brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

LRT Shah Alam Dah Buka, Boleh Naik PERCUMA Selama Sebulan! Ini Senarai 20 Stesen Baharu Laluan Shah Alam

LRT Shah Alam ialah laluan transit aliran ringan (LRT) baharu yang dilancarkan pada 28 Jun 2026 bagi menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia, Klang. Laluan ini dibina untuk meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam di Selangor, mengurangkan kesesakan jalan raya serta memudahkan perjalanan harian penduduk di kawasan Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.

LRT Shah Alam Dah Buka, Boleh Naik PERCUMA Selama Sebulan! Ini Senarai 20 Stesen Baharu Laluan Shah Alam

Dengan pembukaan rasmi laluan ini, ramai pengguna ingin mengetahui laluan stesen, waktu operasi, tambang serta pelbagai kemudahan yang disediakan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

LRT Shah Alam line: Fakta lengkap mengenai laluan baharu ini!

LRT Shah Alam line ialah laluan transit aliran ringan (LRT) yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang.

Laluan ini mempunyai panjang kira-kira 37 kilometer dan menghubungkan kawasan perumahan, pusat komersial, institusi pendidikan serta hab pengangkutan awam utama di Selangor.

Antara fakta penting mengenai laluan ini ialah:

  • Panjang laluan: kira-kira 37 km
  • Jumlah stesen beroperasi: 20 stesen
  • Pertukaran ke MRT Kajang di Bandar Utama
  • Pertukaran ke LRT Kelana Jaya di Glenmarie 2
  • Dikendalikan oleh Rapid Rail
  • Dilengkapi kemudahan mesra OKU, lif, eskalator, parkir terpilih dan kawasan park-and-ride

Jadual LRT Shah Alam

Bagi pengguna yang mencari jadual LRT Shah Alam, Rapid Rail telah mengeluarkan jadual tren terakhir bagi setiap stesen seperti berikut.

StesenTren terakhir ke Johan SetiaTren terakhir ke Bandar Utama
Bandar Utama11:56 malam—
Kayu Ara11:59 malam12:44 pagi
BU 1112:02 pagi12:41 pagi
Damansara Idaman12:06 pagi12:38 pagi
Subang12:09 pagi12:35 pagi
Glenmarie 212:12 pagi12:32 pagi
Kerjaya12:19 pagi12:25 pagi
Stadium Shah Alam12:22 pagi12:23 pagi
Dato’ Menteri12:27 pagi12:17 pagi
UiTM Shah Alam12:31 pagi12:13 pagi
Seksyen 7 Shah Alam12:35 pagi12:10 pagi
Bandar Baru Klang12:40 pagi12:05 pagi
Pasar Klang12:44 pagi12:00 tengah malam
Jalan Meru12:47 pagi11:58 malam
Jambatan Kota12:49 pagi11:55 malam
Taman Selatan12:54 pagi11:49 malam
Seri Andalas12:57 pagi11:47 malam
Klang Jaya1:00 pagi11:44 malam
Bandar Bukit Tinggi1:03 pagi11:42 malam
Johan Setia—11:37 malam

Pengguna disarankan tiba lebih awal kerana waktu penutupan kaunter berbeza mengikut stesen.

LRT Shah Alam map

LRT Shah Alam
Salah satu stesen di laluan LRT Shah Alam.

Senarai stesen LRT Shah Alam adalah:

KodNama stesen
SA01Bandar Utama (Pertukaran MRT Kajang)
SA02Kayu Ara
SA03BU 11
SA05Damansara Idaman
SA06Subang
SA07Glenmarie 2 (Pertukaran LRT Kelana Jaya)
SA09Kerjaya
SA10Stadium Shah Alam
SA12Dato’ Menteri
SA14UiTM Shah Alam
SA15Seksyen 7 Shah Alam
SA17Bandar Baru Klang
SA18Pasar Klang
SA19Jalan Meru
SA20Jambatan Kota
SA21Taman Selatan
SA22Seri Andalas
SA23Klang Jaya
SA24Bandar Bukit Tinggi
SA26Johan Setia

Kekerapan tren pula adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat

WaktuKekerapan
6.00 – 7.00 pagi10–15 minit
7.00 – 9.30 pagi8 minit
9.30 pagi – 5.00 petang10–15 minit
5.00 – 7.30 petang8 minit
7.30 malam – 12.00 tengah malam10–15 minit

Sabtu

WaktuKekerapan
6.00 pagi – 12.00 tengah malam10 minit

Ahad dan cuti umum

WaktuKekerapan
6.00 pagi – 11.30 malam10 minit

Shah Alam LRT line dibuka dengan tambang percuma

Sempena pelancaran rasmi Shah Alam LRT line, kerajaan turut mengumumkan tambang percuma selama satu bulan kepada semua pengguna.

Inisiatif ini bertujuan:

  • Menggalakkan orang ramai mencuba laluan baharu
  • Memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian
  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas di Shah Alam dan Klang

Selain itu, Rapid Rail turut menyediakan petugas tambahan di stesen-stesen utama bagi membantu pengguna baharu mendapatkan maklumat berkaitan perjalanan, pertukaran laluan dan penggunaan mesin tiket.

Mengapa LRT Shah Alam penting kepada penduduk Selangor?

Pembukaan LRT Shah Alam bukan sekadar menambah satu lagi laluan rel, malah menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh rangkaian pengangkutan awam Lembah Klang.

Antara manfaat utamanya ialah:

  • Mengurangkan masa perjalanan harian
  • Menghubungkan kawasan perumahan dengan pusat pekerjaan
  • Memudahkan akses ke universiti, hospital dan pusat beli-belah
  • Mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di Shah Alam dan Klang
  • Menyokong pembangunan ekonomi dan pertumbuhan kawasan sekitar stesen
  • Memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa, pantas dan mesra alam

Penduduk kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk bergerak tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian, sekali gus menjadikan sistem pengangkutan awam di Selangor lebih menyeluruh.

Selain itu, pergerakan menaiki pengangkutan awam lebih menyihatkan tubuh badan kita juga!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/06/2026