Bagi sesetengah pesakit ,hipotensi terikat dengan masalah lain pula,seperti:
- Diabetes
- Parkinson
- Kegagalan fungsi jantung
- Aritmia jantung (irama jantung yang tidak normal)
- Pembuluh darah menjadi besar dan luas
- Penyakit hati

Tetapi orang yang sihat juga boleh mengalami kondisi ini juga . Orang yang berumur dan wanita mengandung contohnya , lebih lazim mempunyai hipotensi.
Sesetengah kes, tekanan darah boleh turun secara mendadak. Dalam kes-kes sebegini, ia boleh berpunca dari:
- Kehilangan darah daripada pendarahan
- Suhu badan yang rendah
- Suhu badan yang tinggi
- Masalah pada otot jantung yang menyebabkan kegagalan jantung
- Sepsis, jangkitan kuman dalam darah
- Dehidrasi yang melampau disebabkan oleh muntah, cirit-birit atau demam
- Reaksi tubuh badan kepada ubat atau alkohol
- Reaksi alahan yang melampau, yang dipanggil anafilaksis
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko hipotensi (tekanan darah rendah)
Risiko bagi darah tinggi dan rendah lazimnya meningkat seiring dengan umur. Aliran darah ke otot-otot jantung dan otak juga akan berkurangan apabila semakin tua, selalunya disebabkan pembinaan plak pada dinding pembuluh darah. Jangkaan kira-kira 10%-20% golongan masyarakat yang berumur lebih 65 tahun mengalami hipotensi.
Sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko hipotensi, seperti diuretik, nitrat dan vasdilator.
Risiko-risiko lain termasuklah:
- Mempunyai sejarah kehilangan air dari badan (muntah, cirit birit, kurang mengambil air, dn demam)
- Mempunyai sejarah kegagalan jantung kongestif, diabetes, kemalignanan, alkoholisme
- Pemeriksaan neurologikal menunujukkan bukti-bukti Parkinsonisme, neuropati periferi, disautonomia (seperti respon pupil yang tidak normal)
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas hipotensi (tekanan darah rendah)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda untuk menghadapi hipotensi, tetapi sebelum anda memulakannya, mintalah pandangan daripada doktor dan jururawat.
- Elakkan berlari, mendaki atau apa-apa perbuatan yang menggunakan banyak tenaga pada musim panas. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan hipotensi ortostatik semakin teruk
- Pastikan anda meminum air yang cukup terutamanya dalam cuaca yang panas.
- Tinggikan paras kepala anda sewaktu baring di atas katil dengan meletakkan bongkah di bawah bantal.
- Stokin mampatan sehingga ke paras pinggang paling bagus untuk hipotensi, tetapi ianya sukar untuk dipakai.
- Elakkan meminum minuman beralkohol secara berlebihan.
- Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen