backup og meta

Anda Punya Dagu Seperti Selebriti Popular Ini? Ada 5 Fakta Menarik Tentang Dagu Terbelah!

Anda Punya Dagu Seperti Selebriti Popular Ini? Ada 5 Fakta Menarik Tentang Dagu Terbelah!

Tahukah anda apa persamaan di antara selebriti popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Fathia Latiff, Nora Danish dan Wafariena? Kesemua mereka memiliki bentuk dagu terbelah yang sangat unik dan cantik! Teruskan baca artikel untuk tahu fakta menarik tentangnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan dagu terbelah?

Di dalam dunia ini, ada banyak fitur unik lagi cantik berkaitan dengan fisiologi manusia terutama pada wajah individu yang akan membuat anda tampak lebih menonjol berbanding orang lain.

Antara contoh fitur khas di wajah yang hanya dimiliki oleh sesetengah individu adalah lesung pipit, mata berwarna, kening bersambung, hidung berbonggol, dagu berlekuk dan lain-lain ciri khas.

Fokus kepada dagu yang berlekuk, fitur ini dikenali dengan banyak istilah yakni cleft chin, dimple chin dan butt chin. Bagi pemilik dagu seperti ini, ia akan membuat dagu anda seakan ada garisan.

Menurut kajian seliaan University of Delaware, ciri ini akan ditandai dengan bahagian dagu yang terbahagi kepada dua oleh satu garisan vertikal yang boleh terlihat begitu jelas atau samar-samar.

dagu terbelah

Mungkin ramai yang sedang terfikir dan tertanya sama ada lekuk pada dagu ini normal atau tidak?

Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah satu ‘kecacatan’ yang normal dan tidak akan membawa sebarang kesan negatif kepada pemiliknya. Maka, anda hanya perlu hargai dan cintai diri anda.

Beberapa fakta menarik tentang dagu terbelah!

Adakah lekuk pada dagu ada maksud serta manfaat yang tersendiri? Ini fakta menarik tentangnya:

#1. Dagu terbelah terjadi akibat faktor genetik

Pertama dan paling penting, kita semua sudah tentu mahu tahu punca yang menyebabkan garisan itu wujud pada dagu bukan? Semestinya tidak lain tidak bukan, ia adalah akibat faktor genetik.

Terbentuk sejak dari dalam kandungan ibu lagi akibat kedua sisi rahang bawah yang tidak bersatu dengan sempurna, ini adalah fitur pada wajah yang telah ditetapkan sebelum individu itu lahir.

Sekiranya anda atau pasangan memiliki dagu berlekuk, anak kalian juga punya potensi yang sama.

#2. Lebih umum dimiliki oleh orang Kaukasia

dagu terbelah

Lihat sahaja contoh selebriti popular Hollywood seperti Adele, Ben Affleck, Tobey Maguire, Henry Cavill dan ramai lagi, kebanyakan mereka mempunyai dagu seakan terbahagi kepada dua sisi.

Namun hasil perkahwinan campur di antara masyarakat Eropah dengan penduduk benua lain atau mutasi genetik, ciri khas ini juga telah mula dimiliki oleh lebih ramai orang di seluruh dunia.

#3. Ia boleh dibuat dengan prosedur kosmetik?

Anda juga ingin memiliki dagu yang berlekuk? Tiada masalah kerana ada prosedur kosmetik yang boleh membuat anda mencapai hasrat itu! Dengan operasi penyedutan lemak, pemotongan tulang atau pembedahan minor, dagu anda juga boleh terlihat seperti artis terkenal.

Memakan waktu yang lama, operasi ini memerlukan sekitar beberapa bulan sebelum ia sempurna.

Baca lagi artikel berkaitan:

#4. Ia boleh dibuang dengan prosedur kosmetik!

Pun begitu, tidak semua individu dengan fitur wajah khas itu menyukai apa yang mereka ada dan bakal membuat keputusan untuk membuang ia dengan prosedur kosmetik. Mereka akan mencuba operasi suntikan untuk mencipta jaringan bagi menutup garis pada dagu itu.

Namun ketahuilah sebarang operasi mungkin akan membawa komplikasi dan implikasi pada dagu.

#5. Dagu terbelah terlihat unik dan cantik

dagu terbelah

Hampir sama cerita dengan lesung pipit, fitur khas yang tidak dimiliki oleh semua orang dikatakan unik dan cantik. Hakikatnya, mungkin ini adalah benar jika diteliti dari kaca mata orang biasa.

Sesungguhnya, kecantikan itu sendiri adalah sesuatu perkara yang subjektif kerana mungkin untuk sesetengah orang dagu terbelah itu terlihat menarik namun sebaliknya pula bagi individu lain.

Dalam erti kata lebih mudah, semua ciptaan tuhan punya keunikan dan kecantikan yang tersendiri.

Benarkah bahawa lekuk pada dagu itu istimewa?

Memandangkan ia adalah satu fitur atau ciri khas yang tidak ada pada semua orang, jadi mungkin boleh dikatakan dagu berlekuk itu istimewa dan hanya segelintir orang ada keistimewaan ini.

Namun, sehingga kini pakar kulit dan tulang masih belum menemukan jika ada sebarang manfaat lain selain ia nampak unik dan cantik sekiranya anda turut memiliki jenis dagu yang sebegini.

Konklusinya, ia adalah satu anugerah dari tuhan buat anda. Maka, hargai dan cintai diri sendiri ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleft chin: The myth, https://udel.edu/~mcdonald/mythcleftchin.html, Accessed Sep 22 2022.
  2. Family Pedigree—Cleft Chin?, https://ciblearning.org/wp-content/uploads/2017/04/Family-Pedigree-Cleft-Chin.pdf, Accessed Sep 22 2022.
  3. Cleft Chin: What Causes It?, https://www.healthresearchpolicy.org/cleft-chin/, Accessed Sep 22 2022.
  4. Chin Surgery, https://www.plasticsurgery.org/cosmetic-procedures/chin-surgery/animation, Accessed Sep 22 2022.
  5. Facial Genetics: A Brief Overview, https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fgene.2018.00462/full, Accessed Sep 22 2022.

Versi Terbaru

05/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Risau Muka Makin Membulat? Ini 7 Cara Dapatkan Wajah V Shape TANPA Bedah!

5 Cara Kuruskan Pipi Yang Tembam, Lakukan Ini Dan Wajah Akan Tampak Bentuk V!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan