Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Layak Tapi Tak Buat? Ini Saringan Kesihatan Percuma Yang Ramai Tak Tahu
Saringan kesihatan percuma sering dianggap sebagai satu keperluan yang tidak mendesak kerana ramai berasa sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.
Hakikatnya, banyak penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan kolesterol tinggi yang mungkin tidak menunjukkan tanda awal.
Tahun baru adalah masa terbaik untuk menyemak tahap kesihatan, lebih-lebih lagi apabila pelbagai saringan kesihatan disediakan bagi membantu orang ramai mengesan risiko lebih awal tanpa kos tinggi.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Program saringan kesihatan percuma yang ramai tak manfaatkan
Ramai sebenarnya layak menyertai program saringan kesihatan percuma, tetapi tidak menyedarinya atau menangguhkannya terlalu lama. Program ini diwujudkan untuk mengesan penyakit lebih awal sebelum menjadi serius.
Pemantauan faktor risiko seperti tekanan darah dan paras gula
Nasihat kesihatan daripada profesional
Menjimatkan kos rawatan jangka panjang
Di Malaysia, antara inisiatif yang sering ditawarkan ialah melalui klinik kerajaan dan program seperti PeKA B40, khas untuk golongan yang layak.
Penyakit kronik boleh beri impak kepada kaum lelaki!
Daftar PeKA B40 online, tapi masih ramai tangguh
Ramai yang tahu tentang kemudahan untuk daftar PeKA B40 online, tetapi masih menangguhkan pendaftaran kerana menyangka prosesnya rumit. Sebenarnya, pendaftaran boleh dibuat dengan mudah dan cepat.
Sedangkan saringan kesihatan percuma melalui program ini boleh membantu mengesan masalah kesihatan lebih awal sebelum memberi kesan besar kepada kehidupan harian.
Cara daftar PeKA B40 Secara Online
Sebenarnya, proses untuk daftar PeKA B40 online tidak rumit dan boleh dibuat dalam beberapa minit sahaja.
Langkah-langkahnya:
Layari portal rasmi PeKA B40
Semak kelayakan diri – Masukkan nombor MyKad untuk semakan kelayakan (terutamanya bagi golongan B40 berumur 40 tahun ke atas.
Lengkapkan maklumat asas
Pilih fasiliti kesihatan berdaftar
Sahkan pendaftaran
Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh hadir ke klinik pilihan untuk menjalani saringan kesihatan percuma.
Anda boleh dapat pemeriksaan percuma jika layak.
Kenapa pemeriksaan kesihatan percuma umur 40 tahun penting?
Apabila mencecah usia tertentu, risiko penyakit kronik mula meningkat. Sebab itu pemeriksaan kesihatan percuma umur 40 tahun sangat disarankan walaupun seseorang kelihatan sihat.
Ramai hanya mula ambil serius selepas didiagnosis penyakit. Sedangkan saringan kesihatan percuma pada usia ini boleh membantu merancang gaya hidup lebih sihat lebih awal.
Kalkulator BMI
Tahun Baru, masa terbaik buat saringan kesihatan — ini yang ramai tangguh
Setiap awal tahun, ramai memasang azam untuk hidup lebih sihat. Namun, langkah paling asas sering ditangguhkan iaitu saringan kesihatan percuma. Tanpa saringan, sukar untuk mengetahui keadaan sebenar tubuh badan.
Risiko tangguhkan saringan kesihatan:
Penyakit dikesan pada tahap lebih serius
Rawatan menjadi lebih kompleks
Kos perubatan meningkat
Kualiti hidup terjejas
Menjadikan saringan kesihatan sebagai agenda awal tahun adalah langkah bijak untuk menjaga diri dan keluarga.
Kesimpulan
Kesihatan bukan sesuatu yang boleh ditangguh, lebih-lebih lagi apabila tersedia program saringan kesihatan secara percuma!
Saringan percuma dapat bantu kurangkan kos perubatan.
Sama ada melalui kemudahan daftar PeKA B40 online atau pemeriksaan kesihatan percuma umur 40 tahun, semuanya bertujuan membantu mengesan risiko lebih awal.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/peka-b40. Diakses Disember 29, 2025.
Klinik Kesihatan, KKM (Percuma). https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/4682. Diakses Disember 29, 2025.
Skim Peduli Kesihatan (PEKA) untuk Kumpulan B40. https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/kesihatan/skim-peduli-kesihatan-peka-untuk-kumpulan-b40-0. Diakses Disember 29, 2025.
Why Regular Health Screenings Matter More Than You Think? https://www.regen.rehab/regular-health-screenings-matter/. Diakses Disember 29, 2025.
Why Is Health Screening the Way Forward In Healthcare? https://www.echelon.health/why-is-health-screening-the-way-forward-in-healthcare/. Diakses Disember 29, 2025.
Versi Terbaru
29/12/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor