home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Pesakit Tiroid Berpuasa?

Bolehkah Pesakit Tiroid Berpuasa?

Selain diabetes mellitus atau kencing manis, penyakit tiroid adalah antara penyakit sistem endokrin dan metabolik yang paling kerap ditemui di Malaysia. Jika anda menghidap penyakit tiroid, sama ada hipotiroidisme atau hipertiroidisme, kemunculan bulan puasa mungkin menggusarkan anda tentang bagaimana menghadapinya tanpa sebarang komplikasi perubatan.

Apa itu Penyakit Tiroid?

Gangguan tiroid adalah keadaan yang mempengaruhi kelenjar tiroid, kelenjar berbentuk kupu-kupu di bahagian depan leher. Tiroid mempunyai peranan penting untuk mengawal pelbagai proses metabolik di seluruh badan. Jenis penyakit tiroid yang berbeza mempengaruhi sama ada struktur atau fungsinya.

Oleh kerana kelenjar tiroid dikawal oleh kelenjar pituitari dan hipotalamus, gangguan tisu-tisu ini juga boleh menjejaskan fungsi tiroid dan menyebabkan masalah tiroid. Bentuk-bentuk gangguan tiroid termasuklah:

  • Hipotiroidisme
  • Hipertiroidisme
  • Goiter
  • Nodul tiroid
  • Kanser tiroid

Hipotiroidisme berpunca daripada kelenjar tiroid menghasilkan jumlah hormon tiroid yang tidak mencukupi. Ia boleh berkembang dari masalah dalam kelenjar tiroid, kelenjar pituitari, atau hipothalamus. Simptom hipotiroidisme termasuklah keletihan, kulit kering, sembelit, otot dan sakit sendi, kemurungan, haid yang berpanjangan atau berlebihan pada wanita.

Hipotirodisme pula menerangkan penghasilan hormon tiroid yang berlebihan, keadaan yang jarang berlaku berbanding hipotiroidisme. Simptom hipotirodisme biasanya berkaitan dengan peningkatan metabolisme. Dalam kes ringan, mungkin tidak ada simptom yang jelas. Simptom dan tanda-tanda hipertiroidisme termasuklah tangan menggigil, kadar degupan jantung laju, keletihan, kuat berpeluh, penurunan berat badan tanpa sebab, tidak selesa dengan kepanasan.

Bolehkah Pesakit Tiroid Berpuasa?

Berdasarkan kajian, perubahan dalam hormon tiroid sewaktu puasa bulan Ramadan adalah minimum dan tidak menjejaskan tahap kesihatan individu yang berpuasa. Puasa bulan Ramadan tidak memerlukan perubahan pada dos levothyroxine dalam pesakit hipotiroid, walaupun faktor lain memerlukan perubahan dos, seperti jarak waktu antara pengambilan ubat dan waktu makan yang terakhir/yang akan datang perlu diambil kira.

Bagaimana Pesakit Tiroid boleh Berpuasa?

Dalam bulan Ramadan, pesakit tiroid, kebiasaannya tidak memerlukan perubahan rawatan dan boleh berpuasa dengan selamat tanpa sebarang risiko kesihatan. Pesakit yang mengalami hipotirodisme yang mengambil thyroxine boleh mengambil tablet sewaktu perut kosong sebelum tidur berbanding setengah jam sebelum sahur. Pesakit dengan hipertiroidisme, yang mengambil methimazole/carbimazole boleh meneruskan pengambilan dos dalam sekali atau dua kali sehari, sementara mereka yang mengambil propylthiouracil perlu mengubah jenis ubat.

Pesakit hipertiroid dengan simptom yang teruk patut memulakan rawatan dengan serta-merta dan dinasihatkan untuk tidak berpuasa untuk beberapa hari. Mereka boleh merujuk kepada ahli agama untuk nasihat bersesuaian dengan keadaan mereka.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.medicinenet.com/thyroid_disorders/article.htm

http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=216

Azizi, Fereidoun. “Islamic Fasting and Thyroid Hormones.” International Journal of Endocrinology and Metabolism 13, no. 2 (April 25, 2015). https://doi.org/10.5812/ijem.13(2)2015.29248.
Raza, Syed A., Osama Ishtiaq, A. G. Unnikrishnan, A. K. Azad Khan, Jamal Ahmad, Mohammed A. Ganie, Kishwar Azad, Manash Baruah, and Md Faruque Pathan. “Thyroid Diseases and Ramadan.” Indian Journal of Endocrinology and Metabolism 16, no. 4 (July 2012): 522–24. https://doi.org/10.4103/2230-8210.98001.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 14/05/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x