backup og meta

Anda Ada Masalah Tikus Di Rumah Atau Kedai? Dapatkan 7 Racun Tikus Terbaik Sebagai Solusi!!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Anda Ada Masalah Tikus Di Rumah Atau Kedai? Dapatkan 7 Racun Tikus Terbaik Sebagai Solusi!!

Masalah tikus di rumah dan kawasan kedai boleh menyebabkan pelbagai gangguan seperti makanan rosak, bau tidak menyenangkan, wayar digigit dan risiko pencemaran disebabkan tidak membuang sampah dengan betul. Tikus juga boleh mengakibatkan manusia mengalami kerengsaan, cirit-birit dan sakit perut. Stress bukan? Solusi yang mudah, gunakan racun tikus terbaik untuk cegah tikus dari membiak dengan banyak!

Kini, ada banyak produk racun tikus terbaik di pasaran seperti racun tikus, perangkap dan repellent berasaskan tumbuhan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

Tip halau tikus dengan lebih berkesan

Selain menggunakan produk kawalan tikus, beberapa langkah ini juga penting:

  1. Baiki pintu atau tingkap yang rosak.
  2. Simpan makanan dalam bekas kedap udara.
  3. Buang sampah secara berkala.
  4. Pastikan kawasan rumah tidak lembab seperti longkang tersumbat.
  5. Pastikan rumah tidak berselerak dengan kotak-kotak dan sebagainya. 
  6. Tumbuhan dalam keadaan kemas dan baik, agar tidak menjadi tempat tikus bersembunnyi.
  7. Bela kucing boleh mengurangkan populasi tikus. 

Gabungan kebersihan rumah dan penggunaan produk yang sesuai biasanya lebih efektif untuk mengawal masalah tikus Malaysia.

Berikut antara cadangan racun tikus terbaik yang boleh anda boleh dapatkan segera:

  1. FUMAKILLA Dora Rat Killer  
  2. Afy Haniff SWiPEL® Rat & Mouse Repellent Serai Wangi Cube 
  3. Pest Away Malaysia Perangkap Tikus Extra Gum  
  4. GREEN WORLD Lizard/Rat/Dog/Cat Repellent Spray 
  5. RGAR Plant-based Rat Repellent Magic Box Rat Control Gel 
  6. KLEENSO Pesso Eco Rat Repellent Liquid Spray
  7. Wurth Rodent/ Rat Repellent Spray 

1. FUMAKILLA Dora Rat Killer, racun tikus terbaik

Jenama FUMAKILLA yang terkenal dengan produk racun serangga seperti ubat nyamuk dan lipas, turut mengeluarkan racun tikus bagi membantu anda mengawal masalah tikus di rumah.

Anda hanya perlu letakkan produk ini di kawasan yang dilalui tikus  dan tambahkan bilangannya sehingga tikus tidak lagi memakannya. 

Namun, pastikan racun tikus Fumakilla diletakkan jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan anda ya!

2. Afy Haniff SWiPEL® Rat & Mouse Repellent Serai Wangi Cube 

Afy Haniff SWiPEL Rat & Mouse Repellent Serai Wangi Cube ialah repellent berasaskan serai wangi yang mempunyai bau kurang digemari tikus. Anda jangan risau, jenama ini tidak menggunakan bahan toksik dan selamat digunakan sekitar rumah kerana ia mengeluarkan bau herba semula jadi dan segar!

Panduan menggunakan racun tikus paling berkesan:

  1. Bersihkan kawasan yang ingin diletakkan kuib daripada sebarang kotoran atau najis tikus.
  2. Letakkan kuib pada laluan tikus seperti almari, kabinet, stor dan sebagainya.
  3. Tutup kawasan bertutup agar menaikkan lagi bauan serai wangi.
  4. Tukar kiub setiap 2 minggu.

3. Pest Away Malaysia Perangkap Tikus Extra Gum  

Antara cara mematikan tikus dengan cepat, gunakan saja perangkap tikus paling berkesan dari Pest Away kerana tikus akan melekat dengan kuat pada perangkap ini. 

Hanya dengan meletakkan ia di laluan tikus dan tunggu semalaman, anda mungkin akan melihat hasilnya. Tapi, jangan letakkan perangkap ini di bawah matahari terik ya!

