backup og meta

Pencarum Insurans Medikal Yang Ingin Lakukan Pembedahan Plastik Kena Tahu Ini, Ada Syaratnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    Pencarum Insurans Medikal Yang Ingin Lakukan Pembedahan Plastik Kena Tahu Ini, Ada Syaratnya!

    Jika anda hendak melakukan pembedahan plastik di Malaysia, adakah ia akan dibiayai oleh insurans perubatan yang telah anda carumkan sekian lamanya?

    Persoalan sebegini tentu sahaja akan terlintas di fikiran pencarum insurans apabila terdetik hasrat untuk membuat pembedahan kosmetik yang kosnya agak mahal.

    Mungkin secara umumnya, mana-mana insurans sudah pasti tidak akan membiayai segala kos pembedahan bersifat luaran ini namun mungkin juga wujud pengecualian.

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu apakah terdapat sebarang jenis pembedahan plastik di Malaysia yang mungkin akan dibiayai oleh insurans perubatan anda.

    Kenapa anda kena ada insurans perubatan?

    Sebenarnya, kalian tidak boleh tunggu sehingga sudah jatuh sakit dan perlukan bantuan perubatan untuk mencarum insurans kerana ketika itu anda sudah terlambat.

    Sebaliknya, sila carum ketika anda masih lagi sihat agar mampu untuk bekerja dan membayar yuran bulanan dan tahunan yang dikehendaki oleh pihak insurans itu.

    Lagipun, tiada siapa yang mampu menjangka masa hadapan kerana kesihatan atau kesakitan itu boleh datang dan pergi begitu sahaja tanpa sebarang amaran.

    Oleh itu, mencarumlah sekurang-kurangnya satu jenis insurans kesihatan agar aspek kewangan anda kekal terjamin apabila berlaku musibah terhadap diri sendiri.

    pembedahan plastik di Malaysia

    Namun, ada juga individu yang ada insurans tapi tidak tahu kegunaannya sehingga menyangka ia boleh membiayai kos prosedur tertentu seperti pembedahan kosmetik.

    Pembiayaan pembedahan biasa

    Di negara kita, semua insurans kesihatan akan membiayai segala kos perubatan dan pembedahan akibat penyakit-penyakit yang telah termaktub dalam syarat.

    Pun begitu, mungkin juga terdapat beberapa pengecualian di dalam insuran kesihatan yang biasa (major exclusion) jika ia melibatkan penyakit yang kronik.

    Namun anda tidak perlu risau kerana wujud juga insurans perubatan penyakit kritikal yang akan membiayai penyakit-penyakit kronik yang biasa berlaku.

    Antara jenis penyakit tersebut yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita adalah:

    • Penyakit organ jantung
    • Penyakit buah pinggang
    • Kehilangan upaya fizikal
    • Kehilangan upaya mental
    • Kanser
    • Strok
    • Koma

    Dalam erti kata lain, kos perubatan dan pembedahan akan dibiayai oleh insurans kesihatan atau insurans penyakit kritikal namun dengan manfaat berbeza.

    Persamaan di antara kedua-dua jenis insurans ini pula adalah ia mungkin tidak akan sesekali membiayai kos pembedahan kosmetik yang anda ingin buat.

    pembedahan plastik di Malaysia

    Pembiayaan pembedahan plastik

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kos pembedahan plastik di Malaysia tidak akan dibiayai oleh pihak insurans yang anda carumkan sekian lamanya.

    Ini kerana pembedahan kosmetik hanya melibatkan pembetulan bersifat luaran (eksternal) dan tidak akan mendatangkan sebarang mudarat jika ia tidak dilakukan.

    Selain pembedahan plastik di Malaysia yang biasanya hanya akan melibatkan wajah, kulit dan rambut, terdapat beberapa lagi jenis yang tidak dibiayai insurans:

    • Pembedahan khatan untuk alat sulit
    • Pembedahan berbentuk suntikan pada kulit
    • Rawatan mata untuk tujuan pembaikan penglihatan
    • Rawatan telinga untuk tujuan pembaikan pendengaran
    • Rawatan gigi seperti braces, scalling dan whitening

    Pun begitu, ia bukanlah satu titik noktah yang menutup segala ruang atau peluang untuk anda mendapat tajaan bagi menjalani pembedahan kosmetik.

    Untuk pengetahuan anda, mungkin wujud satu pengecualian yang akan membenarkan anda dibiayai oleh insurans jika hendak melakukan pembedahan plastik.

    pembedahan plastik di Malaysia

    Ada pengecualian untuk perkara ini?

    Meskipun jawapan mudah untuk soalan utama artikel ini adalah tidak, ia bukanlah bermakna anda harus terus berputus asa terhadap pembedahan kosmetik.

    Sebenarnya, wujud beberapa kelonggaran di sini di mana insurans mungkin akan membiayai prosedur pembedahan plastik di Malaysia dengan syarat tertentu.

    Syarat utama yang akan menyebabkan kelonggaran ini tercetus adalah jika anda hanya ingin melakukan prosedur pembedahan yang bersifat rekonstruktif.

    Rekonstruktif di sini bermakna pembedahan tersebut tidak akan menukar/mencipta aspek luaran yang baharu namun mengembalikan ia pada yang lama.

    Prosedur yang boleh dijadikan contoh

    Bayangkan anda adalah seorang pesakit kanser payudara tahap akhir yang dikehendaki menjalani prosedur mastektomi untuk membuang sel kanser itu.

    Selepas berjaya membuang sel kanser, malangnya anda juga mungkin akan kehilangan rupa dan bentuk payudara sebagaimana seorang wanita yang asli.

    Untuk memperbetulkannya, anda mungkin boleh melakukan pembedahan rekonstruktif payudara untuk membina kembali struktur payudara secara kosmetik.

    Mungkin juga terdapat prosedur lain yang akan mencetuskan kelonggaran ini, sila berkomunikasi dengan syarikat atau ejen insurans anda untuk informasi lebih lanjut!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan