backup og meta

Mengandung Selepas Usia 40 Tahun? Wanita Perlu Bersedia, Ini Risikonya Menurut Pakar Sakit Puan!

Mengandung Selepas Usia 40 Tahun? Wanita Perlu Bersedia, Ini Risikonya Menurut Pakar Sakit Puan!

Tahukah anda, trend untuk menjadi ibu di usia yang lebih matang kini menjadi semakin normal? Namun, risiko mengandung umur 40 adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan oleh mereka yang memilih untuk hamil pada usia ini.

Seiring dengan peningkatan usia, tubuh wanita menghadapi perubahan yang mempengaruhi kesuburan dan kualiti telur. Ini boleh membawa kepada cabaran seperti risiko keguguran, tekanan darah tinggi, dan diabetes gestasi.

Walaupun risiko mengandung umur 40 ini membimbangkan, cara kehamilan ini tetap menjadi pilihan bagi ramai wanita moden. Adakah kehamilan pada usia ini sebenarnya selamat?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Memahami kehamilan lewat usia

Data terkini menunjukkan bahawa peratusan wanita Malaysia yang melahirkan anak selepas umur 35 tahun telah meningkat daripada 20.8% pada 2017 kepada 23% pada 2022, menjadikan Malaysia negara kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan usia yang lebih lanjut.

Pun begitu, mungkin ada sesetengah wanita akan mengalami pengalaman mengandung umur 40 tahun yang mencabar.

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Janin Ibu, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Gayathri Mariappa menjelaskan salah satu risiko mengandung umur 40 tahun adalah wanita berkemungkinan  mendapat komplikasi perubatan dan obstetrik, termasuk penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, dan penyakit jantung yang boleh meningkatkan risiko untuk ibu dan bayi semasa kehamilan.

risiko mengandung umur 40
Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Janin Ibu, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Gayathri Mariappa.

Selain itu, wanita juga mungkin akan mengalami pengalaman hamil di usia 43 tahun seperti kejadian janin dengan keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada penyakit seperti sindrom Down.

“Kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lebih kuat antara keabnormalan kromosom dan potensi kecacatan kongenital pada kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita lebih 40 tahun” tambahnya.

Selain daripada risiko mengandung umur 40 tahun tersebut, wanita juga berkemungkinan sukar untuk hamil secara semula jadi pada usia ini.

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan daripada SMCV, Dr Farah Leong Rahman menjelaskan, “Wanita dilahirkan dengan bilangan telur yang tetap dalam ovari mereka, dan kuantiti ini akan beransur-ansur berkurangan dari semasa ke semasa.

“Menjelang usia 40 tahun, kuantiti dan kualiti telur wanita akan menurun dengan ketara, menjadikan peluang untuk hamil semakin mencabar.”

risiko mengandung umur 40
Risiko jika hamil lewat usia.

Inovasi perubatan untuk mengurangkan risiko mengandung 40 tahun

Bagi wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil, pilihan seperti persenyawaan in-vitro (IVF) dapat membantu untuk menyelesaikan masalah mereka.

“IVF melibatkan proses untuk merangsang telur untuk membesar, mengeluarkan telur dari wanita, dan melakukan persenyawaan telur dan sperma dalam persekitaran yang sesuai, lalu memindahkan embrio kembali ke dalam rahim. Keseluruhan proses ini mengambil masa kira-kira 2 minggu,” jelas Dr Farah.

Pilihan rawatan kesuburan lain termasuk ubat hormon untuk merangsang pertumbuhan telur atau inseminasi intrauterin (IUI).

Pun begitu, kaedah ini biasanya mempunyai peratusan kejayaan yang lebih rendah berbanding IVF.

Dalam kes di mana kualiti sperma tidak optimum, IVF selalunya merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk hamil.

Akhir sekali, ujian pranatal tidak invasif (NIPT) yang juga dikenali sebagai pemeriksaan kromosom tidak invasif (NICC), adalah sejenis ujian yang disyorkan untuk ibu mengandung lakukan seawal 10 minggu kehamilan.

Dr Gayathri menjelaskan, “NIPT ialah ujian genetik berasaskan darah yang dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan kromosom dengan menganalisa serpihan kecil DNA janin yang mengalir dalam darah ibu.

Bagaimana cara hamil di usia 40 tahun ke atas dengan sihat?

pemeriksaan kehamilan
Pemeriksaan semasa trimester pertama kehamilan.

Penjagaan sebelum mengandung dan perubahan gaya hidup adalah penting bagi setiap bakal ibu untuk mengurangkan risiko mengandung umur 40 tahun.

Dr Farah menasihatkan supaya semua wanita mengekalkan gaya hidup sihat seperti:

  • Mncapai indeks jisim badan (BMI) yang optimum
  • Mengambil makanan seimbang yang ditambah dengan asid folik
  • Kerap bersenam
  • Menjauhi tabiat berbahaya seperti merokok dan pengambilan alkohol

“Wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan semasa trimester pertama (semasa kehamilan berusia 10-12 minggu), untuk mengetahui risiko mengandung umur 40 seperti kejadian preeklampsia, masalah kekurangan serviks, diabetes semasa hamil (GDM), dan penyakit yang tidak didiagnosis seperti penyakit buah pinggang atau penyakit jantung,” jelasnya.

Daripada pemeriksaan kepada pelbagai rawatan kesuburan, usia bukan lagi penghalang untuk mencapai kehamilan yang sihat dan keibuan yang berkembang maju.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Advanced Maternal Age. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22438-advanced-maternal-age. Diakses Januari 28, 2025.

Having a Baby After Age 35: How Aging Affects Fertility and Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/having-a-baby-after-age-35-how-aging-affects-fertility-and-pregnancy. Diakses Januari 28, 2025.

Pregnancy after 35: Healthy pregnancies, healthy babies. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/pregnancy/art-20045756. Diakses Januari 28, 2025.

Advanced Maternal Age. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/advanced-maternal-age. Diakses Januari 28, 2025.

Being pregnant after 40. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/being-pregnant-after-40. Diakses Januari 28, 2025.

Versi Terbaru

31/01/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bersalin Dalam Air: Perlu atau Tidak?

Aduh, Lamanya Waktu Bersalin! Bila Bayi Nak Keluar? Ini Mungkin 3 Risikonya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 4 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan