Definisi
Apakah itu hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak?
Keadaan hipotiroidisme yang teruk dalam kalangan bayi boleh memperlahankan proses tumbesaran, ketidakupayaan intelektual ketara dan kelewatan perkembangan. Simptomnya jarang kelihatan semasa kelahiran. Fungsi kelenjar tiroid mempunyai kesan terhadap faktor usia dan tahap masalah hipotiroidisme yang akan berlaku.
Apakah kebarangkalian hipotiroidisme?
Hipotiroidisme adalah masalah yang sangat biasa untuk berlaku. Ia boleh dialami pada mana-mana peringkat usia, termasuk kepada kanak-kanak dan bayi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ketahui simptom-simptomnya
Apakah simptom-simptom hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak?
Bayi baru lahir
Hipotiroidisme boleh berlaku pada sebarang peringkat usia, tetapi simptom yang dialami pada kanak-kanak dan bayi adalah berbeza. Bagi bayi, simptom akan muncul selepas beberapa minggu pertama atau bulan selepas dilahirkan. Simptomnya amat sukar untuk dikesan oleh ibu bapa serta doktor dan sering kali disalah tafsir.
Antara gejalanya adalah seperti:
- Kulit dan putih mata bertukar menjadi kekuningan
- Sembelit
- Penyusuan yang sedikit
- Kulit sejuk
- Kurang menangis
- Pernafasan yang kuat
- Lebih/kurang tidur
- Terdapat kawasan lembut yang besar pada bahagian kepala
- Lidah besar
Kanak-kanak sehingga sekolah rendah
Masalah hipotiroidisme bagi kanak-kanak di awal usia adalah berbeza bergantung kepada usia mereka. Simptom tiroid ini boleh dilihat seperti:
- Lebih pendek daripada ketinggian purata
- Lebih pendek berbanding anggota badan biasa
- Pertumbuhan gigi kekal yang lambat
- Akil baligh lambat berlaku
- Proses tumbesaran mental perlahan
- Kadar denyutan jantung lebih perlahan berbanding purata
- Rambut rapuh
- Raut wajah bengkak
Berikut adalah antara beberapa gejala tiroid dewasa yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak:
- Keletihan
- Sembelit
- Kulit kering
Remaja
Hipotiroidisme dalam kalangan remaja pula lebih kerap berlaku kepada remaja perempuan berbanding lelaki, dan ia biasanya disebabkan oleh penyakit autoimun, tiroiditis Hashimoto. Individu remaja dengan sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun, seperti tiroiditis Hashimoto, penyakit Grave, atau diabetes jenis 1 lebih berisiko untuk mengalami penyakit tiroid ini.
Simptom pada remaja adalah lebih menyerupai dewasa. Tetapi simptom yang berlaku adalah samar-samar dan sukar untuk dikenal pasti. Remaja dengan hipotiroidisme sering mengalami gejala fizikal seperti:
- Pertambahan berat badan
- Proses tumbesaran perlahan
- Pendek dari aspek ketinggian purata
- Tampak lebih muda daripada usia
- Pertumbuhan payudara yang perlahan
- Lambat untuk didatangi haid
- Mengalami pendarahan haid yang banyak dan tidak teratur
- Peningkatan saiz testis pada kanak-kanak lelaki
- Lambat akil baligh
- Kulit kering
- Rambut dan kuku rapuh
- Sembelit
- Bengkak pada wajah, suara serak disebabkan oleh kelenjar tiroid yang lebih besar
- Kesakitan dan kekejangan pada otot dan sendi
Remaja dengan hipotiroidisme juga mungkin akan mengalami perubahan yang kurang ketara pada tingkah laku. Antaranya:
- Kerap keletihan
- Mudah lupa
- Masalah berkaitan emosi dan tingkah laku
- Mengalami kesukaran dengan prestasi sekolah
- Tertekan
- Masalah menumpukan perhatian
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anak anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Ketahui puncanya
Apa yang mengakibatkan hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak?
Penyebab utama hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak adalah sejarah keluarga dengan penyakit ini.
Penyebab umum hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak yang lain adalah termasuk:
- Tidak mendapat iodin yang mencukupi dalam diet pemakanan harian
- Dilahirkan dengan tiroid yang tidak berfungsi atau tanpa kelenjar tiroid (keadaan ini turut dikenali sebagai hipotiroidisme kongenital)
- Rawatan yang salah terhadap penyakit tiroid yang dialami ibu ketika mengandung
- Kelenjar pituitari yang tidak normal
Ketahui faktor risiko
Apakah yang meningkatkan kanak-kanak kepada risiko hipotiroidisme?
Terdapat banyak faktor risiko untuk berlakunya hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak, termasuklah:
- Kanak-kanak dengan ibu bapa, nenek atau datuk mahupun adik-beradik mempunyai hipotiroidisme adalah berdepan risiko yang tinggi untuk mengalami penyakit ini. Individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah imun turut berisiko mendapat keadaan kesihatan ini
- Individu dengan keadaan autoimun seperti penyakit Grave atau tiroiditis Hashimoto, akan lebih cenderung mengalami masalah hipotiroidisme menjelang akil baligh. Masalah ini juga lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak perempuan berbanding lelaki
Diagnosis & rawatan
Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana hipotiroidisme didiagnosis?
Doktor akan menentukan cara terbaik untuk mendiagnosis anak anda bergantung kepada usia dan beberapa faktor lain. Secara amnya, ujian fizikal dan ujian diagnostik tertentu boleh mengesahkan diagnosis.
Ujian diagnostik mungkin melibatkan ujian darah, yang mengukur jumlah hormon tertentu seperti hormon tiroid-stimulasi (TSH) atau tiroksin (T4), atau ujian pengimejan. Kira-kira satu daripada setiap 4,000 bayi didiagnosis dengan hipotiroidisme kongenital.
Tiroid yang membesar, dikenali sebagai goiter, boleh menyebabkan masalah pernafasan atau menelan. Doktor akan memeriksa keadaan ini dengan merasakan bahagian leher mereka.
Bagaimana hipotiroidisme dirawat?
Terdapat beberapa pilihan rawatan yang berbeza untuk hipotiroidisme. Rawatan biasanya melibatkan terapi hormon tiroid setiap hari dengan ubat yang dipanggil levothyroxine (Synthroid). Dos akan ditentukan oleh doktor dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti usia anak anda.
Rawatan untuk bayi yang baru lahir dengan penyakit tiroid akan lebih berjaya jika rawatan dilakukan dalam bulan pertama kehidupan bayi. Jika tidak dirawat, tahap hormon tiroid yang rendah boleh menyebabkan wujudnya masalah dengan sistem saraf atau kelewatan perkembangan.
Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani hipotiroidisme bayi dan kanak-kanak?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
[embed-health-tool-bmi]