4. GREEN WORLD Lizard/Rat/Dog/Cat Repellent Spray, antara racun tikus terbaik

Anda inginkan racun tikus paling berkesan selain jenama di atas? Anda boleh dapatkan racun tikus dari Green World kerana ia membantu menghalau beberapa jenis haiwan termasuk tikus.

Ia didatangkan dalam bentuk spray bagi memudahkan anda menggunakannya ketika ternampak tikus berkeliaran atau dikawasan ia membiak di kawasan rumah.

Anda digalakkan mengunakan spray repellent secara berkala untuk mengekalkan keberkesanannya.

5. RGAR Plant-based Rat Repellent Magic Box Rat Control Gel 

Buntu dengan masalah tikus? Anda boleh dapatkan produk ini untuk membantu menghalau tikus. Produk ini menggunakan formulasi berasaskan tumbuhan seperti pati minyak cili, pati minyak pudina dan repellent plant factors.

Dengan itu, ia selamat dikendalikan atau jika isi rumah mempunyai wanita hamil, kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Pilihan terbaik bagi anda yang mencari alternatif lebih mesra dan tidak menggunakan racun tikus.

6. KLEENSO Pesso Eco Rat Repellent Liquid Spray

KLEENSO Pesso Eco Rat Repellent Liquid Spray direka untuk membantu menghalau tikus menggunakan konsep yang mesra alam kerana kandungannya yang berasaskan tumbuhan. 

Pastikan anda konsisten melakukan semburan selama 3 ke 5 hari di kawasan penampakan tikus bagi menghalau tikus di kawasan tersebut. 

Ia selaamt digunakan setiap hari dan antara alternatif yang tidak menggunakan perangkap atau racun.

 7. Wurth Rodent/ Rat Repellent Spray  

Berbeza pula jenama dari Jerman ini kerana ia bertujuan untuk melindungi komponen kenderaan seperti kabel, paip dan bahagian plastik/getah daripada digigit tikus. 

Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca langkah penggunaan yang diberikan agar dapat melindungi kenderaan anda daripada digigit tikus. 

Rumah bersih selepas gunakan racun tikus terbaik

Masalah tikus boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan terlalu lama. Anda bebas memilih produk racun tikus paling berkesan dan mengikut bajet, bergantung kepada tahap masalah tikus, kawasan penggunaan dan keselesaan anda. 

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Easy Tips to Prevent Mice and Rodents Inside the Home . https://www.pestworld.org/news-hub/pest-articles/10-easy-tips-to-prevent-mice-and-rodents-inside-the-home/ . Accessed on May 29, 2026

Pest advice for controlling Rats . https://bpca.org.uk/a-z-of-pest-advice/rat-control-how-to-get-rid-of-and-prevent-rats-bpca-a-z-of-pests/188991 . Accessed on May 29, 2026

Keeping rats and mice under control . https://www.healthywa.wa.gov.au/Articles/J_M/Keeping-rats-and-mice-under-control . Accessed on May 29, 2026

MBSJ nets over 120 rats in Seri Kembangan commercial area. https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2026/04/14/mbsj-nets-over-120-rats-in-seri-kembangan-commercial-area . Accessed on May 29, 2026

B, P., P, C., O, J., M.T, F. H., P.S, T., J, T., S, N. I., M, R., H, N., S, K., & C, M. (2018). A SURVEY OF PARASITIC INFECTIONS IN WILD RATS FROM URBAN AREAS IN KUALA LUMPUR, MALAYSIA. A SURVEY OF PARASITIC INFECTIONS IN WILD RATS FROM URBAN AREAS IN KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 9, 31–38. https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_16/MJVR%20Vol9%20No%201/MJVR-V9N1-p31-38.pdf . Accessed on May 29, 2026

 

Versi Terbaru

29/07/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Lelaki & Jam Tangan Memang Tak Dapat Dipisahkan! Ini 7 Jenama Jam Popular Hadiah Istimewa Buat Si Dia

Ketiak Rasa Lapang & Bersih Tiada Bulu, Tetapi Tahu Tak, Ada 5 Manfaat Kalau Tak Cukur!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan