backup og meta

Suka Cas Telefon Dalam Kereta? Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Sekarang!

Suka Cas Telefon Dalam Kereta? Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Sekarang!

Mungkin ada di antara kita yang gemar mengecas bateri telefon bimbit dalam kenderaan lebih-lebih lagi jika dalam perjalanan jauh, bukan?

Namun, tahukah anda kebelakangan ini ada banyak kes yang melibatkan renjatan elektrik yang dilaporkan sehingga ada yang meragut nyawa?

Terbaharu, seorang remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas bateri telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam bas ekspres.

Persoalannya, adakah mengecas bateri telefon bimbit di dalam kenderaan sebenarnya selamat?

Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Sejauh manakah tahap keselamatan pengecasan bateri telefon bimbit di dalam kenderaan?

Ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan pengecas mudah alih dalam kereta boleh membahayakan telefon, kereta dan keselamatan anda.

Dalam kebanyakan kes, pengecasan ini boleh merosakkan bateri kereta, menyebabkan kereta terhenti di tengah jalan dan meningkatkan risiko kemalangan yang tidak dijangka.

Bergantung pada jenama dan model kereta anda, terdapat pelbagai cara untuk mengecas bateri telefon bimbit.

Antara pilihan yang paling popular digunakan adalah:

  • Port USB: Kebanyakan kereta dilengkapi dengan satu atau lebih port USB yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit. Namun, arus yang disalurkan melalui port ini biasanya terlalu rendah untuk pengecasan yang cepat dan berkesan.
  • Pengecasan tanpa wayar: Beberapa model kereta moden dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar, yang membolehkan anda mengecas telefon tanpa perlu menggunakan kabel. Ini merupakan pilihan dengan risiko yang paling rendah berbanding kaedah lain.
  • Pemetik api: Pengecasan melalui pemetik api memerlukan arus sekurang-kurangnya 2 ampere untuk berfungsi dengan baik. Jika arus yang dihantar lebih rendah atau lebih tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada telefon atau sistem pengecasan.

Mungkin ada yang menganggap bahawa jika terdapat pengecas telefon yang sesuai dan berkualiti dalam kereta, telefon anda pasti selamat untuk dicas.

Pun begitu, ini tidak semestinya benar!

Sebenarnya, kualiti cable bateri telefon charger yang ada di pasaran ada kalanya juga tidak mempunyai pengiktirafan keselamatan yang sah.

bateri telefon
Cara selamat membersihkan telefon pintar.

Kenapa mengecas bateri phone dalam kereta berbahaya?

Mengecas telefon bimbit dalam kereta mungkin kelihatan seperti penyelesaian yang mudah semasa dalam perjalanan.

Namun, ia juga melibatkan beberapa risiko yang boleh menjejaskan keselamatan telefon dan kereta anda.

Berikut adalah beberapa faktor risiko yang perlu diambil kira apabila mengecas bateri telefon di dalam kereta:

  • Overheating: Mengecas telefon dalam kereta boleh menyebabkan telefon dan pengecas menjadi panas, terutama jika kereta terdedah kepada suhu panas luar. Kepanasan ini boleh merosakkan bateri telefon dan menyebabkan bateri telefon kembung dan cepat haus.
  • Kualiti pengecas yang tidak terjamin: Kebanyakan pengecas kereta yang dijual tidak mempunyai piawaian keselamatan yang ketat. Penggunaan pengecas yang murah atau tidak berkualiti boleh menyebabkan litar pintas, kebakaran atau kerosakan pada telefon.
  • Kerosakan pada bateri kereta: Pengecas peranti yang disambungkan ke soket pemetik api (12V) boleh menyebabkan beban tambahan pada bateri kereta. Jika pengecas tidak sesuai, ia boleh merosakkan bateri kereta atau menyebabkan sistem elektrik kereta terganggu.
  • Kebakaran dan renjatan elektrik: Pengecasan telefon bimbit yang tidak betul boleh menyebabkan kebakaran, terutama jika terdapat litar pintas atau kabel yang rosak. Selain itu, risiko renjatan elektrik juga wujud jika pengecas atau kabel tidak digunakan dengan betul.
  • Penyusutan bateri telefon kembung: Mengecas telefon dalam kereta boleh mengakibatkan tanda-tanda bateri kembung, terutama jika pengecasan dilakukan dalam keadaan suhu yang tinggi atau rendah. Ini boleh menyebabkan kapasiti bateri menurun dengan cepat.

Bagaimana cara selamat untuk mengecas telefon dalam kenderaan?

bateri telefon
Gunakan power bank apabila bateri telefon habis.

Mengecas telefon dalam kereta adalah cara yang praktikal untuk memastikan peranti anda sentiasa berfungsi semasa dalam perjalanan.

Walau bagaimanapun, penting untuk mengetahui cara yang betul dan selamat untuk melakukannya.

Pastikan peranti anda dicas sepenuhnya dan bawa bateri telefon charger sebelum anda keluar rumah.

Jika anda terlupa untuk mengecas telefon anda, cari stesen minyak, surau, atau kedai terdekat untuk mengecas telefon sehingga penuh.

Alternatif yang lebih mudah adalah dengan membeli power bank dari sumber yang dipercayai.

Ini membolehkan anda mengecas telefon dengan mudah dan tenang semasa dalam perjalanan.

Walaupun sedikit mahal, ia jauh lebih berbaloi daripada anda perlu menukar bateri kereta ataupun untuk mengelakkan bateri telefon kembung.

Kesimpulan

Kurangkan penggunaan telefon bimbit semasa dalam perjalanan dan tunggu sehingga anda tiba di rumah atau destinasi untuk menggunakannya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Electrical shock: First aid. https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-electrical-shock/basics/art-20056695. Diakses November 14,2024.

Electric Shock. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/electric-shock-injury. Diakses November 14,2024.

Generic mobile phone chargers escalate risk of burn, electrocution. https://www.eurekalert.org/news-releases/504886. Diakses November 14,2024.

Cellular phone collateral damage: A review of burns associated with lithium battery powered mobile devices. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26847612/. Diakses November 14,2024.

Plug Into Safety When Charging Your Devices. https://www.indianaec.org/2020/01/29/plug-into-safety-when-charging-your-devices/. Diakses November 14,2024.

Versi Terbaru

14/11/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (852): Wujudkan Masyarakat Sihat!

Menangani Stigma & Menyokong Penderita Psoriasis, Ini Kata Pakar Dermatologi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 14/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan