backup og meta

JANGAN Makan 9 Makanan Ini Jika Nak Batuk Cepat Baik! Nampak Sedap, Tapi Tak Elok

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2023

    JANGAN Makan 9 Makanan Ini Jika Nak Batuk Cepat Baik! Nampak Sedap, Tapi Tak Elok

    Batuk biasa mungkin tidak begitu mengganggu kehidupan anda. Namun, jika ia kerap berlaku atau menjadi semakin teruk, ia pasti membuatkan anda tidak senang duduk. Oleh itu, pastikan anda memberikan perhatian kepada jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan ketika batuk. Ini kerana makanan penyebab batuk boleh membuatkan batuk anda semakin memburuk. Apakah makanan tak boleh makan ketika batuk ya? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Batuk mengganggu rutin harian anda

    Batuk adalah salah satu gangguan atau penyakit biasa yang sering dialami oleh ramai individu.

    Meskipun ia mungkin tampak biasa, namun batuk boleh menjadi sangat mengganggu dan menyakitkan.

    Salah satu cara untuk mempercepatkan pemulihan batuk adalah dengan memilih makanan yang sesuai.

    Selain itu, terdapat juga beberapa makanan yang perlu dielakkan ketika batuk.

    9 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika batuk

    Makanan-makanan di bawah ini bukanlah penyebab atau punca kepada batuk.

    Namun, ia boleh membuatkan keadaan batuk yang dialami menjadi lebih parah atau tidak sembuh-sembuh.

    Makanan tak boleh makan ketika batuk termasuklah:

    #1. Makanan pedas

    makanan yang perlu dielakkan ketika batuk

    Makanan pedas seperti cili atau rempah-rempah tertentu boleh menyebabkan iritasi pada tekak, lalu mengakibatkan rasa terbakar dan gatal.

    Ini boleh memicu lebih banyak kejadian batuk.

    Selain itu, makanan pedas juga boleh meningkatkan asid dalam perut, yang boleh menyebabkan keadaan refluks asid dan batuk kering.

    #2. Susu atau produk tenusu

    Walaupun susu adalah minuman yang menyegarkan dan berkhasiat, namun ia boleh meningkatkan produksi lendir dalam badan.

    Lendir tambahan ini boleh menyebabkan tekak menjadi lebih gatal lalu memicu batuk.

    Produk tenusu lain seperti keju atau yogurt juga boleh menyebabkan kesan yang sama pada tekak anda. 

    #3. Makanan bergoreng

    Makanan yang digoreng seperti kentang goreng atau ayam goreng amat tinggi dengan kandungan lemak.

    Lemak ini boleh menyebabkan iritasi dalam tekak dan meningkatkan penghasilan lendir.

    Minyak yang digunakan dalam penggorengan juga boleh memburukkan lagi inflamasi yang kemudiannya melambatkan masa pemulihan daripada batuk.

    #4. Makanan yang perlu dielakkan ketika batuk: Makanan tinggi gula

    Gula dan makanan manis lain juga boleh merangsang produksi lendir dalam tekak.

    Lendir tambahan ini boleh menyebabkan tekak menjadi gatal lalu menyebabkan batuk.

    Selain itu, gula juga boleh menurunkan sistem imun dan menyebabkan proses penyembuhan menjadi lebih lambat.

    #5. Kopi dan minuman berkafein

    Kopi atau minuman berkafein juga boleh menyebabkan dehidrasi, yang kemudiannya boleh mengeringkan tekak.

    Tekak yang kering lebih mudah mengalami iritasi, sekali gus memburukkan keadaan batuk anda.

    makanan yang perlu dielakkan ketika batuk

    Selain itu, kafein juga boleh mengganggu waktu tidur yang mana tidur yang baik juga sebahagian daripada proses pemulihan. 

    #6. Makanan yang perlu dielakkan ketika batuk: Minuman beralkohol

    Seperti kafein, minuman beralkohol juga boleh menyebabkan dehidrasi.

    Dehidrasi boleh mengeringkan dan menyebabkan tekak anda iritasi.

    Selain itu, alkohol turut boleh mengganggu waktu tidur dan sistem imun, yang kemudiannya memperlambat proses pemulihan.

    #7. Makanan yang masam

    Makanan masam seperti jeruk, limau, dan tomato boleh mengakibatkan tekak anda mengalami keradangan.

    Keradangan ini boleh menyebabkan batuk dan membuatnya menjadi lebih teruk.

    Selain itu, makanan yang masam juga boleh meningkatkan risiko refluks asid.

    #8. Makanan yang perlu dielakkan ketika batuk: Makanan tinggi lemak

    Makanan yang tinggi kandungan lemak seperti daging berlemak, mentega, dan makanan segera, boleh meningkatkan risiko refluks asid.

    Refluks asid adalah salah satu punca utama batuk yang berterusan.

    Lemak melambatkan proses penghadaman, meningkatkan kemungkinan asid perut mengalir balik ke kerongkong dan menyebabkan kerengsaan yang memicu batuk.

    #9. Makanan dan minuman sejuk

    makanan yang perlu dielakkan ketika batuk

    Minuman sejuk atau aiskrim boleh menyebabkan saluran pernafasan mengecut dan meningkatkan penghasilan lendir.

    Ini boleh memburukkan batuk terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai jangkitan pada saluran pernafasan.

    Walaupun aiskrim mungkin boleh melegakan tekak yang sakit buat sementara waktu, namun ia sebenarnya boleh melambatkan pemulihan batuk jika diambil secara berlebihan.

    Kesimpulan

    Pemilihan makanan yang tepat adalah kunci untuk pemulihan cepat daripada batuk.

    Dengan mengelakkan makanan yang boleh memburukkan batuk, anda akan lebih cepat sembuh.

    Berikan perhatian kepada reaksi badan anda dan berikan rawatan sewajarnya saat diperlukan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan