backup og meta

Masalah Kesihatan Mental di Tempat Kerja Semakin Meningkat

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/12/2019

    Masalah Kesihatan Mental di Tempat Kerja Semakin Meningkat

    Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia yang diumumkan oleh AIA Vitality 2018 pada hari ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan masalah kesihatan mental di tempat kerja dengan jumlah sebanyak 50.2 peratus responden berada pada risiko untuk memiliki sekurang-kurangnya satu tekanan berkaitan kerja. 18.2 peratus pekerja-pekerja juga memiliki masalah kebimbangan mengenai kewangan manakala 20 peratus pula dibuli di tempat kerja dengan anggaran satu daripada setiap lima pekerja di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Anusha Thavarajah menyatakan bahawa masalah kesihatan mental yang sebahagian besarnya diabaikan akan menjadi penyakit kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020.

    Tekanan di tempat kerja seperti waktu kerja yang panjang menyumbang kepada kekurangan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Sebanyak 54.4 peratus responden mempunyai kurang daripada tujuh jam waktu tidur setiap malam yang memberi kesan terhadap produktiviti kerja untuk hari-hari berikutnya. Menurut Naib Presiden RAND Europe, Dr. Christian van Stolk, bekerja lebih masa adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekurangan waktu tidur yang berkualiti. Tambah beliau lagi, apa sahaja yang memanjangkan waktu kerja adalah menjadi masalah kepada seseorang pekerja memandangkan setiap individu memiliki komitmen lain selain daripada tugas kerja seperti tanggungjawab kepada keluarga.

    Bagi khidmat intervensi yang disediakan oleh pihak majikan bagi kesejahteraan di tempat kerja, 90 peratus daripada majikan menyediakan sekurang-kurangnya satu intervensi, 13 peratus majikan pula hanya menyedari berkenaan intervensi dan 10 peratus majikan langsung tidak menyediakan apa-apa khidmat intervensi kepada pekerja mereka.

    Tinjauan yang diumumkan oleh AIA Vitality itu telah dilaksanakan melalui penglibatan 117 organisasi berbanding hanya 47 organisasi pada tahun 2017. Sebanyak 11, 551 responden telah menyertainya dengan purata umur 35.8 tahun. 57.9 responden terdiri daripada perempuan manakala baki 42.1 peratus adalah lelaki. Tinjauan yang dijalankan dengan kerjasama RAND Europe dan Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah diumumkan di Hotel InterContinental Kuala Lumpur pada 26 November 2018 dengan dihadiri seramai 350 peserta daripada pelbagai organisasi seluruh Malaysia.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan