Kalau Peti Ais Anda Tak Berapa Sejuk, Boleh DIY Sendiri Di Rumah Guna 2 Cara Ini…

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    Kalau Peti Ais Anda Tak Berapa Sejuk, Boleh DIY Sendiri Di Rumah Guna 2 Cara Ini…

    Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengalami masalah ini; peti ais tak sejuk walaupun peti sejuk baru dibeli tidak sampai setahun. Anda tahu apa punca dan kenapa peti ais bahagian bawah tak sejuk?

    Ini kami kongsikan dua cara untuk anda baiki peti ais sendiri.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Kenapa peti ais tidak lagi sejuk?

    peti ais tak sejuk

    Anda mungkin akan mengalami salah satu daripada dua keadaan berikut, sama ada bahagian atas peti ais tak sejuk atau pada bahagian bawah.

    Sekiranya bahagian atas bermasalah, ikan sering menjadi cepat busuk atau tidak membeku.

    Manakala jika peti ais tak sejuk di bahagian bawah, sayur atau bahan yang kita letakkan di sudut itu tidak sejuk sama sekali.

    Mengapa ini berlaku? Biasanya, kenapa peti ais bahagian bawah tak sejuk adalah disebabkan defrost thermostat atau sensor.

    Begitu juga dengan peti beku di bahagian atas. Sekiranya thermostat atau sensor ini bermasalah, ia boleh menyebabkan peti ais tidak sejuk.

    Cara baiki peti ais tak sejuk

    Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk membaiki masalah peti ais yang tidak sejuk.

    Antara kaedah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah ialah:

    #1. Cairkan ketulan ais dalam peti ais tak sejuk

    peti ais tak sejuk

    Ada kalanya, masalah peti yang tidak sejuk berpunca daripada pengumpulan atau penebalan ais pada kawasan laluan keluar masuk udara sejuk.

    Oleh itu, caranya adalah dengan mencairkan ketulan-ketulan ais ini.

    Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

    1. Pertama sekali, tutup suis peti sejuk terlebih dahulu.
    2. Kemudian, buka penutup gegelung penyejuk (cooling coil) yang berada pada bahagian belakang dalam peti beku.
    3. Secara perlahan-lahan, tanggalkan penutup tersebut dan juga segala soket yang bersambung dengannya.
    4. Selepas penutup dicabut, anda boleh melihat ketulan ais menutupi hampir keseluruhan kawasan gegelung penyejuk termasuklah kawasan keluar masuk laluan udara.
    5. Cairkan ketulan-ketulan ais tersebut. Ada dua kaedah yang boleh anda gunakan untuk mencairkannya iaitu dengan menggunakan pengering rambut atau kipas berdiri (stand fan). Selain itu, anda juga boleh menunggu selama 2 hingga 3 hari untuk ais tersebut mencair dengan sendirinya.
    6. Setelah kesemua ais cair, tutup kembali penutup gegelung penyejuk. Pastikan anda memasang semula soket dengan betul dan tepat sebelum memasang penutupnya.
    7. Sebelum membuka kembali suis peti ais, pastikan anda memeriksa bekas takungan air yang terletak di bahagian belakang bawah peti sejuk. Jika hampir penuh atau sudah melimpah, buang air takungan tersebut terlebih dahulu.
    8. Buka suis peti ais seperti biasa dan masukkan kembali segala barang makanan ke dalam peti sejuk.

    #2. Tukar defrost sensor / thermostat peti ais

    peti ais tak sejuk

    Sebelum anda menukar sensor atau thermostat ini, pastikan anda mempunyai beberapa barangan yang diperlukan.

    Antaranya ialah pemutar skru rata, pengikat kabel, defrost thermostat, pita perekat hitam dan pengering rambut.

    Cara-caranya ialah:

    1. Matikan suis peti sejuk terlebih dahulu.
    2. Buka penutup gegelung penyejuk yang berada di bahagian belakang dalam peti beku.
    3. Tunggu ketulan ais mencair terlebih dahulu. Untuk proses yang lebih cepat, boleh gunakan pengering rambut atau kipas.
    4. Setelah ais cair, anda boleh melihat sejenis tiub plastik kecil dengan sensor di dalamnya. Tiub plastik ini mungkin berwarna merah jambu, putih, biru atau lain-lain warna lagi. Ia diikat bersama sambungan kabel hitam dalam peti sejuk dengan menggunakan pengikat kabel.
    5. Potong pengikat kabel tersebut dan tanggalkan sensor.
    6. Setelah itu, potong wayar asal sensor tersebut dan sambungkan dengan wayar sensor atau thermostat yang baharu. Kemudian, balut dengan pita perekat hitam untuk mengemaskan sambungan tersebut.
    7. Letakkan semula sensor ke tempat asalnya dan ikat dengan menggunakan pengikat kabel.
    8. Tutup kembali penutup gegelung penyejuk.
    9. Buka semula suis peti sejuk. Siap!

    Bagaimana jika peti ais tak sejuk lagi?

    Jika anda telah melakukan kedua-dua kaedah ini dan peti ais masih tidak sejuk, anda dinasihatkan untuk memanggil juruteknik bagi membantu membaiki peti sejuk anda.

    Besar kemungkinan kompresor peti ais sudah tidak berfungsi atau peti sejuk sudah kehabisan gas penyejuk.

    Ia juga mungkin disebabkan glass heater dalam peti sejuk tersebut sudah pecah.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan