Ada bajet lebih hendak tukar peti ais baharu? Mungkin ahli keluarga sudah bertambah, maka peti ais di rumah juga sudah tidak dapat menampung keperluan isi rumah. Sebelum anda hendak membeli peti ais baharu, kami ingin cadangkan beberapa jenama peti sejuk terbaik yang boleh anda pertimbangkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Peti sejuk satu keperluan
Peti sejuk adalah salah satu peralatan elektrik yang penting dalam setiap rumah.
Ia bukan lagi kemewahan, tetapi keperluan yang mesti ada di rumah oleh setiap individu atau keluarga.
Dengan kemajuan teknologi semasa, peti sejuk kini dilengkapi dengan teknologi inverter yang lebih menjimatkan tenaga, selain memastikan makanan disimpan dalam keadaan segar lebih lama.
Ini bukan sahaja membantu dalam menjimatkan kos elektrik, tetapi juga boleh menjaga kesihatan keluarga dengan memastikan makanan yang kita makan sentiasa dalam keadaan baik.
Jenama peti sejuk terbaik 2023
Bagi anda yang mahu membeli peti sejuk tetapi tidak tahu jenama peti sejuk jimat elektrik, lihat 7 jenama peti sejuk terbaik di bawah ini.
Semuanya adalah jenis peti sejuk inverter yang lebih cekap tenaga berbanding peti sejuk lama di rumah anda:
#1. Toshiba Refrigerator (252L) Inverter A-series GR-A28MU
Toshiba Refrigerator GR-A28MU adalah peti sejuk dengan teknologi inverter yang direka khas untuk memastikan makanan disimpan dalam keadaan yang terbaik.
Dengan kapasiti 252L, ia sesuai untuk keluarga dengan saiz sederhana.
Teknologi inverter memastikan tenaga elektrik digunakan dengan cekap dan menjadikannya pilihan yang sangat menjimatkan untuk keluarga kecil anda.
#2. Samsung 220L Inverter 2 Door Deodorizer Fridge RT20FARVDSA
Samsung RT20FARVDSA mempunyai kapasiti 220L dan juga dilengkapi dengan teknologi inverter.
Selain itu, peti ais jenama ini juga mempunyai fungsi deodorizer yang memastikan udara dalam peti sejuk sentiasa segar dan bebas daripada bau yang tidak diingini.
Ini boleh memastikan rasa dan bau makanan yang disimpan tidak terjejas dengan bau-bau yang kurang enak.
#3. Sharp J-Tech Inverter Fridge SJ189MS
Sharp SJ189MS adalah antara jenama peti sejuk terbaik dengan teknologi J-Tech inverter yang memastikan tenaga digunakan dengan lebih cekap.
Ia juga mempunyai fungsi yang memastikan makanan sentiasa disimpan dalam keadaan terbaik.
Harganya juga antara yang termurah selain dilengkapi dengan teknologi Ag+ Nano Deodoriser agar makanan tidak mudah rosak.
#4. Haier 258L 2-Door Refrigerator Twin Inverter DEO Fresh Chiller Box HRF-IV258H
Haier HRF-IV258H adalah peti sejuk berkapasiti 258L dan turut dilengkapi dengan teknologi inverter.
Reka bentuk dua pintu memudahkan penggunaan dan akses kepada makanan yang disimpan.
Ia diperbuat daripada keluli tahan lasak selain dilengkapi ciri kawalan suhu.
Harganya juga berpatutan sesuai dengan kapasitinya yang agak besar.
#5. Jenama peti sejuk terbaik: Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L) R-H275P7M
Peti sejuk jenama ini adalah antara yang paling jimat tenaga kerana ia hanya menggunakan voltan elektrik sekitar 130v.
Ia juga boleh mengekalkan kesejukan peti sejuk sehingga 12 jam jika rumah anda terputus bekalan elektrik.
Ia juga mempunyai rekaan yang lebih moden, namun mungkin agak kurang sesuai untuk keluarga bersaiz besar.
#6. Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L) / LUSSO SBS 500DG
Faber LUSSO SBS 500DG mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding jenama lain iaitu 500L.
Ia sesuai untuk keluarga bersaiz besar dan turut dilengkapi dengan teknologi inverter yang menjimatkan penggunaan tenaga.
Ia mungkin kelihatan agak mewah namun harga yang ditawarkan agak berpatutan dengan saiz kapasitinya.
Selain itu, peti sejuk ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat berbanding peti sejuk lain.
#7. Jenama peti sejuk terbaik: Midea 400L Inverter Quattro 2 Door Refrigerator – MDRT489MTB46-MY
Midea terkenal sebagai antara jenama peti sejuk yang bagus.
Dengan teknologi inverter Quattro, peti sejuk Midea ini dapat memastikan tenaga digunakan dengan cekap dan makanan disimpan dalam keadaan yang baik.
Ia juga mempunyai kapasiti yang agak besar iaitu 400L selain dilengkapi dengan sistem Auto Defrost.
Kesimpulan
Memilih peti sejuk yang sesuai adalah penting untuk setiap rumah.
Dengan teknologi inverter, kita bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga tetapi juga memastikan makanan yang kita simpan sentiasa dalam keadaan baik dan segar.
Pilihan peti sejuk yang tepat bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan elektrik tetapi juga dapat menambah keindahan dapur rumah anda.
[embed-health-tool-bmi]