backup og meta

Dapur Gas Apa Yang Elok Dan Tahan Lama? Ini Guideline Pasangan Baru Kahwin Cari Barang Dapur!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Dapur Gas Apa Yang Elok Dan Tahan Lama? Ini Guideline Pasangan Baru Kahwin Cari Barang Dapur!

Anda pasangan baru kahwin dan pening mencari dapur gas terbaik untuk dapur idaman? Bertenang, kami ada jawapan untuk anda!

Memilih dapur gas yang sesuai adalah antara perkara penting selain melihat pada reka bentuk yang cantik, selamat dan sesuai dengan gaya anda memasak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

10 Tip membeli dapur masak

Sebelum membeli dapur gas, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

  1. Jenis dapur masak – elektrik atau gas
  2. Saiz dapur rumah
  3. Material dapur gas
  4. Mudah dibersihkan atau tidak
  5. Bajet
  6. Jenis pemasangan dapur masak
  7. Fahami waranti yang disediakan oleh pihak penjual
  8. Dapatkan dapur masak yang mempunyai SIRIM

Jika ruang dapur kecil, tabletop gas stove lebih praktikal. Namun, jika mahukan dapur nampak lebih premium dan kemas, built-in gas hob sering menjadi pilihan.

Apa-apa pun, pemilihan dapur masak bergantung kepada cara memasak dan bajet masing-masing.

Berikut antara cadangan dapur gas terbaik yang anda boleh dapatkan:

  1. ELBA Table Gas Stove 
  2. Midea Built-In Gas Hob
  3. RUBINE Glass Gas Hob
  4. MUGEN Hybrid Stainless Steel Gas Stove  
  5. Riino Infrared 304 Stainless Steel Gas Stove Tabletop  
  6. KHIND Infrared Gas Stove 
  7. SwissThomas Tempered Glass Infrared Burner Gas Stove  

7 Dapur gas terbaik 2026

1. ELBA Table Gas Stove 

Dapur gas ELBA antara jenama dapur gas terbaik di Malaysia sejak tahun 1979 kerana mempunyai kekuatan api triple ring yang sangat kuat untuk memasak, reka bentuk yang moden dan ada ciri keselamatan automatik flame safety valve yang memutuskan gas jika api padam.

Jenama popular dan dipercayai masyarakat ini juga terkenal dengan produk dapur yang tahan lama, mudah dijaga dan diiktiraf SIRIM.

2. Midea Built-In Gas Hob

Midea antara dapur gas built in yang dipercayai. Dapur masak ini mempunyai 5 tahap kawalan api yang memudahkan anda untuk adjust mengikut keperluan masakan. Ditambah lagi dengan ciri keselamatan flame failure device yang berupaya mematikan mematikan gas secara automatik jika api terpadam secara tidak sengaja. 

Selain itu, ia mudah untuk dibersihkan daripada kotoran minyak dan kesan masakan, bergaya dan tahan lasak kerana dapur masak ini dari material tempered glass. 

3. RUBINE Glass Gas Hob

Dengan pengalaman lebih 20 tahun, jenama Rubine tergolong antara jenama dapur gas terbaik di Malaysia kerana menawarkan rekaan moden dan mewah dalam menghiasi dapur di rumah. 

Permukaan tempered glass membantu dapur anda kelihatan lebih eksklusif, kemas dan mudah dibersihkan. Selain mempunyai ciri keselamatan flame failure device, ia juga mempunyai ignisi bateri (D size) yang membuatkan anda boleh menggunakan dapur masak walaupun bekalan terputus menjadikan ia dapur gas terbaik. 

4. MUGEN Hybrid Stainless Steel Gas Stove   

Jika anda mencari dapur masak yang kecil atau sederhana, MUGEN Hybrid Stainless Steel Gas Stove adalah jawapannya!

Dengan menggunakan teknologi dapur hybrid 2 in 1 di mana ia menggunakan 8 jet burner heads dan infrared gas cooker yang menghasilkan menjimatkan gas, mengurangkan asap dan menghasilkan makanan dengan cepat dan efisien. 

Dapur gas stainless steel terbaik ini menjadikan ia tahan lasak dan tidak perlu risau permukaan pecah atau retak. 

5. Riino Infrared 304 Stainless Steel Gas Stove Tabletop

  

Dapur gas mampu milik ini menggunakan teknologi infrared yang semakin popular. Dengan itu, pemanasan lebih sekata, lebih cekap tenaga dan tidak menghasilkan jelaga yang boleh mengotorkan periuk anda.

Dengan menggunakan material stainless steel, dapur gas ini lebih tahan lama dan mudah dibawa jika anda merancang untuk berpindah kelak. 

6. KHIND Infrared Gas Stove  

Jangan tidak percaya, KHIND juga menawarkan dapur gas terbaik dengan harga yang berpatutan, tahan lama dan diiktiraf SIRIM. 

Dapur gas KHIND telah mengeluarkan model yang sangat popular untuk kegunaan seharian, dengan kecekapan tenaga, reka bentuk moden dan api yang tidak mudah padam apabila ditiup angin.

KHIND juga merupakan jenama yang sering kali digunakan oleh isi rumah di Malaysia.

7. Swiss Thomas Tempered Glass Infrared Burner Gas Stove 

 

Antara pilihan terakhir untuk dapur masak yang anda boleh dapatkan ialah daripada jenama Swiss Thomas. Berita baik untuk anda, dapur masak ini diperbuat daripada stainless steel dan tempered glass yang menjadikan ia mudah untuk dibersihkan dan menampilkan rekaan moden dan minimalis. 

Ia juga menggunakan teknologi dapur hybrid 2 in 1 di mana ia menggunakan 8 jet burner heads dan infrared gas cooker yang dipercayai menjimatkan gas sebanyak 40%!

Utamakan keselamatan jika membeli dapur masak

Memilih dapur gas terbaik yang sesuai membantu menjadikan ruang dapur lebih selesa, kemas dan praktikal untuk pasangan baru kahwin. Apa yang paling penting ialah memilih dapur gas yang sesuai dengan bajet, ruang dapur dan mempunyai ciri keselamatan supaya pengalaman memasak menjadi lebih menyeronokkan untuk rumah baru anda.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kitchen Range Buying Guide . https://www.consumerreports.org/appliances/ranges/buying-guide/ . Accessed on May 29, 2026

A guide to buying and owning a wood stove or fireplace. https://www.clearskiesmark.org/guide-to-buying-and-owning-wood-stove-or-fireplace/ . Accessed on May 29, 2026

Advice for buying stoves online . https://stoveindustryassociation.org/consumer-advice/advice-when-buying-stoves-online/ . Accessed on May 29, 2026

How to choose a gas stove. https://cookingintoscana.it/how-to-choose-a-gas-stove/ . Accessed on May 29, 2026

GUIDE ON ISSUANCE OF CERTIFICATE OF APPROVALS AND LABELLING OF DOMESTIC COOKING APPLIANCES. https://www.st.gov.my/sites/default/files/2026-02/20190104_Guide_on_Issuance_of_COAs_and_Labelling_of_Domestic_Cooking_Appliances.pdf . Accessed on May 29, 2026

Versi Terbaru

29/07/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

7 Jenama Aircond Terbaik 2026 — Rumah Sejuk, Bil Elektrik Pun Tak Melambung

Sakit Tumit Sebab Lama Sangat Berdiri Di Dapur? Buat 5 Senaman Ini Untuk Legakannya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan