golongan perokok tegar ini juga boleh mencarum sebarang insurans perubatan? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa kepentingan insurans pada kita?

Masih wujud kelompok individu yang beranggapan simpanan di dalam tabung atau bank adalah sudah sangat memadai untuk masa depan jika berlaku sebarang masalah.

Kenyataannya, pemikiran sebegini mungkin tidak salah jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa dikeluarkan untuk digunakan bagi tujuan kecemasan.

Lebih-lebih lagi jika kalian seorang perokok tegar, sudah pasti risiko masalah kesihatan berlaku adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok.

Disebabkan itu, kita semua perlu mencarum insurans kesihatan dengan tujuan menampung segala bebanan kewangan yang harus ditanggung di saat jatuh sakit.

perokok tegar

Namun perkara yang menjadi kebimbangan di sini adalah apa yang perlu para perokok tegar tahu sebelum ambil insurans perubatan? Ada perkara yang penting kena ambil maklum!

Perokok tegar juga boleh ambil insurans?

Untuk pengetahuan anda, jawapan mudahnya adalah ya kerana tiada sebarang pengecualian tentang perokok dalam polisi insurans yang mengatakan sebaliknya.

Dalam bahasa lebih mudah, seorang perokok tegar juga boleh mencarum dalam insurans kesihatan yang dipilih tanpa merisaukan kelayakan diri mereka sendiri.

Pun begitu, ada sesuatu yang perlu kalian tahu iaitu caj bulanan atau tahunan caruman ini mungkin akan sedikit mahal jika kalian mempunyai tabiat merokok.

Ini kerana anda mungkin akan lebih terdedah kepada pelbagai risiko masalah kesihatan seperti strok, tekanan darah tinggi, penyakit organ jantung dan lain-lain.

Meskipun anda declare diri sudah berhenti merokok, caruman ini mungkin masih lagi sedikit mahal ekoran risiko penyakit-penyakit tersebut masih ada.

Namun bagaimana pula jika kalian merokok menggunakan sumber alternatif selain tembakau? Adakah caruman tersebut masih lagi berbeza harganya?

Bagaimana pula dengan perokok alternatif?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, tiada masalah untuk para perokok tembakau tegar untuk mencarum insurans namun harganya sedikit mahal.

perokok tegar

Kata kuncinya di sini adalah ‘tembakau’. Maka akan timbul pula persoalan lain iaitu adakah mereka yang merokok dengan cara alternatif juga termaktub dalam golongan ini?

Sebenarnya, perokok alternatif juga boleh mencarum insurans dan apa yang mengejutkan di sini adalah mungkin tiada caj tambahan yang dikenakan buat mereka.

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, rokok alternatif ini termasuklah vape, pod dan lain-lain yang tidak melibatkan pembakaran daun tembakau di dalamnya.

Namun ketahuilah bahawa rokok alternatif ini juga mempunyai kandungan bahan berbahaya yang berupaya memudaratkan tahap kesihatan dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, kesedaran dalam diri adalah sangat penting meskipun kalian sudah tahu bahawa golongan perokok tegar masih boleh mencarum dalam pelan insurans kesihatan.

Adakah status ini boleh anda sorokkan?

Disebabkan status sebagai seorang perokok tegar yang membuat bayaran caruman bulanan/tahunan lebih tinggi, ada individu yang akan cuba untuk menyembunyikannya.

Ini bermakna mereka tidak akan declare kepada ejen atau syarikat insurans bahawa mereka merokok untuk menikmati kadar caruman yang serupa dengan individu lain.

Mungkin secara lisan dan tulisan, anda boleh menipu dengan mengatakan bahawa anda tidak merokok namun ia bukanlah semudah yang kalian sangkakan.

Ini kerana jika berlaku sebarang masalah berkaitan kesihatan, doktor akan melakukan ujian perubatan untuk menentukan sama ada terdapat bukti jika kalian adalah perokok.

Jika tertangkap bahawa anda sebenarnya menipu selama ini, anda tidak akan memperolehi sebarang manfaat berbentuk kewangan yang sepatutnya dibiaya oleh insurans.

Dalam erti kata lebih mudah, adalah lebih baik untuk kalian declare dan membayar caruman dengan harga yang sedikit mahal daripada tidak langsung mendapat manfaat.

Berhenti jadi perokok tegar dengan kadar segera!

perokok tegar

Walaupun syarikat-syarikat insurans di Malaysia ini masih ‘bermurah hati’ untuk membenarkan perokok tegar mencarum insurans, ia masih satu tabiat yang buruk.

Bukan sahaja ia akan lebih meningkatkan risiko masalah kesihatan, malahan juga menambahkan jumlah tanggungan yang terpaksa dibayar untuk satu caruman.

Oleh itu, sila cuba untuk berhenti merokok segera demi hidup yang lebih sihat dan sejahtera di samping memenuhi serta memahami kepentingan insurans!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.healthcare.gov/why-coverage-is-important/coverage-protects-you/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK223643/
  3. http://makesmokinghistory.org/quit-now/health-insurance-benefits/
  4. https://www.annualreviews.org/doi/full/10.1146/annurev.publhealth.24.100901.140838
  5. https://www.utsystem.edu/offices/employee-benefits/insurance/tobacco-premium-program/faqs

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ada Insurans Nyawa, Kalau Mati Siapa Boleh Claim Ya? Semak Fakta Penting Ini Dahulu

5 Langkah Mudah Yang Anda Wajib Tahu Setiap Kali Ingin Guna 'Medical Card Insurance'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan