backup og meta

Melabur Dalam Kesihatan Tidak Akan Merugikan

Melabur Dalam Kesihatan Tidak Akan Merugikan

Anda tahu apakah harta paling berharga seorang individu boleh miliki?

Emas? Rumah besar? Kereta mewah? Isteri yang cantik?

Semuanya tidak benar kerana perkara paling berharga bagi seseorang ialah kesihatan yang baik. Tanpa tubuh badan yang sihat, semuanya sudah tidak berharga. Lihat sahaja kepada pesakit kronik yang terlantar di atas katil, dipotong kaki, atau tidak boleh melakukan aktiviti berat. Apakah erti rumah yang besar jika tiada tenaga untuk bergerak?

Jangan berkira dalam kesihatan

Jika anda boleh mengeluarkan duit untuk hiburan seperti telefon pintar mahal atau menambah penampilan diri di kedai salun rambut dan produk kosmetik, mengapa tidak menyalurkan duit untuk tujuan kesihatan.

Ramai mungkin berkira ketika ingin membayar kos konsultasi doktor di klinik yang boleh mencecah RM100 tetapi tanpa banyak soal apabila membeli set produk kosmetik yang berharga sehingga RM1000. Sedangkan, nilai sebenar konsultasi doktor lebih tinggi berbanding kecantikan luaran yang dikejar.

Anda perlu ubah cara fikir untuk melihat lebih jauh ke hadapan. Cabaran utama sektor kesihatan hari ini ialah penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti diabetes, penyakit jantung dan strok. Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meletakkan sasaran mengurangkan kematian disebabkan NCDs sebanyak 1 per 3 menjelang 2030 selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3.4.

NCDs menjadi cabaran yang besar kerana punca penyakit ini terletak pada budaya dan gaya hidup masyarakat termasuk pemakanan tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal. Untuk menanganinya, cara fikir serta amalan gaya hidup perlu diubah dan ia bukan satu perubahan yang mudah dilakukan. Ia melibatkan semua peringkat bermula dari individu sehingga ke penggubal dasar.

Di peringkat individu, anda perlu mulakan dengan menyalurkan sumber yang ada kepada perkara lebih utama dan jangan berkira apabila melibatkan soal kesihatan. Pemeriksaan kesihatan berkala, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal, semua itu merupakan langkah yang seharusnya diamalkan bagi melawan ancaman NCDs.

Sebagai contoh, roti bijirin penuh dan beras perang mungkin lebih mahal berbanding roti dan beras biasa. Jangan melihatnya dari sudut duit yang anda habiskan tetapi manfaat jangka masa panjang yang ada terhadap kesihatan anda.

Percaya atau tidak, kuantiti wang yang sedikit anda laburkan pada hari ini sebenarnya dapat menjimatkan kos rawatan yang perlu ditanggung dari pelbagai penyakit yang mungkin dialami pada masa hadapan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan