backup og meta

Hanya Bayar RM60 Sebulan Untuk Insurans Perubatan? Ini Skim MediAsas Bawah Seliaan Kerajaan!

MediAsas insurance ialah pelan asas insurans perubatan dan takaful (MHIT) baharu yang diperkenalkan Kerajaan bagi menyediakan perlindungan kesihatan swasta yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia. Program rintisnya akan bermula di Lembah Klang pada akhir Julai hingga Oktober 2026 sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada Januari 2027.

Hanya Bayar RM60 Sebulan Untuk Insurans Perubatan? Ini Skim MediAsas Bawah Seliaan Kerajaan!

Pelaksanaan program perintis ini menjadi langkah penting dalam usaha kerajaan memperbaharui sistem pembiayaan penjagaan kesihatan swasta agar lebih telus, mampan dan mudah diakses oleh lebih ramai rakyat.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

Apa itu MediAsas Malaysia?

MediAsas Malaysia merupakan jenama rasmi bagi Pelan Asas Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (Base Medical and Health Insurance/Takaful, MHIT) yang dibangunkan di bawah Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS).

Ia diselia secara bersama antara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Objektif utama MediAsas ialah:

  • Menawarkan perlindungan perubatan swasta yang lebih mampu milik
  • Memperluaskan akses perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia
  • Menyokong reformasi pembiayaan kesihatan swasta menerusi kerangka RESET
  • Mengimbangi kemampuan premium dengan peningkatan kos rawatan kesihatan
  • Menjadikan sistem insurans perubatan lebih mampan dalam jangka panjang

Program rintis akan berlangsung selama tiga bulan, bermula akhir Julai hingga Oktober 2026 di seluruh Lembah Klang termasuk Klang.

Dapatan daripada program ini akan digunakan untuk memperkemaskan pelaksanaan sebelum MediAsas diperkenalkan secara nasional mulai Januari 2027.

Pelan MediAsas: MediAsas Teras dan MediAsas Fleksi plans

MediAsas teras fleksi plans menawarkan dua pilihan pelan mengikut keperluan pengguna.

Pelan Penerangan
MediAsas Teras Pelan standard yang menyediakan perlindungan asas perubatan dan hospital.
MediAsas Fleksi Pelan standard-plus dengan manfaat tambahan berbanding pelan Teras.

Maklumat penting skim ini ialah:

Perkara Maklumat
Jenis produk Pelan insurans atau takaful perubatan berasingan (standalone)
Umur penyertaan Sehingga 70 tahun
Perlindungan Sehingga umur 85 tahun
Premium indikatif Sekitar RM60 hingga RM550 sebulan
Penetapan premium Berdasarkan pengalaman tuntutan perubatan dan inflasi kos kesihatan
Harga muktamad Akan diumumkan sebelum pelaksanaan nasional Januari 2027

Premium sebenar masih belum dimuktamadkan kerana ia akan disahkan selepas program rintis selesai.

Siapa yang layak menyertai MediAsas?

MediAsas insurance
Insurans atau takaful perubatan yang lebih berpatutan membantu meringankan beban kewangan isi rumah dan ketua keluarga.

Berdasarkan maklumat yang diumumkan setakat ini, MediAsas insurance direka untuk memperluaskan akses perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui kriteria kelayakan yang lebih luas.

Maklumat asas kelayakan yang telah diumumkan ialah:

  • Penyertaan dibuka kepada individu sehingga umur 70 tahun
  • Perlindungan diteruskan sehingga umur 85 tahun
  • Premium direka supaya kekal lebih mampu milik untuk tempoh jangka panjang
  • Syarat terperinci termasuk manfaat, pengecualian dan kelayakan penuh akan diumumkan sebelum pelaksanaan nasional

Syarikat insurans dan takaful yang menyertai MediAsas

Enam syarikat insurans dan pengendali takaful mengambil bahagian dalam program rintis ini bersama beberapa hospital swasta terpilih.

Antaranya ialah:

  • AIA Berhad
  • Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  • Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Etiqa Family Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad

Penyertaan syarikat-syarikat ini bertujuan menguji keseluruhan proses operasi sebelum skim dilaksanakan di seluruh negara.

Bagaimana cara daftar MediAsas?

Buat masa ini, orang ramai belum boleh membuat pendaftaran terbuka kerana skim ini masih berada dalam fasa program rintis.

Sepanjang tempoh rintis, kerajaan akan menilai beberapa aspek penting seperti:

  • Integrasi sistem
  • Proses operasi
  • Pengalaman pelanggan (customer journey)
  • Kerjasama antara hospital dan syarikat insurans

Maklumat mengenai kaedah pendaftaran rasmi, saluran pembelian dan tarikh pembukaan kepada orang awam dijangka diumumkan sebelum pelaksanaan nasional pada Januari 2027.

Apakah perbezaan MediAsas dengan pelan insurans biasa?

Walaupun kedua-duanya menawarkan perlindungan perubatan, terdapat beberapa perbezaan utama.

MediAsas Pelan insurans biasa
Direka oleh kerajaan bersama industri Direka oleh syarikat masing-masing
Fokus kepada kemampuan jangka panjang Bergantung kepada produk syarikat
Dua pilihan standard Pelbagai pilihan manfaat
Premium disasarkan sekitar RM60-RM550 Premium berbeza mengikut produk
Sebahagian daripada reformasi sistem kesihatan negara Produk komersial biasa

Selain itu, kerajaan turut merancang menubuhkan Lembaga Tadbir Urus Bebas bagi memantau pelaksanaan MediAsas serta melindungi kepentingan pengguna selepas skim dilaksanakan sepenuhnya.

Mengapa MediAsas penting kepada rakyat Malaysia?

MediAsas insurance diperkenalkan ketika kos rawatan perubatan swasta terus meningkat setiap tahun.

Melalui skim ini, kerajaan berharap lebih ramai rakyat dapat memiliki perlindungan kesihatan yang mampu dibayar tanpa mengorbankan akses kepada rawatan berkualiti.

Jika program rintis berjaya mencapai objektifnya, MediAsas dijangka menjadi antara pembaharuan terbesar dalam landskap insurans perubatan negara apabila dilaksanakan secara nasional mulai Januari 2027.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

JBMKKS Memacu Strategi RESET Menerusi Program Rintis MEDIASAS, Ketelusan Harga dan Inisiatif Kesihatan Digital. https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/siaran-media-jbmkks-mediasas-06072026. Diakses Julai 15, 2026.

MediAsas tawar perlindungan kesihatan mampu milik. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mediasas-tawar-perlindungan-kesihatan-mampu-milik/. Diakses Julai 15, 2026.

Government Names Base MHIT ‘MediAsas’, Waiting Periods Uncertain. https://codeblue.galencentre.org/2026/07/government-names-base-mhit-mediasas-waiting-periods-uncertain/. Diakses Julai 15, 2026.

Program rintis MediAsas bermula akhir bulan ini. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2026/07/1583659/program-rintis-mediasas-bermula-akhir-bulan-ini. Diakses Julai 15, 2026.

Govt to pilot MediAsas basic health insurance plan by month-end. https://www.nst.com.my/news/nation/2026/07/1482159/govt-pilot-mediasas-basic-health-insurance-plan-month-end. Diakses Julai 15, 2026.

Versi Terbaru

16/07/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Orang Selangor, Jangan Terlepas! Baucar Kita Selangor Boleh Guna Untuk Barang Dapur, Ubat & Sekolah Anak

Rakyat Johor Check Cepat, Ramai Dah Dapat RM200! Ini Cara Semak Bantuan Kasih Johor 2026!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan