Di internet, ada banyak cara hilangkan demam yang anda boleh cuba amalkan, sama ada secara klinikal atau tradisional. Namun, sesetengah cara hilangkan ini mungkin tidak berkesan dan hanya mitos! Kenapa selalu demam on off?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kenapa selalu demam on off dan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Cara hilangkan demam popular tetapi cuma mitos
Demam merupakan kondisi di mana suhu badan meningkat mendadak berbanding paras normal (37 darjah celcius).
Persoalannya, kenapa selalu demam on off ya?
Kebiasaannya, demam yang berlaku akibat jangkitan kuman seperti influenza, COVID-19 dan lain-lain ini akan hadir bersama simptom yang lain seperti selesema, batuk, pening kepala dan sakit badan.
Bagi merawat kondisi ini, individu perlu cuba menurunkan suhu badan agar ia kembali ke paras normal. Dengan mengambil ubatan dan rawatan yang sesuai, peluang untuk sembuh adalah tinggi.
Namun, ramai orang lebih gemar amalkan cara hilangkan demam di internet yang mungkin cuma mitos, termasuklah:
#1. Mengunakan pakaian yang lebih tebal
Ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang percaya berpeluh boleh mengurangkan suhu badan mereka. Ini merupakan salah satu daripada mitos yang amat tidak masuk akal.
Disebabkan kepercayaan karut ini, mereka yang demam akan menggunakan pakaian yang tebal seperti memakai jaket, kardigan dan baju sejuk sedangkan cuaca ketika itu panas, ini sekali gus boleh menjejaskan keselesaan individu.
Benar, memang badan anda akan berpeluh, tetapi ia cuma sia-sia kerana demam tidak akan sembuh dengan cara ini!
Mitos cara hilangkan demam #2. Minuman isotonik
Minuman isotonik amat popular di saat anda rasa tidak sihat, bukan sahaja kerana ia sarat dengan tenaga, malah tinggi dengan gula yang dipercayai mampu menyegarkan kembali tubuh badan yang sakit.
Hakikatnya, kandungan gula yang terlampau tinggi ini akan menyebabkan masalah krisis hiperglisemik. Perkara lebih penting, ia tidak boleh berfungsi untuk menyembuhkan kondisi demam anda itu.
Mitos cara hilangkan demam #3. Makanan pedas
Makanan yang pedas rasanya, kuat aromanya dan hangat suhunya dipercayai bagus diambil di saat anda sedang demam. Ini kerana ramai percaya ia boleh membuatkan anda lebih berselera untuk makan dan minum.
Kandungan capsaicin di dalam cili dan rempah-ratus lain dikatakan akan membuat anda lebih banyak berpeluh. Sama seperti jika anda memakai baju sejuk, ia langsung tidak membawa manfaat dalam menyembuhkan demam anda.
#4. Meletakkan tuala basah di dahi
Ramai individu yang gemar menuam tuala basah di dahi ketika sedang demam, lebih-lebih lagi untuk bayi dan kanak-kanak. Sebenarnya, ia tidak membantu malah mungkin memberi kesan buruk!
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mansor Ramli dalam perkongsiannya di laman TikTok, perbuatan ini hanya akan memerangkap haba panas dalam badan, dan boleh membawa kepada masalah sawan.
Kaedah lebih tepat untuk petua hilangkan demam urat atau jenis lain ini adalah dengan menyapukan air secara terus di kepala, leher, ketiak dan lain-lain bahagian tubuh menggunakan tangan sahaja.
Bila demam apa perlu buat secara klinikal?
Seperti mana dikatakan di atas tadi, fokus utama bagi merawat kondisi demam adalah dengan mencuba menurunkan suhu badan anda. Suhu badan normal orang sihat adalah kira-kira 37 darjah celcius.
Sekiranya anda berjumpa dengan doktor, beberapa jenis ubat demam berpreskripsi ini mungkin akan diberikan:
- Paracetamol – Lebih dikenali dengan nama ubat tahan sakit, ia selamat dan amat bagus untuk membantu menurunkan suhu badan yang mencanak naik ketika sedang demam
- Ibuprofen – Juga dikenali dengan nama ubat antiradang, ia mempunyai fungsi yang sama dengan ubat di atas selain boleh mengurangkan keradangan di dalam badan (jika ada)
Dalam masa yang sama, anda juga boleh cuba petua hilangkan demam dewasa tradisional seperti di bawah:
- Berehat – Demam akan membuat fungsi dan sistem tubuh badan anda terganggu. Dengan berehat, ia akan mengembalikan semula kekuatan dan kesihatan dalaman
- Minum banyak air kosong – Perkara paling penting, jangan lupa untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong dalam sehari, ini adalah petua hilangkan demam dewasa
Sekiranya anda telah cuba berbagai-bagai cara hilangkan demam tetapi tidak menemukan hasil, ia mungkin petanda demam itu adalah antara simptom kepada kondisi-kondisi lain yang berbahaya.
Dalam erti kata lain, ada macam-macam mitos kesihatan di internet tentang petua hilangkan demam dewasa yang anda tidak boleh percaya dengan mudah!
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]