backup og meta

Kenapa Selalu Terkena Renjatan Elektrik Apabila Menyentuh Tombol Pintu? Ini Jawapannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/12/2022

    Kenapa Selalu Terkena Renjatan Elektrik Apabila Menyentuh Tombol Pintu? Ini Jawapannya!

    Pernah tak anda mengalami momen terkena renjatan elektrik di badan apabila bersalaman dengan seseorang? Ia juga berlaku apabila anda menyentuh sesuatu barang seperti tombol pintu.

    Ia mungkin buat anda tertanya-tanya, kenapa perkara tersebut hanya berlaku kepada anda bukannya orang sekeliling?

    Untuk menjawab persoalan anda, baca artikel ini dengan lebih lanjut ya!

    Apa itu elektrostatik?

    Ini penjelasannya! Pertama, kita harus fahami elektrostatik.

    Ia bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek berada dalam keadaan ‘tetap’ ataupun tidak bergerak. Semuanya bermula dengan perkara kecil yang disebut atom.

    Apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut.

    Justeru, sekiranya bahan tersebut menghasilkan cas negatif berlebihan (terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif lebih banyak.

    Sebagai contoh, perkara ini sama seperti eksperimen yang selalu dibuat sewaktu kecil iaitu dengan cara menggosok pembaris getah pada kertas.

    Kemudian, pembaris itu dilihat akan menarik kertas ataupun objek lain untuk melekat padanya.

    Perkara ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan cas pada kedua-dua bahan tersebut menyebabkan ia saling mendekati untuk menyeimbangkan cas.

    Setiap atom kecil terdiri daripada ‘benda-benda’ yang lebih kecil, seperti:

    • Proton (PRO-tahnz), yang mempunyai cas positif
    • Elektron (ih-LEK-trahnz), yang mempunyai cas negatif
    • Neutron (NOO-trahns), yang tidak mempunyai cas

    Selalunya, atom mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama dan cas atom adalah neutral (tidak positif atau negatif).

    Tenaga elektrostatik dihasilkan apabila caj positif dan negatif tidak seimbang. Proton dan neutron tidak banyak bergerak, tetapi elektron suka ‘melompat’ ke seluruh tempat!

    Apabila objek (atau orang) mempunyai elektron tambahan, ia akan mempunyai cas negatif.

    Hati-hati dengan konduktor, boleh kena renjatan elektrik di badan!

    renjatan elektrik di badan

    Sekiranya anda menggosokkan kaki di permaidani ruang tamu rumah, anda akan mengambil elektron tambahan dan mempunyai cas negatif.

    Elektron bergerak dengan lebih mudah melalui bahan tertentu seperti logam, yang digelar saintis sebagai konduktor.

    Apabila anda menyentuh benda yang diperbuat daripada logam, yang mempunyai caj positif dengan sedikit elektron, elektron tambahan ingin bergerak dari anda kepada bahan disentuh.

    “Oleh itu, mengapa saya terus mendapat kejutan elektrik daripada semua benda yang disentuh?”

    Masalahnya ialah, caj yang sama saling menolak, jadi sekarang rambut anda penuh dengan cas positif, lalu ia menjadi agak tidak stabil.

    Itulah sebabnya, apabila anda menghampiri sesuatu yang bersifat konduktif, seperti tombol pintu logam, elektron dari tombol akan ‘melompat’ ke rambut anda untuk meneutralkan cas, memberikan anda renjatan elektrostatik dalam prosesnya.

    Mengapa caj bertambah di rambut atau pakaian kita, tetapi tidak pada bahan yang lain?

    Ini kerana bahan penebat, seperti plastik, kain atau kaca, akan menahan caj dengan cukup baik, sementara bahan pengalir, seperti logam, tidak akan mampu menahannya.

    Ini disebabkan oleh geseran yang kerap terjadi.

    Adakah renjatan elektrik di badan menjadi lebih teruk dalam cuaca sejuk?

    renjatan elektrik di badan

    Renjatan elektrik di badan atau lebih sesuai disebut renjatan elektrostatik ini lebih kerap berlaku ketika cuaca yang sejuk dan kering.

    Udara kering dan sejuk ini akan menahan lebih sedikit wap air daripada udara ketika cuaca yang panas.

    Apabila udara seperti ini berlaku, caj itu akan sukar untuk masuk ke udara. Oleh itu ia akan berkumpul di dalam badan kita.

    Justeru, apabila anda menyentuh sesuatu seperti tombol pintu logam atau pintu kereta, elektron tambahan tersebut akan cepat meninggalkan badan anda dan memberi anda elektrostatik.

    Cara nak elakkan daripada terkena renjatan di badan?

  • Anda harus mengubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan. Kalau nak tahu kita ini suka jalan menyeret atau tidak, mudah sahaja. Tengok tapak kasut kita, sudah nipis ataupun tidak. Jika sudah nipis, maksudnya kita suka jalan secara menyeret kaki.
  • Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada bahan polyester.
  • Salah satu kaedah termudah untuk elak renjatan elektrik yang berlaku dengan cuaca panas adalah menggunakan pelembap. Meningkatkan kelembapan relatif rumah anda akan membolehkan lebih banyak cas hilang ke udara. Anda boleh memasang air humidifier!
  • Anda juga boleh bergantung pada produk antistatik untuk mengeluarkannya dari rambut dan pakaian anda. Ia mengandungi bahan kimia seperti dipalmitoylethyl hydroxyethylmonium methosulfate yang melepaskan ion bercaj positif untuk meneutralkan elektron bercas negatif pada pakaian anda. Anda juga boleh menggosok rambut dengan lembut untuk menghilangkan statik!
  • Kesimpulan

    Kebolehan seseorang untuk menghasilkan renjatan elektrik di badan adalah kebiasaannya disebabkan tabiat mereka yang suka berjalan secara menyeret kaki.

    Di samping itu, suhu dan kelembapan persekitaran juga memainkan peranan dalam menyebabkan seseorang untuk mendapat renjatan elektrostatik, serta bahan pakaian diperbuat daripada polyester turut memainkan peranan.

    Oleh itu, jika mahu mengelakkan renjatan elektrik di badan berulang, cuba elakkan berjalan secara menyeret kaki anda, kekalkan kelembapan persekitaran dan belilah produk antistatik.

    Akhir kata, semoga artikel ini dapat menjawab persoalan anda mengenai renjatan elektrostatik yang dialami dan membantu mencegahnya daripada berlaku pada masa akan datang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan