home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tiada Keperluan Ambil Insurans Perubatan? Anda Silap Kerana Ini Keistimewaannya

Tiada Keperluan Ambil Insurans Perubatan? Anda Silap Kerana Ini Keistimewaannya

Insurans perubatan kini sudah menjadi keperluan setiap manusia. Sempena Hari Perlindungan Kesihatan Sejagat Antarabangsa tanggal 12 Disember ini, kami bawakan topik kepentingan insurans perubatan.

Teruskan pembacaan anda.

Maksud insurans perubatan

Berdasarkan maklumat daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, insurans merujuk kepada perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat bagi menggantikan kerugian terhadap sesuatu pihak, yang melibatkan pembayaran premium tertentu.

Insurans perubatan pula membawa makna insurans atau perlindungan yang merangkumi keseluruhan atau sebahagian daripada risiko yang melibatkan perbelanjaan perubatan dan kesihatan.

Kepentingan insurans perubatan yang anda mesti tahu

Sebenarnya, ada beberapa sebab utama mengapa takaful perubatan menjadi satu keperluan pada masa kini.

Ia bukan hanya melibatkan kos perubatan yang tinggi, tetapi juga beberapa pertimbangan lain.

Berikut adalah lima kepentingan utama insurans atau takaful perubatan:

#1. Kos perubatan yang semakin meningkat

insurans perubatan

Bagi anda yang masih tidak sedar, kebanyakan kos perubatan kesihatan akan semakin meningkat dari masa ke masa.

Perlu juga anda mengetahui, setiap kos perubatan yang perlu ditanggung oleh anda bukan hanya melibatkan kos rawatan.

Ia juga termasuk kos konsultasi bersama doktor, perkhidmatan jururawat, bayaran ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang digunakan.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan insurans ataupun takaful perubatan, secara tidak langsung anda juga mengurangkan beban untuk menanggung kos ini.

Anda tidak perlu menghabiskan wang gaji dan simpanan anda semata-mata untuk membayar kos rawatan kerana pihak syarikat insurans akan membayarkannya bagi pihak anda.

#2. Perubahan gaya hidup yang semakin membimbangkan

Tidak dinafikan bahawa perubahan gaya hidup juga menyebabkan seseorang itu digesa untuk mendapatkan takaful perubatan.

Gaya hidup yang semakin tidak sihat pada masa sekarang membuatkan kita terdedah kepada lebih banyak masalah kesihatan.

Ini termasuklah pemakanan, persekitaran bekerja, faktor pencemaran dan lain-lain lagi.

Kesemua ini menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mengalami penyakit kronik seperti kanser, penyakit pernafasan, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.

Kesemua rawatan penyakit kronik ini sememangnya memerlukan belanja yang amat mahal.

#3. Insurans perubatan membenarkan anda mendapat potongan cukai

kepentingan insurans

Selain itu, tahukah anda, pembayaran insurans anda juga melayakkan anda untuk mendapat potongan cukai pendapatan?

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memberikan keutamaan bagi anda mendapatkan pelepasan cukai sekiranya anda mengambil takaful atau insurans perubatan.

Bagi bayaran premium takaful perubatan, anda boleh menuntut pelepasan sehingga RM3,000.

#4. Insurans medikal memberikan anda manfaat tambahan

Bukan itu sahaja, ada sesetengah polisi insurans atau takaful perubatan memberikan perlindungan atau manfaat tambahan kepada anda.

Ini termasuklah bayaran kos ambulans, kos jagaan harian anda di wad, kelas wad, pemeriksaan kesihatan serta kos vaksin tertentu.

Selain itu, jika anda dimasukkan ke hospital swasta, anda tidak perlu menunggu giliran anda dalam tempoh yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.

Jika anda menggunakan alasan boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, perlu diketahui bahawa mungkin terdapat senarai menunggu yang perlu anda lalui sebelum mendapatkan rawatan.

Tambahan pula, hospital kerajaan sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit yang begitu ramai setiap hari.

#5. Jangka hayat yang semakin meningkat

insurans perubatan

Menurut kajian, jangka hayat penduduk di Malaysia akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang.

Dengan itu, peratusan rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 55 tahun juga akan semakin bertambah.

Namun, ia bukanlah satu perkara yang perlu dibanggakan. Ini kerana, apabila semakin tinggi jangka hayat individu, maka semakin merosot pula tahap kesihatannya.

Dengan itu, keperluan untuk menjaga kesihatan warga emas juga akan semakin meningkat.

Dengan adanya takaful atau insurans, ia boleh membantu seseorang itu untuk mengatasi masalah kekurangan dana penjagaan kesihatan semasa hari tua kelak.

Kesimpulan

Pentingnya anda untuk mengambil insurans, adalah sama penting seperti anda mengambil insurans untuk kenderaan anda.

Kedua-duanya berfungsi melindungi diri anda dan keluarga daripada tuntutan kos tinggi yang mungkin tidak anda jangkakan.

Tiada alasan untuk anda mengabaikan insurans atau takaful perubatan.

Insurans perubatan bukanlah perkara yang diwajibkan, tetapi melihat kepada kepentingannya kini, anda seolah-olah wajib untuk mengambilnya demi kesejahteraan diri anda pada masa hadapan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.heart.org/en/health-topics/consumer-healthcare/why-is-health-insurance-important

https://www.healthcare.gov/why-coverage-is-important/coverage-protects-you/

https://www.urban.org/research/publication/why-health-insurance-important

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 24/03/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x