Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Puasa Bukan Sekadar Ibadah, Badan Pun ‘Auto Reset’! Anda Kena Tahu Manfaat Ni
Kebaikan puasa merujuk kepada manfaat fisiologi, metabolik dan mental yang berlaku apabila tubuh berada dalam keadaan tidak makan untuk tempoh tertentu. Antara kebaikan puasa yang terbukti termasuk penurunan paras gula, kestabilan hormon, pengurangan keradangan dan peningkatan tenaga. Semua ini berlaku kerana tubuh mula menggunakan tenaga dengan lebih efisien semasa berpuasa. Untuk memahami manfaat ini dengan lebih mendalam, kita beralih kepada perincian setiap aspek seperti di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klikdi sini.
Kebaikan puasa untuk perut
Berbuka secara berpada-pada agar tidak membebankan sistem pencernaan tubuh.
Ramai tidak sedar bahawa sistem pencernaan juga “berehat” ketika kita berpuasa. Ini memberi peluang kepada perut dan usus untuk melakukan proses pemulihan semula secara semula jadi.
Mengurangkan risiko refluks (GERD) apabila corak makan lebih teratur.
Memperbaiki sensitiviti insulin dan mengawal gula darah.
Membantu menstabilkan microbiome usus di mana bakteria baik meningkat dan pencernaan jadi lebih lancar.
Secara ringkasnya, puasa menjadi tempoh “reset” untuk sistem pencernaan.
Kebaikan puasa kepada otak
Banyak kajian neurologi mendapati puasa memberi kesan positif kepada fungsi otak.
Antara manfaatnya:
Meningkatkan hormon BDNF (Brain-Derived Neurotrophic Factor) yang membantu pembelajaran dan memori.
Mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer (berdasarkan kajian kepada haiwan (tikus) tetapi tiada bukti untuk manusia) dan Parkinson.
Meningkatkan fokus dan kejelasan minda kerana tubuh menggunakan keton sebagai sumber tenaga alternatif.
Menstabilkan mood dan mengurangkan stres oksidatif.
Keton yang terhasil ketika puasa sangat baik untuk prestasi kognitif manusia.
Kebaikan puasa untuk lelaki
Puasa juga membantu menurunkan berat badan anda.
Puasa juga memberi kesan tersendiri kepada fisiologi lelaki kerana ia mempengaruhi hormon dan metabolisme.
Antara kebaikan yang sering disebut dalam kajian:
Meningkatkan tahap hormon testosteron secara tidak langsung melalui penurunan lemak visceral.
Memperbaiki komposisi badan: lebih mudah membakar lemak.
Meningkatkan tahap tenaga dan stamina.
Menstabilkan emosi serta membantu pengurusan stres.
Walaupun manfaat ini wujud, lelaki tetap perlu menjaga corak pemakanan semasa sahur dan berbuka untuk kekal bertenaga.
Kelebihan berpuasa dari sudut sains
Sains moden banyak membuktikan bahawa puasa memberi kesan biologi yang besar kepada tubuh manusia.
Antara mekanisme yang dikaji:
Autophagy: Proses “pembersihan sel” di mana tubuh membuang sel rosak dan menghasilkan sel baharu yang lebih sihat.
Menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, obesiti dan penyakit jantung.
Manfaat ini berlaku apabila puasa diamalkan dengan cara yang sihat dan bukan makan berlebihan ketika berbuka.
Antara tanda-tanda badan anda kekurangan air sewaktu berpuasa.
Kesimpulan
Kebaikan puasa bukan sahaja datang dari sudut spiritual, tetapi juga kesihatan tubuh badan.
Dari otak, perut, sistem metabolik sehinggalah kesejahteraan emosi, semuanya mendapat manfaat apabila kita berpuasa dengan cara yang betul.
Puasa adalah peluang untuk “reset” tubuh dan memulihkan sistem biologi secara menyeluruh.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fasting and Gut Microbiota. https://www.ifm.org/articles/fasting-and-gut-microbiota. Diakses Disember 10, 2025.
Fasting and Immune Health. https://www.ifm.org/articles/fasting-and-immune-health. Diakses Disember 10, 2025.
How Does Fasting Affect the Brain?. https://www.brainfacts.org/thinking-sensing-and-behaving/diet-and-lifestyle/2018/how-does-fasting-affect-the-brain-071318. Diakses Disember 10, 2025.
Benefits of fasting for the brain: truth or myth?. https://brainkind.org/benefits-of-fasting-on-the-brain-truth-or-myth/. Diakses Disember 10, 2025.
Wang, Y., & Wu, R. (2022). The Effect of Fasting on Human Metabolism and Psychological Health. Disease markers, 2022, 5653739. https://doi.org/10.1155/2022/5653739. Diakses Disember 10, 2025.
Versi Terbaru
19/02/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim