Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada Malagueta dan juga lada Cayenne.
100,000 – 350,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Habanero dan juga lada Scotch Bonnet.
350,000 – 800,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Savina merah (Red savina) dan juga chocolate habanero.
800,000 – 3,200,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Carolina reaper, Pepper X dan juga lada Dragon’s breath.
Untuk rakyat Malaysia dan mereka yang biasa dengan masakan dan makanan di rantau Asia Tenggara, lada merah yang kerap digunakan dalam masakan harian kita, mempunyai 2,500-10,000 SHU pada skala Scoville. Cili segar Thai pula mempunyai nilai SHU yang lebih tinggi pada skala Scoville iaitu di antara 50,000 hingga 100,000 SHU.
Apakah manfaat cili untuk kesihatan?
Baiklah, untuk anda yang cukup menggemari makanan pedas, semestinya pernah bermain di fikiran anda tentang apakah kebaikan kesihatan yang anda kecapi melalui kecenderungan anda ini. Tentunya anda ada mengharapkan kesukaan anda terhadap makanan pedas ini adalah sesuatu perkara yang baik untuk kesihatan anda. Dalam bab ini, kita akan melihat beberapa kajian yang membuktikan manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada tabiat suka memakan makanan yang mengandungi cili.
Mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi)
Seperti yang ramai mungkin tahu, pengambilan garam yang banyak dalam makanan harian adalah faktor risiko yang utama untuk menghidap penyakit hipertensi dan juga dikaitkan dengan masalah kardiovaskular lain. Menurut satu kajian, peserta yang meminati atau mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk makanan yang pedas didapati mempunyai pengambilan garam dalam makanan harian yang lebih rendah dan juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak menggemari makanan pedas. Kajian ini mendapati keupayaan untuk menikmati rasa pedas dalam makanan memangkinkan sensitiviti terhadap garam sekali gus mengurangkan kecenderungan untuk mengambil makanan yang tinggi dalam kandungan garam atau untuk mengambil garam secara amnya. Pengambilan garam atau kecenderungan untuk memakan makanan bergaram dikaitkan dengan aktiviti metabolik serantau di kawasan insula dan kortex orbitofrontal (OFC) peserta kajian. Pemberian capsaicin – kompaun utama dalam cili dan juga lada yang menyebabkan ianya pedas, menguatkan dan memangkin aktiviti metabolik di kawasan insula dan OFC sebagai tindak balas terhadap pengambilan garam yang tinggi. Ini membalikkan semula pelbagai mekanisma berbeza di dalam insula dan OFC yang bergantung kepada keamatan garam (salt-intensity). Dalam kajian binatang, aktiviti OFC sangat berkait rapat dengan kecenderungan terhadap garam dan rasa masin atau bergaram yang diproses oleh OFC dipengaruhi oleh kehadiran capsaicin. Secara tidak langsung, kecenderungan untuk mengambil lebih banyak makanan pedas berupaya untuk mengurangkan pengambilan garam dalam diet harian seseorang melalui pengubahsuaian pemprosesan saraf berkaitan rasa masin dan kehadiran garam oleh otak. Ianya berupaya untuk menjadi intervensi tingkah laku dalam mengurangkan beban penyakit berkaitan tekanan darah tinggi.
Melegakan sakit otot dan sendi
Menyapu krim cili untuk melegakan kesakitan otot anda mungkin kedengaran seperti idea yang ganjil dan tidak masuk akal, tetapi anda mungkin terkejut dengan bukti saintifik di sebaliknya. Percubaan klinikal menunjukkan bahawa sekitar 80% pesakit artritis mengalami pengurangan rasa sakit sekurang-kurangnya dua minggu selepas menggunakan krim tersebut. Percaya atau tidak, capsaicin, yang terdapat dalam lada, merupakan ramuan dalam banyak produk topikal untuk menghilangkan sakit, dalam bentuk krim, gel, losen, tampalan, dan batang. Walaupun mekanisma fungsinya tidak diketahui dengan tepat, capsaicin dipercayai berfungsi dengan merangsang pelepasan bahan P (substance P), bahan kimia yang membantu menghantar isyarat sakit dari saraf deria ke otak. Selepas beberapa sapuan capsaicin, bekalan setempat bahan P dan bahan isyarat sakit yang lain akan perlahan-lahan ketandusan, menjadikan saraf kurang mengeluarkan isyarat sakit. Krim capsaicin dipercayai sesuai untuk keadaan sendi seperti artritis rheumatoid dan osteoarthritis, fibromyalgia, kekejangan otot, migrain dan sakit kepala lain yang teruk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen