backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tukar Warna Mata Dengan Menjalani Pembedahan Kosmetik, Tapi Selamat Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/05/2021

    Tukar Warna Mata Dengan Menjalani Pembedahan Kosmetik, Tapi Selamat Ke?

    Setiap orang terutamanya para wanita, sudah menjadi lumrah untuk sentiasa kelihatan cantik. Bentuk badan, warna kulit malahan warna mata juga boleh diubah untuk tampil lebih menarik!

    Pemakaian kanta lekap cukup digemari ramai untuk memiliki sepasang mata yang menawan dan melengkapkan makeup looks tertentu.

    Tahukah anda, terdapat prosedur pembedahan yang wujud untuk mengubah warna pada mata?

    Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, pastikan anda baca artikel ini sampai habis ya!

    Pembedahan warna mata

    Faktor genetik merupakan penentu warna pada mata seseorang individu. Namun kini, dengan bantuan teknologi moden, warna dapat ditukar secara kekal melalui prosedur pembedahan.

    Seiring dengan peredaran masa, dunia kecantikan juga mula mewujudkan prosedur-prosedur ekstrem yang melibatkan pembedahan demi memenuhi permintaan orang ramai.

    Kanta lekap berwarna walaupun sudah lama wujud, ia ternyata tidak cukup buat segelintir individu yang mendambakan hasil yang lebih ketara dalam jangka masa panjang.

    Justeru, prosedur untuk menukar warna mata diwujudkan melalui pembedahan implan dan laser tetapi harus anda fahami, kedua-duanya tidak diiktiraf dalam dunia perubatan dan mengandungi risiko tertentu.

    Jenis-jenis pembedahan kosmetik warna mata

    pembedahan mata

    Terdapat 2 jenis pembedahan kosmetik yang mampu menukar warna pada mata, antaranya:

    #1 Pembedahan implan

    Pembedahan implan iris pada asalnya digunakan sebagai rawatan untuk merawat kecederaan mata yang serius dan masalah perubatan seperti:

    • Aniridia, (ketiadaan sepenuhnya atau sebahagian bahagian berwarna)
    • Koloboma, (lubang di salah satu struktur mata, seperti iris atau retina)

    Dalam kes ini, individu yang mengalaminya mungkin tidak dapat melihat dengan baik, justeru pembedahan ini dapat membantu.

    Bagi tujuan kosmetik pula, semasa pembedahan implan, doktor akan membuat luka kecil di kornea dan kemudian meletakkan iris buatan berasaskan silikon di atas kawasan iris semula jadi.

    Penyelidikan menunjukkan individu yang melakukan pembedahan implan iris mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi, seperti kebutaan separa. Risiko-risiko lain termasuk:

    • Glaukoma: Peningkatan tekanan berlaku di dalam mata, yang boleh menyebabkan kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan
    • Katarak: Lensa mata menjadi keruh akibat kerosakan protein
    • Uveitis: Keradangan mata yang menyebabkan kemerahan, sakit, dan penglihatan kabur. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan
    • Masalah kornea. Ini termasuk kecederaan pada kornea, pembengkakan, dan kerosakan lain
    • Pembengkakan kornea, yang dikenali sebagai edema kornea

    #2 Pembedahan laser warna mata

    Prosedur kontroversial ini belum diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA).

    Ia juga masih menjalani ujian klinikal di Stroma Medical Corporation, yang mempatenkan operasi berdasarkan laser pada iris dalam tahun 2009.

    Secara teorinya, laser bertenaga rendah mampu menghilangkan pigmen dari iris untuk mencerahkan warna seseorang, biasanya dari coklat ke biru.

    Prosedur menggunakan laser berintensiti rendah pada iris selama kira-kira 20 saat akan menghancurkan stroma, atau serat kecil pada iris mata yang menyerap cahaya.

    Setelah lapisan tersebut hancur, badan secara semula jadi akan ‘membuangnya’. Prosedurnya mungkin pendek, tetapi badan mungkin bakal memerlukan beberapa minggu untuk membuang tisu yang terjejas.

    Walaupun kesan sampingan yang berkaitan dengan prosedur ini masih belum dipelajari atau didokumentasikan dengan baik, pakar oftalmologi mengkritik operasi tersebut kerana boleh meletakkan pesakit untuk mendapat glaukoma.

    Tambahan itu, prosedur ini hanya dapat menukar mata berwarna coklat menjadi warna biru. Ia tidak dapat mengubah warna mata yang lain menjadi warna yang lebih gelap atau warna yang tidak biru.

    Adakah pembedahan benar-benar mampu mengubah warna?

    Warna pada mata yang berubah sedikit demi sedikit apabila meningkat usia merupakan satu perkara biasa.

    Tetapi, sekiranya warna iris mata anda berubah secara tiba-tiba, ia boleh menjadi satu kecemasan perubatan! Usah buang masa dan segera bertemu dengan pakar mata.

    Untuk prosedur kosmetik, hasil laser akan mengubah warna mata anda menjadi biru secara kekal. Implan, sebaliknya, tidak mengubah warna iris anda tetapi menyekat iris dengan meletakkan warna yang berbeza di atasnya.

    Namun, tidak seperti prosedur laser, implan boleh menyebabkan anda sukar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan lebih gelap, dan buat anda sukar melihat dalam tempat yang bercahaya rendah.

    Alternatif lain untuk menukar warna mata

    kanta lekap berwarna

    Menukar warna mata anda dengan melakukan pembedahan bukanlah pilihan yang tepat.

    Ini kerana anda lebih cenderung  mengalami kerosakan mata yang teruk sehingga berisiko untuk kehilangan penglihatan hanya kerana kejarkan kecantikan fizikal.

    Daripada menjalani prosedur yang berisiko ini, dapatkan pandangan daripada optometris yang berkelayakan untuk memakai sepasang kanta lekap berwarna, yang pastinya jauh lebih selamat!

    Pun begitu, pastikan anda membeli contact lens yang diiktiraf dan bukannya dari sebarang kedai dalam talian kerana dikhuatiri mampu menjejaskan kesihatan mata.

    Akhir kata, jangan kerana taksub untuk tampil menarik, anda sanggup merisikokan kesihatan anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan