Kejadian individu disambar petir kerana menggunakan telefon bimbit bukan isu asing yang disajikan di dada akhbar negara kita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Kejadian individu disambar petir kerana menggunakan telefon bimbit bukan isu asing yang disajikan di dada akhbar negara kita.
Adakah benar penggunaan alat ini berbahaya ketika petir?
Hal ini menjadi tanda tanya orang ramai kerana sesetengah situasi tidak dapat dielakkan, seperti perlu menjawab panggilan penting ketika hujan ribut berlaku.
Petir adalah pelepasan elektrik. Sepantas kilat dapat memanaskan udara di sekitarnya hingga 30,000°C!
Pemanasan yang melampau ini akan menyebabkan udara akan mengembang dengan cepat.
Pengembangan ini bakal menghasilkan gelombang kejutan yang berubah menjadi gelombang bunyi yang dikenali sebagai guruh.
Oleh sebab daya tarikan, cas negatif di bahagian bawah awan ribut akan dikaitkan dengan cas positif dari tanah.
Setelah pengumpulan negatif di dasar awan menjadi cukup besar, aliran muatan negatif tersebut akan meluru ke arah Bumi.
Guruh dan kilat berlaku pada masa yang sama walaupun anda mungkin melihat kilat sebelum anda mula mendengar guruh.
Ini kerana cahaya bergerak jauh lebih pantas daripada bunyi.
Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan!
Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkan ia disambar petir.
Menurut pakar, kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku jika alat peranti elektronik ini sedang dicas dengan wayar pengecas dan disambungkan pada plug serta digunakan semasa kejadian ribut petir.
Anda boleh melindungi diri anda daripada risiko ini walaupun anda terperangkap di luar rumah ketika ribut petir sedang berlaku.
Serangan kilat mungkin jarang berlaku, tetapi ia masih berlaku di luar sana dan risiko kecederaan serius atau kematian boleh berlaku.
Oleh itu, jangan ambil ringan akan bahayanya, patuhilah langkah pencegahan ribut petir dengan serius.
Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel ini:
Alamak! Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir Kilat
7 Perkara Perlu Elak Semasa Hujan Lebat & Ribut Petir!
Betul Ke Bau Hujan BOLEH Kurangkan Stress? Ini 5 Bauan Lain Yang Berkesan!
Kesimpulan yang boleh kita dapat adalah, sekiranya petir berlaku semasa kita berada di luar bangunan, cepat-cepatlah kita mencari kawasan perlindungan yang tertutup seperti bangunan dan kereta sebagai tempat perteduhan sementara.
Elakan mencari perlindungan di bawah pokok dan kawasan yang berhampiran dengan tempat aliran cas seperti tiang elektrik dan telefon.
Selain daripada kawasan tersebut, kawasan kolam dan kawasan yang mempunyai objek besi juga mesti dielakkan.
Jika kita berada di dalam rumah, diingatkan agar tidak menggunakan alatan elektrik dan telefon bimbit yang sedang dicas terutamanya semasa petir.
Bertindaklah dengan mencabut plug alatan elektrik anda dengan segera sekiranya tanda-tanda petir akan berlaku.
Jika petir sudah berlaku, terdapat risiko pula semasa menarik alatan tersebut.
Oleh itu, sentiasalah berwaspada untuk mencegah sebarang kemungkinan perkara buruk daripada berlaku.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen