backup og meta

Antara 2 Jenis Insurans Nyawa Yang Ada Ini, Mana Satu Patut Anda Pilih?

Antara 2 Jenis Insurans Nyawa Yang Ada Ini, Mana Satu Patut Anda Pilih?

Insuran nyawa sangat kerap dicanang sebagai ‘keperluan’, bukannya ‘kehendak’ namun masih ada individu yang belum mencarum dalam skim tersebut atau mungkin sewaktu dengannya.

Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran atau kemampuan buat segelintir individu yang sebenarnya akan merugikan diri sendiri atau ahli keluarga kelak.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kekeliruan di mana mereka tidak tahu untuk mencarum di dalam insurans nyawa yang mana satu. Jom teruskan membaca!

Apa itu insuran nyawa?

Insurans nyawa atau hayat ini akan memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan kepada tanggungan si pencarum sekiranya dia telah meninggal dunia.

Objektif utama insurans ini adalah untuk membantu individu seperti ahli keluarga yang mungkin akan terjejas aspek kewangan apabila anda meninggal dunia.

Oleh itu, anda perlu untuk menyenaraikan penama-penama penting yang bakal menerima manfaat sewaktu memohon untuk mencarum insuran hayat ini.

Jika tiada penama, tanggungan anda perlu menyediakan Surat Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah Pembahagian untuk menerima manfaat.

insuran nyawa

Walaupun dikatakan manfaat akan diperolehi apabila pencarum meninggal dunia, namun terdapat pengecualian untuk kes bunuh diri yang tidak akan menerima apa-apa.

Ada berapa insuran nyawa?

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis insuran hayat yang utama yakni insurans nyawa dengan tempoh (term) serta insuran nyawa tanpa tempoh (permanent).

Berikut ini pula adalah perbezaan utama dan ketara di antara kedua-duanya:

Term life insurance

Insurans jenis ini adalah perlindungan yang akan diberikan oleh syarikat kepada pencarum dalam sesuatu tempoh tertentu yang telah dipersetujui sahaja.

Ia merupakan antara pelan yang paling popular dicarum oleh individu di serata dunia, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Insurance Barometer Report.

Ia akan memberi kalian pilihan untuk memilih berapa lama pelan itu akan berjalan dan biasanya ia merangkumi 10, 15, 20, 25 sehingga 30 tahun lamanya.

Sekiranya pencarum meninggal dunia dalam tempoh pelan insurans ini masih lagi berjalan, maka penama akan menerima manfaat daripada syarikat.

Sekiranya pencarum meninggal dunia luar tempoh pelan insurans ini pula, maka penama tidak akan menerima sebarang manfaat daripada syarikat.

Anda mungkin tidak perlu risau kerana ia akan boleh diperbaharui setiap kali tamat tempoh.

insuran nyawa

Permanent life insurance

Insurans jenis ini adalah perlindungan yang akan diberikan oleh syarikat kepada pencarum sepanjang hayat mereka tanpa sebarang syarat atau tempoh tertentu.

Ia merupakan antara pelan yang agak mahal harganya memandangkan insurans jenis ini mampu bertahan sepanjang hayat dan menawarkan perlindungan yang berbaloi.

Sekiranya pencarum meninggal dunia, maka penama akan menerima manfaat tanpa sebarang syarat atau tempoh, dan wang itu boleh digunakan mengikut hak penama.

Apa yang lebih menarik tentangnya adalah anda boleh membatalkan polisi ini dan mendapatkan kembali wang yang dicarum namun dengan penolakan caj pembatalan.

Wang yang terkumpul menerusi caruman demi caruman juga akan membuat cash value insurans nyawa anda itu meningkat dengan perlahan seiring waktunya.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu risaukan ahli keluarga jika berlaku apa-apa kepada diri anda.

Yang mana satu patut anda pilih?

Secara umumnya, insurans nyawa itu berfungsi dengan cara membayar caruman kepada syarikat insurans secara bulanan atau tahunan mengikut kadar tertentu.

Klausa pembayaran pelan ini pula akan tercetus sekiranya pencarum meninggal dunia (bergantung keadaan tertentu) dan penama akan menerima manfaatnya.

Bagi menjawab persoalan sama ada untuk memilih insuran nyawa dengan tempoh atau tanpa tempoh, jawapan itu mungkin letaknya di atas tangan anda sendiri.

insuran nyawa

Namun apa yang kami katakan di sini adalah segalanya bergantung kepada pendapatan atau penjanaan wang yang mampu kalian dapatkan secara tetap.

Selain itu, kepentingan insurans ini juga akan berubah mengikut peredaran usia anda kelak. Oleh itu, sila buat keputusan terbaik berdasarkan kondisi semasa.

Pastikan anda mencarum sebarang insurans!

Konklusinya, kedua-dua insuran nyawa ini adalah sama pentingnya dan akan mendatangkan manfaat hampir serupa buat ahli keluarga anda kelak.

Selain insuran hayat ini, pastikan juga anda mencarum dalam sebarang pelan insurans lain seperti insurans kesihatan, insurans kemalangan dan lain-lain.

Ini kerana fungsi setiap daripadanya adalah berbeza bergantung kepada keperluan anda sendiri. Jadi, sila memilih dan mencarum insurans yang anda perlu!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.imoney.my/articles/life-versus-medical-insurance
  2. https://www.comparehero.my/insurance/articles/difference-between-life-insurance-and-medical-insurance
  3. https://www.gatewayfinancial.biz/private-clients/advantages-disadvantages-of-life-insurance/
  4. https://www.iii.org/article/what-are-principal-types-life-insurance
  5. https://www.iii.org/article/what-are-different-types-permanent-life-insurance-policies

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

8 Punca Individu TAK NAK Carum Insurans Perubatan, Alasan No. 5 Paling Popular!

Ini Sebab Pentingnya Perlindungan Kesihatan Mental Dalam Insurans Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan