backup og meta

Buat 7 Cara Ini Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja, Memang Menjadi!

Buat 7 Cara Ini Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja, Memang Menjadi!

Siapa sahaja yang tidak berasa mengantuk di tempat kerja, lebih-lebih lagi selepas waktu makan tengah hari. Mata seolah-olah tidak boleh ditahan lagi apabila perut sudah kenyang dan tenaga semakin berkurangan. Hendak tahu cara hilangkan mengantuk di tempat kerja? Atau makanan hilangkan mengantuk?

Ini kami kongsikan beberapa tip dan cara nak hilangkan mengantuk untuk anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Cara hilangkan mengantuk di tempat kerja

Tidak kira anda bekerja di pejabat korporat, bahagian perkhidmatan pelanggan atau berniaga, rasa mengantuk pada waktu siang mungkin tidak dapat dielakkan.

Adakah sebarang titik hilangkan mengantuk?

Bagi memastikan badan anda sentiasa bertenaga, ini kami kongsikan beberapa trick untuk hilangkan rasa mengantuk di tempat kerja. 

#1. Tidur sebentar atau nap

Sekiranya anda terlalu mengantuk pada hari tersebut, ikuti cara hilangkan mengantuk ini.

Ambil sedikit waktu pada waktu rehat anda dan tidur sebentar sekitar 15 hingga 30 minit. 

cara hilangkan mengantuk
Antara kesan buruk tidak cukup tidur.

Carilah mana-mana ruang dalam pejabat anda seperti bilik mesyuarat atau di meja anda sendiri, dan tidur sebentar.

Percayalah, badan anda akan lebih segar selepas bangun dan rasa mengantuk akan berkurangan.

Jangan tidur terlalu lama pula sehingga ke petang kerana bos pasti akan menganggap anda seorang yang culas atau kuat tidur

#2. Dengar lagu sewaktu bekerja

Suasana tempat kerja yang terlalu sunyi sememangnya mendorong sesetengah daripada kita untuk rasa lebih mengantuk.

Cuba mainkan lagu atau muzik dengan menggunakan telefon atau komputer anda.

Sekiranya anda ingin memasang lagu secara terbuka, minta izin rakan sepejabat terlebih dahulu.

Jika tidak, gunakan fon telinga untuk mendengar lagu kegemaran anda semasa menyiapkan kerja.

#3. Cara nak hilangkan mengantuk: Basuh muka dengan air sejuk

Ambil sedikit masa dan pergi tandas untuk mencuci muka anda.

Sebaiknya, gunakan air sejuk dan sapukan pada muka dan leher anda bagi memberikan kesegaran pada badan.

Setelah itu, ambil masa sebentar untuk keluar pejabat bagi menghirup udara segar dan membetulkan posisi badan.

Anda juga boleh mencuba minum air sejuk bagi menyegarkan badan dan menghilangkan rasa mengantuk. 

#4. Ambil minuman berkafein

Ini merupakan antara kaedah menghilangkan mengantuk yang paling ramai orang buat.

Minuman berkafein mengandungi bahan perangsang yang meningkatkan aktiviti otak dan sistem saraf anda.

Selain itu, minuman berkafein turut meningkatkan kemampuan berfikir sekali gus melawan rasa mengantuk.

Selain kopi, teh dan juga coklat turut mempunyai kandungan kafein yang boleh membantu anda di tempat kerja.

Namun, jangan sesekali mengambil terlalu banyak kafein dalam sehari.

#5. Cara hilangkan mengantuk: Bangun sebentar daripada tempat kerja

cara hilangkan mengantuk
Banyakkan bergerak untuk elak mengantuk.

Jika anda duduk terlalu lama sehingga berjam-jam, berehat sebentar dengan cara bangun daripada tempat duduk dan berjalan-jalan.

Anda perlu melakukan tabiat ini berkali-kali setiap hari bagi membantu melancarkan aliran darah.

Dengan itu, anda boleh mengelakkan rasa mengantuk di tempat kerja.  

#6. Ambil makanan yang ringan pada waktu tengah hari

Apa makanan hilangkan mengantuk?

Pengambilan jenis makanan yang berat ketika makan tengah hari boleh membuatkan rasa mengantuk menjadi lebih teruk.

Oleh sebab itu, elakkan makanan yang bergula, minuman bergas, dan tinggi karbohidrat ketika makan tengah hari.

Anda boleh cuba makanan hilangkan mengantuk yang agak ringan seperti:

  • telur rebus
  • sandwic
  • potongan daging ayam
  • sayur-sayuran

Jika anda kerap mengambil nasi campur, nasi lemak atau makanan berkuah, boleh cuba kepada menu yang lebih ringan dan ringkas selepas ini sebagai makanan hilangkan mengantuk.

#7. Berborak dengan rakan anda

cara hilangkan mengantuk
Berbual juga kurangkan rasa mengantuk.

Sentiasa berkomunikasi juga merupakan salah satu cara hilangkan mengantuk yang berkesan.

Anda boleh berborak dengan rakan anda mengenai apa-apa topik yang tidak berkaitan dengan pekerjaan anda seperti cerita bola sepak, isu-isu negara dan lain-lain lagi.

Berborak bersama rakan boleh membuatkan otak anda sentiasa terjaga dan cergas sekali gus melenyapkan rasa mengantuk. 

Kesimpulan

Kini anda telah tahu 7 cara hilangkan mengantuk ketika berada di tempat kerja.

Buatlah salah satu daripada tip-tip yang kami kongsikan di atas ini setiap kali anda berasa mengantuk.

Kemudian, pilihlah cara hilangkan rasa mengantuk yang paling sesuai dan berkesan kepada anda untuk diamalkan setiap hari.

Tip

Boleh juga cuba doa hilangkan mengantuk. Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sleep tips: 6 steps to better sleep. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/sleep/art-20048379#:~:text=Stick%20to%20a%20sleep%20schedule&text=Go%20to%20bed%20and%20get,or%20listen%20to%20soothing%20music. Accessed on November 26, 2022. 

How to Stay Awake Naturally. https://www.salemhealth.org/services/sleep/how-to-stay-awake-naturally. Accessed on November 26, 2022.

Sleep Disorders and Problems. https://www.helpguide.org/articles/sleep/sleep-disorders-and-problems.htm. Accessed on November 26, 2022.

Tips for Better Sleep. https://www.cdc.gov/sleep/about_sleep/sleep_hygiene.html. Accessed on November 26, 2022.

Healthy Sleep Habits. https://sleepeducation.org/healthy-sleep/healthy-sleep-habits/. Accessed on November 26, 2022.

Versi Terbaru

27/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel berkaitan

Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan