Adakah Ada Rawatan HIV?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

HIV atau human immunodeficiency virus pernah menjadi satu epidemik yang meragut banyak nyawa pada tahun 1981. “HIV ialah satu hukum mati” mungkin bukan lagi sesuatu yang benar. Kini, mimpi ngeri itu mungkin akan berakhir dengan rawatan efektif yang ada pada hari ini.

Jika jangkitan HIV tidak dirawat, pesakit boleh mengalami AIDS atau acquired immunodeficiency syndrome di mana sistem imun menjadi sangat lemah sehingga pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jangkitan ringan. Selain itu, rawatan juga membantu mengawal virus daripada tersebar dalam komuniti.

ART sebagai rawatan HIV

Antiretroviral therapy (ART) ialah rawatan standard bagi HIV yang digunakan pada hari ini. Ia ialah gabungan beberapa jenis ubat-ubatan.

ART berfungsi dengan menyerang virus HIV yang menghapuskan komponen sel darah putih (sel CD4) sehingga melemahkan sistem imun. Ia menghalang virus tersebut daripada berkembang biak di dalam badan pesakit seterusnya memberi peluang kepada badan untuk pulih dan meningkatkan bilangan sel CD4 yang terhapus.

Dengan bilangan virus yang berkurang dalam darah, risiko menjangkiti orang lain dapat dikurangkan. Malah, jika bacaan virus tidak boleh dikesan melalui ujian darah beban virus, pesakit boleh menjalani hubungan seks dengan selamat.

ART tidak merawat jangkitan ini tetapi hanya menghalang perkembangan virus HIV dan ubat-ubatan perlu diambil setiap hari seumur hidup.

Gabungan ubat-ubatan dalam rawatan ART mungkin mempunyai kesan sampingan tertentu. Oleh itu, sila berbincang dengan doktor sebelum memulakan rawatan. Walau bagaimanapun, manfaat yang didapati dari rawatan HIV ini mengatasi kesan sampingan yang mungkin ada.

Bila rawatan perlu dimulakan?

Sebaik sahaja jangkitan HIV dapat disahkan, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin. Lebih awal ia dimulakan, lebih baik kesan yang diberikan. Bagi golongan tertentu, rawatan mungkin perlu dimulakan serta merta. Golongan ini termasuk ibu mengandung, pesakit AIDS, dan fasa awal jangkitan HIV (6 bulan pertama).

Anda penghidap jangkitan HIV atau merasakan sedemikian tetapi belum menjalani ujian? Jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Lebih cepat, lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sebaiknya Sebelum Rancang Nak Hamil, Buat Dulu Ujian Penyakit Kelamin! Ini Sebabnya

    Jika anda berada dalam salah satu situasi seperti yang disenaraikan di bawah ini, anda perlu melakukan ujian penyakit kelamin bagi lelaki dan wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Seksual, STI & STD Lain 15/03/2020 . 2 minit bacaan

    Adakah HIV Masih Lagi Satu Epidemik Global?

    Sekitar 37 juta manusia hidup di dunia ini dengan mempunyai jangkitan HIV, dan 22 juta daripada mereka bertindak dengan mendapatkan rawatan yang sepatutnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HIV/AIDS, Kesihatan Seksual 28/11/2019 . 3 minit bacaan

    Positif HIV Bukan Maksud Putus Harapan, Ini Rawatan HIV Yang Perlu Dibuat

    Saintis hampir menemui penawar untuk HIV dan AIDS. Terdapat beberapa pesakit yang sembuh atau mencapai remisi tanpa bantuan ubat selepas positif HIV!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    HIV/AIDS, Kesihatan Seksual 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Risiko Bahaya Berkongsi Susu Ibu Yang Tidak Diketahui

    Berkongsi susu merupakan antara cara lain untuk memastikan bayi tetap mendapat susu ibu. Tetapi terdapat risiko bahaya jika berkongsi susu ibu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 29/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bagaimana HIV merebak

    HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu STD

    Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kelamin

    Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara pakai kondom wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan