Ajarkan kepada mereka bahawa ia adalah sesuatu yang normal untuk berdepan dengan masalah tidak cukup duit. Terapkan kepada mereka bahawa jika sesuatu yang dirancang mungkin tidak berjalan lancar, kita masih boleh berusaha mencari kaedah atau cara lain untuk menyelesaikannya.
Perselisihan faham
Apabila ibu bapa bergaduh, anak-anak akan merasai tekanan, terutama untuk yang berusia 10 tahun dan ke bawah. Mereka mungkin akan merasakan bahawa tiada tempat yang selamat lagi buat mereka.
Jika anak anda bersedih mendengar pertengkaran atau perselisihan faham anda dan pasangan, pastikan anda sedar tentang perkara ini. Terangkan kepada dia bahawa pertengkaran atau perselisihan faham adalah sesuatu yang normal, apa yang penting adalah bagaimana kita mengatasinya.
Sekolah
Persaingan sihat di sekolah seperti dalam peperiksaan, atau sukan dan aktiviti luar kelas pastikan sedikit sebanyak mendatangkan tekanan pada anak anda. Mereka akan bertambah tertekan apabila melihat rakan sebaya mereka lebih pandai atau berjaya.
Bantu anak anda untuk mencari aktiviti yang sesuai buat dirinya. Galakkan padanya untuk berusaha lebih kuat dan sentiasa berlatih. Teruskan untuk memberi sokongan pada anak anda dan meraikan segala kejayaan yang diperolehinya walaupun kecil.
Untuk hal berkaitan pelajaran, bantu anak anda untuk melakukan segalanya dengan tersusun. Sentiasa bertanya dan memantau keadaannya.
Kebosanan
Adalah normal untuk kanak-kanak berasa cepat bosan, terutama selepas waktu sekolah tamat. Mereka mungkin akan memilih aktiviti tidak sihat seperti menonton televisyen atau bermain permainan video sambil makan makanan ringan.
Berikan dia pilihan untuk menyertai sebarang aktiviti lepas sekolah untuk tempoh masa 1-2 jam setiap hari agar dia mempunyai aktiviti yang bagus untuk dilakukan ketika habis waktu persekolahan.
Makan tidak menentu
Melangkau waktu makan atau menggantikannya dengan snek ringan akan menyukarkan kanak-kanak untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan ia boleh menyebabkan dia mengalami tekanan kerana kelaparan.
Tetap dan jadikan satu kebiasaan untuk makan sebanyak 3 kali sehari dan 2 kali waktu untuk snek sihat – ia adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan keluarga. Kajian juga menunjukkan, kanak-kanak yang makan beberapa kali bersama keluarga, cenderung menjadi lebih ceria.
Perubahan rutin
Kanak-kanak berusia bawah 6 tahun tidak mampu bercakap tentang tekanan, namun mereka boleh mengekpresikannya melalui perbuatan jika merasakan ada yang tidak kena. Sebarang perubahan pada rutin – ibu bapa bertukar kerja, berpindah rumah – boleh merubah kehidupan anak anda.
Kekal melakukan beberapa rutin harian seperti waktu makan bersama, waktu bercerita atau bermain. Kanak-kanak yang tahu apa yang berlaku akan berasa lebih tenang.
Terlalu banyak menonton
Permainan video, sosial media, menonton televisyen dianggap sebagai satu aktiviti yang mendatangkan ketenangan. Tetapi terlalu lama terdedah kepada skrin adalah tidak bagus malah akan terdedah kepada pengambilan makanan tidak sihat.
Hadkan masa menonton sebanyak 2 jam sehari. Jangan galakkan anak anda untuk makan di hadapan televisyen. Ini kerana bila tumpuan terganggu, anda akan seringkali tidak memikirkan tentang jumlah makanan yang diambil, atau tidak menumpukan perhatian terhadap komunikasi bersama keluarga.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen